Semasa menjenguk blog pagi tadi ternampak la saya akan nombor yang menarik ni, terus saya Print Screen untuk dibuat artikel. Bukannya apa, cuma saja je nak mengabadikan nombor yang menarik ni di dalam artikel sebagai kenangan perkembangan blog yang tak seberapa ni.
Kalau diikutkan sejarah perkembangan blog ni, ia telah diwujudkan pada Ogos 2009. Tujuan asal blog ini diwujudkan adalah untuk mempromosikan produk kesihatan Alpha Lipid. Oleh kerana terjebak dengan dunia blogging ni, saya tertarik untuk mengembangkan fungsi blog ini kepada maklumat kesihatan. Dalam masa yang sama juga saya dapat berkongsi maklumat kesihatan kepada orang yang memerlukan.