GC Tea Penawar Kencing Manis: August 2010


HOTLINE 017-5710071

MENGAPA MEREKA BERJAYA?

26 August 2010,1:08 PM
Mungkin kita pernah bertanya pada diri sendiri, “Mengapa mereka mudah sahaja berjaya tetapi orang lain begitu sukar untuk berjaya?”

Untuk menjawab soalan mudah itu, maka mari kita bertanya beberapa soalan berikut untuk mengetahui jawapannya:

1. Adakah kita telah mempunyai ilmu yang BETUL dan BERKESAN?

Semua orang banyak tahu. Tetapi adakah yang diketahui itu boleh digunapakai? Untuk meraih sesuatu, perlulah ada ilmu yang boleh memberikan hasil.

2. Adakah kita telah mempraktikkan ilmu itu dengan bersungguh-sungguh?

Banyak ilmu yang hebat, tetapi tidak mempraktikkannya, maka sia-sialah sahaja. Ilmu perlu digunakan semaksimum mungkin dengan bersungguh-sungguh.

3. Bagaimana dengan tahap KERAJINAN kita?

Orang yang malas, amat sukar untuk berjaya. Malah akan mengambil masa yang amat lama untuk berjaya.

4. Apakah bentuk PERSEPSI kita terhadap KEJAYAAN? Adakah kita negatif terhadap wang, orang-orang berjaya dan kekayaan?

Kalau kita mempunyai pandangan yang negatif terhadap wang, kekayaan atau kejayaan, maka sudah pasti amat sukar untuk kita meraih sesuatu impian atau matlamat. Kita perlu positif terhadap itu semua. Dan yang paling penting, jangan dengkikan orang-orang yang berjaya. Berkawan dan jadikan mereka sebagai sumber rujukan. Mereka ada ‘rahsia’ untuk berjaya. Belajarlah dengan mereka.

Mengapa perlu positif dengan kejayaan, termasuklah terhadap wang? Kerana itulah yang kita mahu miliki. Adalah pelik kita mahu itu semua tetapi kita meletaknya pada sisi pandangan yang amat negatif dan buruk. Setelah positif terhadap itu semua, barulah mudah perjalanan usaha kita.

5. Adakah kita seorang yang suka bersendiri, pasif dan pesimis?

Kalau kita suka menyalahkan orang lain, padahal mereka tidak ada lakukan apa-apa pun terhadap kita, maka itulah dinamakan PESIMIS. Sikap menyalahkan orang lain adalah sikap untuk memuaskan hati sendiri, padahal diri sendiri telah tahu yang salah adalah diri sendiri, cuma malu untuk mengakuinya. Orang-orang yang sering mengelak untuk mengakui kesilapan diri sendiri adalah insan yang amat sukar untuk berjaya.

6. Adakah kita konsisten dan fokus dengan usaha yang dilakukan?

Cuba lihat orang-orang yang berjaya. Mereka amat fokus dalam perniagaan yang mereka usahakan. Mereka punyai satu bidang utama walaupun mungkin mereka ada ceburi bidang-bidang yang lain. Orang yang amat mudah mengikut arah tiupan angin biasanya amat sukar untuk berjaya. Teguhlah dalam impian dan matlamat.

7. Adakah kita tidak berkira di dalam soal mengeluarkan modal?

Dalam tahap tertentu, kita perlu keluarkan modal untuk memajukan lagi perniagaan yang dilakukan. Jika tidak, kita akan terus berada di takuk yang lama.

8. Adakah kita cepat berputus-asa?

Orang yang selalu mudah berputus-asa adalah umpama sebuah kereta yang sering mati enjinnya dalam perjalanan. Lambat sampai ke destinasi. Jadi, kalau ‘gagal’ dalam sesuatu usaha, teruskan lagi dengan tidak mengulangi kaedah yang menyebabkan kegagalan itu tadi. Cuba dengan kaedah dan strategi lain.

9. Bagaimana dengan amalan ibadat kita, atau secara mudahnya, hubungan kita dengan ALLAH?

Tidak dinafikan, ramai orang yang munafik atau ahli maksiat kaya raya dan berjaya material. Mereka tidak begitu bagus dari sudut amal ibadah seperti solat dan sebagainya. Tetapi jangan kita melihat mereka untuk menilai erti sebuah kejayaan. Ramai lagi usahawan berjaya yang beriman dan baik perilaku mereka untuk kita contohi.

Mereka tidak tinggalkan solat dan solat itu dilakukan sebaik mungkin dari sudut bacaan dan juga geraknya. Dilakukan dengan penuh tertib dari takbir sehingga salam. Itulah orang-orang yang berjaya. Itu baru solat, belum lagi hal-hal yang lain.

Kejayaan juga sebenarnya bersangkut paut dengan dosa-dosa yang kita lakukan. Kalau banyak dosa, sudah pasti hati kita akan semakin jauh daripada ALLAH. Jagalah hati kita sebaik-baiknya. Jangan dengki, riak, taksub, mengumpat, memfitnah dan memburuk-burukkan peribadi orang lain.

Itulah beberapa persoalan yang boleh kita tanyakan kepada diri kita sendiri, andaikata kita merasakan terlalu jauh ditinggalkan oleh orang lain, terutama di dalam bidang perniagaan.

Hanya kita yang mengenali diri kita. Ambillah masa untuk menilai diri sendiri (muhasabah).

nazri

012-5712470

consultant nz new image sdn bhd

Dipetik dari blog smartusaha.com

UJI KEHADIRAN KARBO DENGAN KETO STICK

11 August 2010,1:31 PM


Jadual Keputusan Keto Sticks

Jika keputusan (perubahan warna) menunjukkan:(Rujuk Jadual Keputusan Keto Sticks )
Putih (Negative) - Menunjukkan anda bukan di peringkat ketosis iaitu anda masih mengambil terlalu banyak karbohidrat dalam diet harian anda.
Merah sangat muda (Trace) - Anda dalam keadaan ketosis iaitu pembakaran lemak kepada tenaga sedang berlaku. Walaubagaimanapun anda masih belum di tahap yang ideal.
Merah muda (Small) - Ini adalah bacaan ideal di mana anda dalam keadaan ketosis dan corak pengambilan karbohidrat / pemakanan anda adalah betul.
Ungu muda (Moderate) - Anda dalam keadaan ketosis yang agak tinggi. Kemungkinan besar badan anda memerlukan lebih air.


KETO STICKS
Slim Diet II adalah satu program/pelan diet yang berasaskan kepada Ketosis iaitu proses semulajadi pembakaran lemak kepada tenaga. Oleh itu, tahap pembakaran lemak kepada protein boleh diukur dengan menggunakan Keto Sticks (contoh seperti dalam gambar di atas). Masa terbaik untuk melakukan pemeriksaan adalah pada hari ke-3 hingga hari ke-7 anda mula mengambil SDII.Caranya: lakukan ujian ke atas air kencing anda sebaik-baiknya di awal pagi sebelum makan/minum apa-apa. Celupkan Keto Sticks ke dalam air kencing selama 1 - 2 saat. Pastikan bahagian depan Keto Sticks yang terdapat kertas ujian tercelup ke dalam air kencing sepenuhnya. Bandingkan keputusan ujian dengan jadual keputusan Keto Sticks.


Jadi, apa tunggu lagi? Bersedialah untuk berjaya menghilangkan berat badan dengan program SD2 hari ini!

nazri
012-5712470
Consultant NZ New Image Sdn Bhd

BERAT BADAN DAH TURUN.TUNGGU APA LAGI?JOM BERBISNES

,1:11 PM


Bisnes ini mudah sahaja, pada anda yang telah pun minum Alpha Lipid dan Slim Diet 2, tanpa anda sedari,anda sebenarnya adalah bakal usahawan. Anda telah minum dan anda juga telah rasakan perubahan. Jadi keyakinan terhadap produk ini bukan untuk anda minum sahaja, tetapi anda boleh buat bisnes. Tak Percaya? Lihat sahaja testimoni-testimoni yang terdapat pada blog saya. Ianya testimoni benar dan sangat meyakinkan. Kawan anda pasti melihat perubahan pada tubuh anda, anda semakin ramping dan anggun. Anda hanya perlu kongsi cerita, tak perlu anda beriya2 nak menjual kerana kami tidak berminat nak menjual. Kami berminat untuk berkongsi pengalaman menguruskan badan dan menambahkan pendapatan. Percaya atau tidak jika anda dah kurus anda tak perlu buka mulut, mereka yang akan bertanya pada anda.Jadi, kongsilah pengalaman anda dengan mereka. Ilmu jika dikongsi akan lebih berkat.

Biasanya yang join bisnes kami ini adalah mereka yang dah minum salah satu produk ini dan bila minum anda pasti nak lagi dan bila nak lagi pasti anda akan membuat duit. Kini, setiap hari saya mendapat pesanan bagi kedua2 produk ini dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Percayalah, mudah sahaja untuk buat duit. Ini bukan bisnes jual sistem atau Skim Cepat Kaya. Ini bisnes ada barang, ada produk hebat, ada untung, ada keberkatan, tiada pembohongan dan penganiyaan.Semuanya transparent, saya percaya anda bijak dan anda boleh kaji sendiri. Jadi anda di luar sana, tak perlu lah nak berfikir panjang kerana sesetengah perkara tu tak perlu anda fikir terlalu lama untuk membuat keputusan,nanti anda yang rugi.Ingat, masa tak akan menunggu kita. Ikut sahaja cara kami. Jika ingin maklumat lanjut hubungi saya SEGERA.

nazri
012-5712470
consultant NZ New Image Sdn Bhd.

ShareThis

Related Posts with Thumbnails

GC Tea Penawar Kencing Manis Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign