Osteoporosis: Wanita Malaysia antara berisiko tinggi | GC Tea Penawar Kencing Manis

HOTLINE 017-5710071

Osteoporosis: Wanita Malaysia antara berisiko tinggi

13 December 2010,6:05 PM


Berikut adalah petikan dari Utusan Malaysia
 
10/12/2010 5:55pm

SINGAPURA 10 Dis. – Wanita Malaysia adalah antara tiga dari negara Asia yang paling berisiko menghidap osteoporosis pada awal usia 30-an, kata satu kajian syarikat nutrisi hasil susu dari New Zealand, Fonterra.
Kajian juga menunjukkan 50 peratus rakyat Malaysia berdepan risiko penyakit tersebut pada usia 50-an, kata Pengurus Asas Kesihatan Fonterra Asia dan Asia Barat, Joanne Todd.

Kajian tersebut yang menganalisis 2.1 juta imbasan tulang yang dilakukan di seluruh Asia turut menunjukkan seorang daripada tiga penduduk Asia berusia 35 tahun ke atas menghadapi risiko osteoporosis, katanya.
"Osteoporosis, penyakit yang menyebabkan tulang rapuh dan retak bukan lagi masalah yang dihadapi golongan tua semata-mata,” katanya ketika membentangkan hasil kajian itu pada mesyuarat rantau Asia pertama anjuran International Osteoporosis Foundation (IOF), di sini hari ini.

Todd berkata, kajian juga mendapati sejumlah besar penduduk Asia berusia lingkungan 30-an tidak mempunyai tahap jisim tulang yang sepatutnya pada usia mereka. – Bernama

Jika anda adalah wanita yang berusia 30 tahun dan ke atas?Apakah yang anda pelajari dari berita di atas?Anda perlu mengambil langkah awal dengan mengambil kalsium. Saya ada berita baik untuk anda, produk Alpha Lipid Lifeline mengandungi kalsium yang tinggi, malah mengandungi acidofilus iaitu bakteria baik yang diperlukan badan, mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang tinggi.

ShareThis

Related Posts with Thumbnails

GC Tea Penawar Kencing Manis Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign