GC Tea Penawar Kencing Manis: November 2010


HOTLINE 017-5710071

Tips Diet

25 November 2010,3:52 PM
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Untuk entri kali ini saya akan memberi tips penurunan berat badan kepada pengguna baru Slim Diet 2. Selain Slim Diet 2 mengikut aturan dan makanan mengikut cara yang ditetapkan, terdapat cara yang yang efektif untuk membantu menurunkan berat badan anda.

Anda boleh mengambil Apple Cider 1 sudu setiap hari sewaktu 'lunch'. Anda boleh campurkan Apple Cider dengan Slim Diet 2 atau campur dengan sedikit air. Apple Cider boleh didapati di Pasaraya Besar seperti Giant atau Tesco. Apple Cider juga boleh didapati di Cosway.



Anda juga boleh mengamalkan minum green tea. Pastikan anda ambil green tea tanpa gula. Setakat ni saya jumpa Lipton yang ada green tea, brand lain tak tau la. Green tea boleh didapati di Pasaraya Besar.




Dare to fail

24 November 2010,9:35 AM
Untuk entri kali ini saya akan membincangkan mengenai tajuk "berani untuk gagal". Berapa ramai diantara kita yang berani untuk menghadapi kegagalan? Kebanyakan dari kita lebih suka berada di zon selamat. Kita merasa selesa dengan apa yang ada. Apa yang ada sudah mencukupi untuk menyara keluarga.

Adakah kita telah mempunyai tabungan untuk pelajaran anak dan tabungan persaraan? Jika belum, maka anda perlu lakukan perubahan dari sekarang. Beranikanlah diri untuk menghadapi kegagalan. Jika anda tak cuba anda tidak akan tahu kelemahan diri anda.

Tahukah anda bahawa ramai dikalangan orang yang berjaya telah melalui kegagalan sebelum berjaya. Dengan kegagalan mereka perbaiki kesilapan untuk lebih berjaya. Mereka tidak berputus asa malah semakin bersemangat. Yakinlah bahawa jika anda telah berusaha bersungguh tanpa putus asa InsyaAllah anda akan berjaya.

Jika anda sedang tercari-cari peluang untuk menambahkan pendapatan, saya ada jawapannya iaitu Syarikat NZ New Image Sdn Bhd. Kita mempunyai produk yang bagus sepserti Alpha Lipid Lifeline dan Slim Diet 2 yang sedang hangat di pasaran.

Jalan untuk mencapai kejayaan telah terbentang di depan anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah buat keputusan sekarang. Saya sedia membantu anda. Jika anda berani untuk menyahut cabaran sila hubungi saya untuk penerangan lanjut. Perkara yang baik tak perlu bertangguh. Sesetengah perkara tak perlu difikirkan terlalu lama kerana ia akan membuat anda ragu-ragu dan seterusnya anda tetap berada di tahap yang sama. Tiada perubahan yang anda lakukan.

Nazri Rubaee
Consultant
NZ New Image Sdn Bhd

Lebih separuh orang Malaysia obesiti

19 November 2010,10:56 AM
Selasa 16 November 2010 Akhbar Kosmo melaporkan Seramai 16.8 juta atau 60 peratus daripada 28 juta penduduk Malaysia mengalami masalah kegemukan termasuk golongan kanak-kanak dan jumlah itu menunjukkan peningkatan membimbangkan sejak akhir-akhir ini.


Daripada jumlah tersebut, kira-kira 50 peratus atau sebanyak 8.4 juta orang mengalami masalah obesiti manakala baki 50 peratus lagi merupakan penduduk melebihi berat badan ideal.

Perkara tersebut didedahkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang melahirkan kebimbangan kerana ia merangkumi semua peringkat umur.

Bagi saya ini disebabkan oleh tabiat pemakanan orang Malaysia yang suka makanan yang berlemak dan kurang melakukan aktiviti senaman. Kegemukan boleh menyebabkan penyakit seperti darah tinggi, jantung, stroke, gout, kencing manis dan lain-lain penyakit kronik. Sanggupkah anda menderita penyakit seperti ini?Lebih-lebih lagi dengan kos perubatan yang semakin meningkat.Kalau tak sanggup anda perlu memulakan langkah awal dengan cuba menurunkan berat badan.

Anda perlu mengamalkan pemakanan secara sihat. Anda juga perlu rajin melakukan aktiviti senaman. Memandangkan kebanyakan rakyat Malaysia pada masa ini sibuk dengan aktiviti harian Syarikat New Image ada jalan penyelesaian dengan lahirnya produk pelangsingan Slim Diet 2 yang berasaskan isolate protein soya. Anda tak perlu berlapar malah perlu makan untuk turunkan berat badan. Andaboleh mengambil makanan berprotein seperti ayam,ikan,daging, telur, sea food.dan makananyang perlu dihindarkan adalah karbohidrat.Ini kerana badan kita hanya perlukan sedikit sahaja karbohidrat untuk keperluan harian.

Tahukah anda, berlapar bukanlah cara yang betul untuk berdiet. Berlapar akan membuatkan kadar metabolisme anda menurun dan pembakaran lemak menjadi perlahan.badan juga akan memberi signal bahawa badan anda berada dalam keadaan darurat dan ia akan menyimpan lemak.

Sekian dahulu untuk entri kali ini

Nazri Rubaee
012-5712470
konsultant nz new image sdn bhd

Apa yang anda boleh makan?

15 November 2010,10:57 AM


SDII adalah program diet yang paling mudah dan murah diantara produk pelangsingan yang terdapat di pasaran.Yang paling penting ialah ada jaminan penurunan berat badan dan JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN.Jika tak percaya anda boleh bandingkan SDII dengan produk yang terdapat di pasaran.Tiada peraturan rumit untuk dituruti dan anda dijamin mencapai keberhasilan yang diidam-idamkan. Ianya hanya semudah SATU, DUA, TIGA..


SATU - Tambahkan 2 sudu penuh SLIM DIET II kedalam 200 - 250 ml air sejuk atau air biasa (Jangan gunakan air panas/suam!).

DUA - Tinggalkan makanan berLEMAK/KARBOHIDRAT dan berGULA.

TIGA - Tingkatkan penggunaan makanan segar seperti sayur-sayuran dan makanan berprotein. 4 gelas SDII sehari akan membekalkan anda dengan 100% zat pemakanan yang diperlukan oleh tubuh anda untuk TENAGA TINGGI dan tubuh yang RAMPING LAGI SIHAT.


(4x SDII = Pagi, tengahari, sebelum makan malam, dan sebelum tidur)


APA YANG ANDA BOLEH MAKAN?
(Digalakkan untuk makan)


AYAM
LEMBU
KAMBING
ITIK
IKAN
UDANG
KETAM
SOTONG
TELUR
SAYUR-SAYURAN TIDAK BERUBI
AIR KOSONG / AIS




APA YANG ANDA TIDAK BOLEH MAKAN?
(Dilarang makan untuk kesan yang optimum!)


NASI
MEE
KUEW TIOW
BIHUN
PASTA
ROTI
BISKUT
KUIH
GANDUM
SAYURAN BERUBI SEPERTI KENTANG,UBI,KELEDEK,KELADI
ALKOHOL
KAFEIN (KOPI/TEH)
MINUMAN RINGAN
MINUMAN MANIS
MINUMAN DIET (SODIUM)
BUAH-BUAHAN
SUSU
GULA-GULA (MANISAN)
GULA
OAT
NESTUM
TEMPE
KACANG


Jika anda sedang period jangan mulakan dahulu diet anda kerana semasa period kadar penurunan adalah perlahan.

Pengambilan ubat-ubatan seperti pil perancang juga akan menganggu pembakaran lemak.

Untuk kesan penurunan yang lebih maksimum anda digalakkan untuk bersenam.

Sila pastikan anda betul-betul bersedia untuk diet sebelum memulakan program diet untuk memastikan anda berdisiplin semasa diet dan mendapat penurunan yang diharapkan.

Semoga anda berjaya dengan misi anda untuk menurunkan berat badan dan kelihatan lebih muda dan menawan.

Saya sedia membantu anda dalam proses menurunkan berat badan. Jika ada sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh hubungi saya 012-5712470 (nazri) atau 017-5710071 (fajar)



Apakah indeks jisim badan?

10 November 2010,10:28 AM
Indeks Jisim Badan (BMI) (bahasa Inggeris: Body Mass Index) merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.
Indeks Jisim Badan
Status BMI
Kurus Kurang 20.6
Normal 20.7 - 26.4
Gemuk 26.5 - 30.9
Obesiti 31.0 - 45.2
Bahaya Lebih 45.3
[perlu rujukan]
Jika anda ingin tahu berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciri-ciri berat badan yang ideal atau tidak, anda boleh menggunakan pengiraan BMI seperti berikut:
Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):
BMI   =   
berat(kg)
------------------------------
tinggi(m) x tinggi(m)

Setelah mendapat keputusan BMI, anda bolehlah melihat carta di sebelah kanan bagi menentukan sama ada anda tergolong dalam kategori gemuk atau terlalu kurus.

Sumber dari: ms.wikipedia.org/

Obesiti

,10:25 AM
Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.

Siapakah yang tergolong dalam obesiti

  • Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal;
  • Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya;
  • Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI);
  • Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis); dan
  • Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.

Makanan dan kesesuaian

Pemakanan yang sihat sangat penting untuk tubuh kita. Ini kerana diet pemakanan yang sihat sebenarnya dapat membantu menghasilkan tenaga serta dapat membantu tubuh kita bekerja dengan lebih baik. Tentu ramai di kalangan anda yang gemar menghabiskan masa berada di hadapan televisyen. Aktiviti sebegini memang menyeronokkan, tetapi anda harus ingat aktiviti seperti ini sebenarnya tidak bagus untuk tubuh badan anda. Aktiviti ini dipanggil sebagai aktiviti statik kerana anda hanya duduk dan tidak sedikit pun melakukan senaman bagi membakar kalori dalam tubuh badan. Ini mungkin boleh mendatangkan kegemukan. Untuk itu, bagi merangsang tubuh badan supaya bergiat aktif, anda bolehlah melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bermain, menari, menyertai acara sukan, mengemas rumah atau mencuci kereta di waktu lapang atau apa sahaja aktiviti yang dirasakan sesuai dengan keupayaan anda. Dengan melakukan aktiviti seperti ini, kita juga dapat membantu otot-otot kita menjadi kuat.

Apakah berat badan sepatutnya?

Manusia dilahirkan dengan saiz, tinggi, dan bentuk badan yang berbeza. Sebab itu, tidak semua orang mempunyai ketinggian, bentuk, dan berat badan yang sama. Berat badan sepatutnya dikategorikan sebagai sederhana, iaitu tidak gemuk dan tidak pula kurus. Jika anda hendakkan berat badan sebegini, anda perlu menjauhi makanan yang mengandungi banyak lemak dan kalori. Tetapi, jangan berlapar sehingga badan berubah menjadi kurus. Makanlah dengan cukup. Oleh itu, banyakkan makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran kerana badan anda amat memerlukan makanan tersebut.

Risiko kesihatan

Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah:

Senaman yang boleh dilakukan

Tentu ramai anda yang takut dan bimbang ditimpa pelbagai penyakit bukan? Jangan bimbang, kalau ada penyakit, pasti ada penawarnya. Senaman yang dirasakan sesuai untuk meningkatkan lagi aktiviti fizikal anda supaya tidak berlaku masalah kesihatan:

Kenapa perlu bersenam?

Anda tahu tidak kenapa kita perlu bersenam? Faedahnya banyak. Dengan bersenam, badan kita akan jadi sihat dan kuat. Kita juga akan jauh daripada pelbagai penyakit. Antara faedah lain daripada bersenam ialah:
  • Senaman dapat meningkatkan kelembutan (kelenturan otot) dan membina kekuatan otot.
  • Jantung bekerja lebih cekap ketika bersenam dan berehat.
  • Meningkatkan kadar nadi dan mencegah pengerasan arteri, serta dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Arteri yang keras merupakan penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar (strok).
  • Meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah.
  • Membantu mengawal lipid darah yang tidak normal.
  • Menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Ini akan membantu mencegah atau memperlahankan proses osteoporosis (kereputan tulang) dan mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh menyebabkan patah pinggang atau kecederaan yang lain.
Kanak-kanak yang kurus lebih aktif berbanding kanak-kanak yang gemuk.

Sumber dari ms.wikipedia.org/

New Image tangga ke 81 dalam top 100 syarikat jualan langsung

09 November 2010,10:45 AM
New Image surges into the world's "Top 100" direct sales rankings

New Zealand health and wellness product manufacturer New Image Group has been named as one of the world's Top 100 direct sales companies.

New Image was ranked at number 81 in the list compiled by the leading industry publication Direct Selling News (www.directsellingnews.com). The awards were announced at a special event in Austin, Texas in the United States.

Direct Selling News' global web editor, Yasmin Waring, says there is an estimated 8,000 to 10,000 direct selling companies worldwide. Data from the World Federation of Direct Selling Associations shows the immense size of the global direct selling industry with annual sales of US$114 billion, driven by 65 million distributors.

New Image is the only company of the published Direct Selling News Top 100 global list from Australasia and one of four in the wider South East Asia area. The other three are from Malaysia and Thailand. The majority of the list is made up of 61 US companies lead by the giant Avon with its annual sales of US$10.3 billion.

Graeme Clegg, Founder and Chairman of New Image Group, says the award is a real tribute to the 26 years New Image has spent in researching, developing and selling its unique colostrum-based and other health / wellness related products.

"The power of the direct selling model is not generally understood by most New Zealanders," Mr Clegg says. "However, that is changing. During the recent global financial crisis, many outstanding New Zealand business people have taken a closer look at direct selling models and recognised its alternative opportunities for good income streams.

"Direct selling can provide substantial catch-up incomes for people that may have been victims of redundancy, share market and finance company collapses and tightened bank lending practices. In Malaysia and Taiwan for example, New Image has distributorships earning in excess of NZ$1 million a year."

The majority of New Image's 100,000 (and increasing) sales force is outside of New Zealand in countries such as Australia, Singapore, Indonesia, Thailand, Philippines, Hong Kong, South Africa and Japan. And the company is aggressively expanding into more countries and looking for entrepreneurial-minded people to drive its growth, targeting high performing leaders.

Mr Clegg says New Image has done exceptionally well to be included in this prestigious group. New Image has been a member of the Direct Selling Association of New Zealand since 1990 and Mr Clegg has been a board member of the Association for the past five years. He and New Image's vice president Asia Pacific NH Chua were recently key note speakers at the annual conference of the Australian Direct Selling Association.

New Image Group: Enhance the health and well-being of people throughout the world, leveraging the power of colostrum as the essence of life

Sumber: newimageasia.com.my

Penyakit SLE

04 November 2010,4:59 PM
Pengenalan

SLE adalah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh dan kadangkala penyakit ini boleh membawa maut.

Kebiasaannya, sistem ketahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisma yang memasuki tubuh dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisma tersebut.

Bagi pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri. Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan, dengan menunjukkan gejala yang berbeza.

Ia boleh menyerang tanpa pengetahuan pesakit kerana taktik penyamaran liciknya membuatkan penyakit ini sukar didiagnos semasa rawatan pertama. Setiap pesakit SLE adalah unik dan oleh itu mempunyai pelbagai manifestasi dan prognosis yang berbeza.

Terdapat lebih ramai pesakit wanita berbanding lelaki dengan nisbahnya 10:1, terutamanya di kalangan wanita yang berada pada tahap subur, berusia 20 hingga 40 tahun.

Simtom

1. Di peringkat aktif SLE akan menunjukkan tanda-tanda berikut:
- keletihan yang amat sangat
- demam yang tidak menentu
- pecah-pecah mulut
- selsema
- sakit bahagian kepala
- sakit sendi-sendi dan otot
- gangguan urat saraf
- kiraan darah putih yang rendah
- kiraan platlet yang rendah

2. Tompok-tompok merah berbentuk seperti rama-rama mingkin timbul di pipi dan hidung

3. Hilang selera makan dan turun berat badan secara mendadak

4. Kulit
- Menjadi ke merah-merahan terutama jika terdedah kepada cahaya matahari dan mudah beruam (photosensitive rash)
- Alah kepada ubat yang mangandungi sulfur atau penisilin
- Radang pada salur darah halus di dalam kulit boleh mengakibatkan tompok-tompok halus merah timbul di bahagian siku, jari tangan dan jari kaki (vaksulitis)
- Jari-jari menjadi pucat kebiru-biruan (fenomena Raymand) apabila terdedah pada kesejukan atau berlaku gangguan emosi

5. Rambut
- Keguguran rambut dalam masa beberapa bulan

6. Sendi-sendi
- Radang sendi pada pesakit yang teruk boleh menyebabkan kecacatan

7. Jantung dan paru-paru
- Gejala radang membran di bahagian jantung, paru-paru dan perut. Ia dikenali sebagai serositis
- Merasa sakit dada ketika menarik nafas

8. Otak
- Radang pada tisu-tisu otak boleh mengakibatkan kemurungan, sawan, perubahan sikap secara tiba-tiba, lemah sebelah tangan atau mirgain yang teruk

9. Buah pinggang
- SLE mengakibatkan sindrom refrotik, tekanan darah tinggi dan hematuria mikroskopik
- Boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang akut atau kronik

Komplikasi:
Kesan sampingan pengambilan steroid untuk menyembuhkan SLE
1. Peningkatan selera makan dan berat badan bertambah
2. Muka menjadi bulat dan peningkatan tisu lemak di leher dan bahu
3. Mudah mendapat lebam kulit dan luka lambat sembuh
4. Badan menjadi lebih berbulu
5. Jerawat
6. Lemah-lemah otot
7. Katarak
8. Kemurungan
9. Gastritis
10. Garam dan air akan berkumpul di dalam badan dan mengakibatkan badan bengkak
11. Tanda-tanda jangkitan pneumonia akan hilang
12. Tekanan darah tinggi
13. Osteoporosis terutama pada tulang belakang dan sendi pinggang

Langkah pencegahan kepada pesakit SLE:
1. Elakkan terkanan (stress) kerana ia boleh menyebabkan SLE menjadi aktif. Perlu sentiasa berfikiran positif.
2. Merokok meningkatkan risiko SLE.
3. Pengubahsuaian gaya hidup - diet yang bersesuaian, banyakkan senaman.

 

Sumber: www.syifa-alhidayah.com

MIGRAIN

,11:46 AM

Pengenalan Penyakit

-Migrain berlaku apabila  seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang,berbeza tahap kesakitannya,kekerapan dan jangka masa serangan.
-Ia berasal dari perkataan Peranchis yang bermaksud sakit kepala sebelah
-Biasanya serangan sakit kepala sebelah boleh menyebabkan sakit kedua-dua belahnya.

Jenis-Jenis Migrain

-Migrain tanpa aura
-Migrain dengan tanda aura
-Opthalmoplegic migrain
-Status migrain

Punca penyakit / Faktor Risiko

-Genetik
-Aktiviti saraf ‘trigemino’ yang mengawal saraf dalam kepala dengan ‘neurotransmitter’ yang dipanggil substance P dan lain-lain’neurotransmitter’ sperti ’stamine’ dan kinine’ menyebabkan urat-urat darah dalam kepala mengembang dan berdenyut.
-Aktiviti yang berlebihan pada pangkal otak mengakibatkan ‘ neurotransmitter’ seperti ‘norephenepherine’ dan ’serotinin’ yang menjadikan urat darah sempit, kembang dan mengakibatkan rasa sakit.
-Perubahan saiz diameter urat darah yang bergerak dalam kepala berbeza-beza dari masa kesemasa dalam satu serangan (spreading digemia)
-Pengeluaran serotinin yang berlebihan dari sel platlet darah
-Tekanan perasaan atau ’stress’
-Terlalu banyak minum minuman yang berkafein seperti kopi atau minuman alkohol
-Cahaya yang sangat terang
-Perubahan cara tidur / tidak cukup tidur
-Letih yang keterlaluan
-Bau-bauan ‘ perfume’ yang terlalu kuat
-Pengambilan pil ‘ contraceptive’
-Haid
-Pengambilan pemanis tiruan
-Daging yang ditahan lamakan (preservative) supaya tidak mengandungi natrium dan sodium glutamate
-makanan yang mengandungi histamine dan ‘vasoctive agent’

Tanda- tanda / Simptom

1) Migrain tanpa aura
   -Rasa berdenyut-denyut pada sebelah kepala, pesakit ternampak bayangan bergaris-  garis
   -Terjaga dari tidur akibat kesakitan yang amat sangat
   -berasa sangat loya, muntah dan terlalu sensitif pada cahaya dan bunyi
   -denyutan yang dirasakan amat sakit apabila disentuh penghidap boleh pengsan
2) Migrain dengan tanda aura
   -jarang berlaku
   -pesakit akan mengalami pandangan seolah-olah ternampak garisan (line) yang membesar, kemudiannya hilang
   -Penghidap akan terasa mabuk, kebas-kebas pada bahagian dalam badan beberapa minit sebelum serangan
3) Opthalmoplegic migrain
   -terlalu jarang berlaku
   -sakit kepala yang keterlaluan boleh menyebabkan mata jadi juling dan buta sementara
   -mata menjadi sepet sebelum menjadi juling (retinal migraine)
   -pesakit boleh hilang pandangan dalam masa beberapa minit
4) Status migrain
   -berlaku apabila seseorang itu mengalami migrain yang teruk dan berterusan
   -boleh mengakibatkan penghidapnya mendapat strok
   -migrain yang berlaku berulang-ulang pada kanak-kanak menyebabkan mereka muntah-muntah dan sakit perut yang berulang-ulang
5) Bentuk serangan migrain
   -’severe’ rasa berdenyut-denyut pada bahagian sebelah kepala atau keduanya
   - ‘local’ - kulit bertukar menjadi merah  sedikit atau kelihatan pucat
   -’pallor’ berpeluh-peluh
   -’sono’ sensitif terhadap bunyi bising
   -’photophobea’ - sensitif pada cahaya
   -’speak’- percakapan menjadi perlahan untuk elakkan sakit kepala

Petikan artikel dari www.mahsuri.com

ShareThis

Related Posts with Thumbnails

GC Tea Penawar Kencing Manis Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign