GC Tea Penawar Kencing Manis: berapakah nilai seorang pelanggan?


HOTLINE 017-5710071

Showing posts with label berapakah nilai seorang pelanggan?. Show all posts
Showing posts with label berapakah nilai seorang pelanggan?. Show all posts

Berapakah nilai seorang pelanggan?

08 December 2010,11:45 AM

Cara yang terbaik bagi memastikan kesetiaan pelanggan adalah dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik dan mesra. Nilai seseorang pelanggan terletak pada belian tahunannya dan bukan hanya berdasarkan satu-satu pembelian. Kita perlu sedar bahawa jualan susulan dapat menjana keuntungan. Biasanya tiada untung yang dijana bagi beberapa jualan pertama. Jadi, pertimbangkan potensi pembelian pelanggan dan bukannya pembelian mereka pada hari ini. Apabila kita melayan pelanggan solah-olah mereka adalah permata yang bernilai, maka mereka pasti sentiasa membeli produk kita. Sebaliknya, apabila kita melayan mereka biasa-biasa, maka mereka pasti membeli dari orang lain.

Apabila menilai pelanggan, kita perlu melihat potensi yang ada pada mereka bukan pada diri mereka semata-mata. Andaikan bahawa orang disekelilingnya juga perlukan produk kita seperti ibu bapa, adik beradik, saudara-mara dan jiran-jiran mereka. Selepas membuat jualan pertama anda perlu membuat tindakan susulan untuk memastikan anda dapat membuat jualan berikutnya kepada orang disekeliling pembeli anda dan pastikan anda mendapat 'repeat order'.

nazri
012-5712470
consultant nz new image sdn bhd

ShareThis

Related Posts with Thumbnails

GC Tea Penawar Kencing Manis Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign