GC Tea Penawar Kencing Manis: July 2011


HOTLINE 017-5710071

Wordless Wednesday 4

27 July 2011,4:28 PM

Cara guna Bio Rejuv Cleansing Bar

26 July 2011,1:54 PM

Untuk kemudahan anda, di sini saya kongsikan cara untuk menggunakan Bio Rejuv Cleansing Bar. Untuk makluman, Ia tak sama seperti kita menggunakan pembersih muka yang lain.


Langkah 1 
Basahkan kawasan kulit atau muka yang ingin kita sapukan dengan Bio Rejuv.


Langkah 2 
Basahkan tangan dan ratakan Bio Rejuv di permukaan tangan.

Bio Rejuv untuk kulit bermasalah

25 July 2011,2:39 PM

Bio Rejuv Cleansing Bar adalah produk kesihatan kulit pertama di dunia yang diadun dengan kombinasi Kolostrum dan juga kehebatan lagenda rawatan AUSTRIAN MOOR (sejenis bunga), untuk melindungi, merawat, memperbaiki, dan memperbaharui kulit secara semulajadi. Untuk makluman, produk ini dikeluarkan oleh syarikat New Image Sdn Bhd sepertimana Alpha Lipid Lifeline dan Slim Diet 2.

Prestasi Alexa Rank terkini

22 July 2011,11:15 AM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setakat hari ini prestasi blog ini amat membanggakan saya. Alexa Rank terkini blog nas-alphalipid.blogspot.com adalah 896,173 dan 3,276 di Malaysia. Sites Linking in ialah 35. Purata pelawat memperuntukkan 2.3 unique page sehari untuk setiap orang. Pelawat juga memperuntukkan selama 6 minit setiap kali melawat di blog ini dan 84 saat untuk setiap halaman. Hasil carian blog ini melalui search engine adalah sebanyak 65%. 

Kebaikan CoQ10 kepada jantung

21 July 2011,12:38 PM

Tahukah anda bahawa CoQ10 amat baik untuk kesihatan jantung anda? Berikut saya kongsikan artikel yang dipetik dari Utusan Malaysia.

Soalan: Sejak beberapa tahun lalu, saya perlu mengambil ubat anti-kolesterol setiap hari demi mengawal peningkatan kolesterol. Paras gula darah saya juga telah meningkat daripada bacaan ideal. Saya membeli suplemen koenzim Q10 atas saranan ahli farmasi apabila saya menceritakan tentang masalah keletihan yang saya alami di kebanyakan waktu di sepanjang hari. Apakah kepentingan CoQ10 kepada masalah saya?


Jawapan: Menjaga kesihatan jantung sangat penting demi kualiti kehidupan yang lebih baik kerana peranannya yang sangat penting. Secara puratanya jantung orang dewasa berdenyut sekitar 100,000 kali sehari. Dengan itu, jantung kita layak mendapat perhatian dan penjagaan yang baik. 


Dalam usaha menjaga kesihatan jantung, pendekatan yang lebih menyeluruh perlu. Ini termasuklah mengamalkan gaya hidup sihat, makan secara seimbang, senaman secara tetap, mengelakkan alkohol dan rokok serta menangani stres dengan baik. Selain itu, pengambilan nutrien sihat untuk jantung boleh juga membantu mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung seperti aterosklerosis, strok dan serangan jantung. Membuat pemeriksaan secara berkala dan nasihat daripada doktor penting dalam memelihara kesihatan. 


Sememangnya pengambilan koenzim Q10 memberi manfaat kesihatan kepada kesihatan jantung, terutamanya apabila kita mula mengalami masalah jantung atau masalah berkaitan. Koenzim Q10 (Co Q10) merupakan nutrien yang bersifat larut lemak dan hadir dalam kebanyakan sel-sel. Co Q10 penting kepada kesihatan kardiovaskular memandangkan jantung mengandungi konsentrasi Co Q10 yang paling tinggi. Peranannya dalam aktiviti mitokondria adalah penting untuk membolehkan otot-otot jantung berfungsi secara normal. 


Kajian ada menunjukkan bahawa pengambilan ubatan seperti statin untuk mengawal peningkatan kolesterol akan mengurangkan paras koenzim Q10 dalam tubuh. Kesan akibat kekurangan Co Q10 akan menyebabkan keletihan dan kelesuan otot. Apabila Co Q10 berkurangan, jantung juga boleh menjadi lemah dan ia boleh menjurus kepada kegagalan jantung kongestif. 


Kegagalan jantung dikenal pasti dengan kekurangan tenaga yang dikaitkan dengan paras koenzim Q10 yang rendah. Para penyelidik mendapati masalah kegagalan jantung kongestif mempunyai kaitan yang kuat dengan kandungan koenzim Q10 yang rendah. Dengan itu, pengambilan Co Q10 boleh membantu mengekalkan parasnya dalam tubuh, khususnya jantung. 


Selain itu, hasil penyelidikan juga mendapati penggunaan CoQ10 sebagai remedi tambahan bagi kegagalan jantung kongestif mengurangkan tahap simptom pesakit secara signifikan. Di Jepun, CoQ10 adalah rawatan yang diluluskan untuk kegagalan jantung kongestif. CoQ10 juga memberi kesan yang memberangsangkan dengan meningkatkan toleransi senaman di kalangan pesakit dengan angina yang stabil, di mana ia mungkin disebabkan oleh penghasilan tenaga dipertingkatkan atau pengurangan penghasilan radikal bebas. CoQ10 juga dapat memulihkan tekanan darah pada pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi.


Pengambilan koenzim Q10 secara konsisten memberi manfaat kepada kesihatan jantung melalui beberapa cara. Koenzim Q10 telah dikenali ramai kerana tindakan antioksidanya. Kandungan antioksida inilah juga yang menyumbang kepada pencegahan pengoksidaan lipid. Koenzim didapati berkesan ke arah pencegahan pengoksidaan kolesterol LDL, iaitu langkah pencegahan penting sebelum terjadinya aterosklerosis. 

Sumber: Utusan Online

nazri rubaee
h/p           : 012-5712470
email       : nasfa47@gmail.com
facebook: slim diet
twitter      : nasalphalipid

Wordless Wednesday 3

20 July 2011,3:34 PM

Promosi SD2 Julai 2011

18 July 2011,10:10 AM
PERCUMA keto stick dengan pembelian 4 tin


Assalamualaikum dan salam sejahtera


PERCUMA shaker dengan pembelian 1tin


Untuk Julai ini saya menyediakan hadiah yang lebih menarik untuk anda bakal pengguna produk NZ New Image Sdn Bhd. Sebenarnya untuk promosi bulan ini saya nak beri anda PERCUMA 1 shaker dengan setiap pembelian produk NZ New Image Sdn Bhd samada  SD2, Alpha lipid, FibreMax, K29, CoQ10 dan Bio Rejuv. Jika anda beli 2 tin/unit dan ke atas saya akan hadiahkan anda 1 shaker dan 1 tabung. Jika anda beli 4 tin/ unit anda akan dapat 1 shaker dan 1 keto stick. Nak tau apa itu keto stick sila baca artikel uji kehadiran karbo dengan keto stick.

The magic of thinking big

14 July 2011,11:26 AM

Buku The magic of thinking big ini dikarang oleh David J. Schwartz, Ph.D dan diterjemahkan kedalam Bahasa Malaysia oleh syarikat penerbitan PTS pada tahun 2010. Buku ini telah terjual lebih 4 juta naskhah di Amerika dan ramai yang telah memanfaatkan ilmu yang ada di dalam buku ini untuk mengatasi masalah mereka terutamanya rasa rendah diri.


Apakah yang hebat mengenai buku ini? mengapa kita perlu tahu mengenai berfikir besar dan berjiwa besar? Setiap bab dalam buku ini mengandungi idea-idea praktikal, teknik dan prinsip yang membolehkan kita memanfaatkan kuasa berfikir besar. Dengan demikian, kita berupaya meraih kejayaan, kebahagiaan dan kepuasan hidup yang kita idam-idamkan. Setiap teknik disertakan dengan contoh berdasarkan kajian kes sebenar. Kita bukan hanya akan dibekalkan maklumat tentang perkara yang perlu dilakukan sahaja, malah cara mengaplikasikan setiap prinsip  dalam pelbagai jenis situasi dan masalah.

Bolehkah minum SD2 semasa puasa?

13 July 2011,9:41 AM

Cepat betul masa berlalu. Tidak lama lagi kita akan berpuasa iaitu lebih kurang 2 minggu lagi dari sekarang. Inilah peluang untuk kita semua menurunkan berat badan sebelum raya. Nanti bolehlah pakai baju kebaya yang anda teringin nak pakai tu. Kalau tidak asyik pakai baju kurung atau pun jubah yang besar je semata-mata nak tutup perut buncit dan spare tyre anda. Bila dah kurus barulah bersemangat nak melaram. Saya dapat banyak soalan daripada rakan-rakan yang cuba nak kuruskan berat badan semasa berpuasa dan ramai di kalangan kaum perempuan mula sibuk nak ganti puasa tahun lepas. Ramai yang bertanya soalan macam ni pada saya "bolehkah minum SD2 semasa berpuasa?"

Penyakit Sifilis

12 July 2011,2:10 PM

Sifilis adalah salah satu jenis penyakit kelamin yang amat berbahaya. Jika ia tidak dirawat pada kadar yang segera setelah mendapat simptom-simptom awal, ia boleh melarat dan boleh membawa kepada komplikasi-komplikasi yang boleh merosakkan organ tubuh anda yang lain.

Sebelum kita pergi lebih jauh dalam perbincangan mengenai penyakit sifilis ini, mari saya kongsikan serba-sedikit pengenalan dan info-info asas mengenai penyakit sifilis ini.

Onani punca gemuk?

08 July 2011,9:31 AM

Adakah onani punca gemuk? Ingin tahu info mengenai ini? Apa kata anda baca maklumat lanjut tentang artikel yang saya petik dari Utusan Malaysia ini.

Soalan:

SAYA suri rumah berumur 31 tahun dan mempunyai seorang anak. Baru-baru ini saya terbaca dalam sebuah akhbar, berkaitan gejala onani di kalangan wanita, benarkah wanita yang beronani akan cepat obes?

6 Buffered earnings sedang running

06 July 2011,4:30 PM

6 Buffered earnings sedang running pada minggu pertama bulan Julai 2011. 3 di nas-alphalipid dan 3 di nasfafoto. Walaupun blog nasfafoto dah lama tak update tapi nuffnang masih bagi buffered earnings, tu yang suka dengan nuffnang. Alhamdulillah Nuffnang semakin berbesar hati untuk beri Buffered Earning di blog-blog saya. Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada Nuffnang. Ini yang membuatkan saya semakin bersemangat nak update blog walaupun masa adalah terhad dengan kerja dan famili.

Wordless Wednesday 2

,1:47 PM

Alexa rank terkini nas-alphalipid.blogspot.com

02 July 2011,10:28 PM

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini saya hanya ingin mengabadikan prestasi  Alexa Rank blog ini dalam 1 entri sebagai kenangan sebelum berpindah ke platform baru. Jika diikutkan tiada yang istimewa tentang blog ini tapi saya rasa berpuas hati dengan prestasi blog ini memandangkan ia hanya blog niche kesihatan dan menggunakan platform blogspot.

ShareThis

Related Posts with Thumbnails

GC Tea Penawar Kencing Manis Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign