Adenovirus: Seorang lagi maut | GC Tea Penawar Kencing Manis

HOTLINE 017-5710071

Adenovirus: Seorang lagi maut

20 March 2011,3:03 PM

Sebenarnya berita ni telah keluar pada Jumaat lepas tapi tak berkesempatan untuk publish. Berikut adalah sebahagian daripada berita tersebut yang dipetik dari utusan.com.my.

KUALA LUMPUR 17 Mac - Seorang pelatih inspektor di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di sini meninggal dunia awal pagi ini akibat jangkitan Adenovirus, menjadikan jumlah kematian setakat ini ialah dua orang.



Allahyarham Mohd. Redzuan Ishak, 26, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.20 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di samping ahli keluarga dan sanak saudara terdekat.
Jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke Kampung Sungai Buaya, Rawang dengan diiringi beberapa kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di kampung itu kira-kira pukul 4 petang ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, mangsa meninggal dunia setelah menghidap demam sejak 4 Mac lalu.

"Pelatih berkenaan dimasukkan ke HKL sejak 10 Mac lalu dan meninggal dunia pagi ini," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Menurutnya, pakar perubatan mengesahkan punca kematian pelatih itu adalah disebabkan Severe Community Acquired Pneumonia akibat jangkitan kuman Adenovirus serta kegagalan multiorgan.

"Keadaan di Pulapol masih terkawal dan kejadian kes influenza (ILI) turut berkurangan, pada 9 Mac lalu daripada 195 orang kepada 16 orang semalam," katanya.

Tambahnya, jumlah pelatih yang diasingkan di pusat isolasi juga berkurangan dari 677 kepada 500 orang dan kebanyakan mereka telah sembuh serta menunggu masa untuk dibenarkan keluar dari kawasan pengasingan.

"Kementerian Kesihatan dan Pulapol telah mengambil pelbagai langkah kawalan termasuk menghentikan sebarang aktiviti fizikal berat bagi mengurangkan wabak tersebut terus merebak," kata Tiong Lai.

Sementara itu, di Pelabuhan Klang, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, keadaan di Pulapol masih terkawal walaupun ada kematian pelatih dilaporkan pagi ini.

Ini kerana, kata beliau, pelatih berkenaan bukannya pesakit baru kerana telah dimasukkan ke hospital sejak seminggu lalu.

"Allahyarham meninggal dunia di hospital dan pagi ini doktor telah melakukan pemeriksaan untuk mendapat pengesahan sebab-sebab kematiannya," kata beliau.

4 comments:

  1. menakutkan... dekat jalan semarak tuh dekat juga di kampung baru tuh... bahaya2x..

    ReplyDelete
  2. Bertambah lagi nampakya senarai penyakit-penyakit merbahaya di dunia.

    ReplyDelete
  3. zik: ko dok kg baru ke?

    pakarbuahpinggang: bertambah takut la saya.hehehe

    ReplyDelete
  4. AdaNaz87: kalau tak silap dari kencing tikus. tak sama dengan H1N1

    ReplyDelete

ShareThis

Related Posts with Thumbnails

GC Tea Penawar Kencing Manis Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign