GC Tea Penawar Kencing Manis: 2011


HOTLINE 017-5710071

Promosi SD2 harga ahli

06 December 2011,2:31 AM
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk promosi Disember 2011 ini saya akan memberikan harga paling menarik untuk anda.Saya berbesar hati untuk memberi anda harga ahli untuk produk yang dijual di dalam blog ini tanpa perlu menjadi ahli. Tujuan promosi ini diadakan adalah untuk menghargai pembaca atau pelawat blog ini dan memberi peluang kepada yang ingin mencuba produk NZ New Image dengan harga yang mereka mampu.Promosi ini hanya berjalan untuk tempoh 1 bulan sahaja iaitu Sehingga 31 Disember 2011. Pada Januari 2012 harga akan dinaikkan semula kepada harga asal. Cepat sementara promosi masih ada. Harga promosi adalah seperti di bawah:

Promosi SD2 November 2011

31 October 2011,3:56 PM
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya ada promosi menarik untuk anda di bulan November ini. Saya berbesar hati untuk memberi anda kadar diskaun sehingga 23.6% untuk produk yang dijual di dalam blog ini. Promosi ini hanya berjalan untuk tempoh 1 bulan sahaja. Pada bulan Disember harga akan dinaikkan semula kepada harga asal. Cepat sementara promosi masih ada. Harga promosi adalah seperti di bawah:

Promosi SD2 Oktober 2011

20 October 2011,12:54 PM



Promosi Keahlian PERCUMA

DENGAN BELIAN
4 TIN SDII RM432*
3 TIN ALPHA LIPID RM450*
ANDA LAYAK MENDAPAT KEAHLIAN PERCUMA
TANPA PERLU MEMBAYAR RM50 YURAN AHLI

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Nazri 012-5712470/Fajar 017-5710071

Teknik Turunkan Berat Badan Tanpa Risiko

14 October 2011,3:44 PM



Anda inginkan teknik turunkan berat badan tanpa risiko? Apa kata anda baca info ini.

Masalah obesiti dalam masyarakat Malaysia semakin membimbangkan. Malah masalah ini telah menjadi punca kepada munculnya pelbagai penyakit kronik dalam diri penghidap obesiti seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung, stroke dan banyak lagi.

Apa yang lebih menakutkan, penghidap obesiti berisiko untuk mengalami kecederaan pada bahagian organ dalaman. Seterusnya, kecederaan itu boleh menjadi semakin serius sekiranya obesiti yang dialami tidak diatasi.

Tips diet untuk kekal muda

06 September 2011,1:43 PM

Adakah makanan yang anda makan membuatkan anda menghadapi simptom-simptom penuaan seperti selalu letih, pelupa, dan sengal-sengal badan? Berikut dikongsikan beberapa panduan untuk membantu anda kembali berasa muda dan kelihatan muda.
 
Tentu ada di antara kita yang menjangkakan sesetengah perubahan mental dan fizikal yang berlaku terhadap diri mereka adalah disebabkan umur yang makin meningkat. Ramai juga di antara mereka yang lupa bahawa makanan harian yang di makan atau tidak di makan juga boleh mempercepatkan proses penuaan tersebut sebelum tiba masanya.

Promosi SD2 Hari Raya 2011

,12:11 PM

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sempena bulan Syawal ini saya menyediakan hadiah yang menarik untuk anda bakal pengguna produk NZ New Image Sdn Bhd. Untuk promosi bulan ini saya nak beri anda PERCUMA 1 shaker dengan pembelian produk SD2 atau Alpha Lipid. Jika anda beli 4 tin ke atas saya akan hadiahkan anda 1 botol ketostik untuk memudahkan anda check kadar pembakaran anda. Seronok tak? Kalau seronok apa tunggu lagi, belilah sekarang kerana promosi ini akan berakhir pada 30 September 2011.
 
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Tips senaman mudah

11 August 2011,4:15 PM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semua orang mahukan tahap kesihatan yang baik. tapi tidak ramai yang mempunyai masa atau semangat untuk bersenam.Tahukah anda jika kita mahu, dimana-mana pun boleh bersenam. Di bawah ini saya senaraikan tips senaman mudah untuk anda lakukan.
  1. Apabila anda bangun tidur, luruskan kaki dan duduk perlahan-lahan tanpa menggunakan tangan. Lunjurkan badan ke depan sehingga bahagian belakang dan betis terasa tegang. Kemudian baring semula perlahan-lahan. Ulang sehingga 3-4 kali.
  2. Semasa anda memberus gigi, cuba berdiri dengan sebelah kaki. Tukar kaki kiri dan kanan.

Wordless Wednesday 6

10 August 2011,2:06 PM

Wordless Wednesday 5

03 August 2011,2:17 PM

Wordless Wednesday 4

27 July 2011,4:28 PM

Cara guna Bio Rejuv Cleansing Bar

26 July 2011,1:54 PM

Untuk kemudahan anda, di sini saya kongsikan cara untuk menggunakan Bio Rejuv Cleansing Bar. Untuk makluman, Ia tak sama seperti kita menggunakan pembersih muka yang lain.


Langkah 1 
Basahkan kawasan kulit atau muka yang ingin kita sapukan dengan Bio Rejuv.


Langkah 2 
Basahkan tangan dan ratakan Bio Rejuv di permukaan tangan.

Bio Rejuv untuk kulit bermasalah

25 July 2011,2:39 PM

Bio Rejuv Cleansing Bar adalah produk kesihatan kulit pertama di dunia yang diadun dengan kombinasi Kolostrum dan juga kehebatan lagenda rawatan AUSTRIAN MOOR (sejenis bunga), untuk melindungi, merawat, memperbaiki, dan memperbaharui kulit secara semulajadi. Untuk makluman, produk ini dikeluarkan oleh syarikat New Image Sdn Bhd sepertimana Alpha Lipid Lifeline dan Slim Diet 2.

Prestasi Alexa Rank terkini

22 July 2011,11:15 AM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setakat hari ini prestasi blog ini amat membanggakan saya. Alexa Rank terkini blog nas-alphalipid.blogspot.com adalah 896,173 dan 3,276 di Malaysia. Sites Linking in ialah 35. Purata pelawat memperuntukkan 2.3 unique page sehari untuk setiap orang. Pelawat juga memperuntukkan selama 6 minit setiap kali melawat di blog ini dan 84 saat untuk setiap halaman. Hasil carian blog ini melalui search engine adalah sebanyak 65%. 

Kebaikan CoQ10 kepada jantung

21 July 2011,12:38 PM

Tahukah anda bahawa CoQ10 amat baik untuk kesihatan jantung anda? Berikut saya kongsikan artikel yang dipetik dari Utusan Malaysia.

Soalan: Sejak beberapa tahun lalu, saya perlu mengambil ubat anti-kolesterol setiap hari demi mengawal peningkatan kolesterol. Paras gula darah saya juga telah meningkat daripada bacaan ideal. Saya membeli suplemen koenzim Q10 atas saranan ahli farmasi apabila saya menceritakan tentang masalah keletihan yang saya alami di kebanyakan waktu di sepanjang hari. Apakah kepentingan CoQ10 kepada masalah saya?


Jawapan: Menjaga kesihatan jantung sangat penting demi kualiti kehidupan yang lebih baik kerana peranannya yang sangat penting. Secara puratanya jantung orang dewasa berdenyut sekitar 100,000 kali sehari. Dengan itu, jantung kita layak mendapat perhatian dan penjagaan yang baik. 


Dalam usaha menjaga kesihatan jantung, pendekatan yang lebih menyeluruh perlu. Ini termasuklah mengamalkan gaya hidup sihat, makan secara seimbang, senaman secara tetap, mengelakkan alkohol dan rokok serta menangani stres dengan baik. Selain itu, pengambilan nutrien sihat untuk jantung boleh juga membantu mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung seperti aterosklerosis, strok dan serangan jantung. Membuat pemeriksaan secara berkala dan nasihat daripada doktor penting dalam memelihara kesihatan. 


Sememangnya pengambilan koenzim Q10 memberi manfaat kesihatan kepada kesihatan jantung, terutamanya apabila kita mula mengalami masalah jantung atau masalah berkaitan. Koenzim Q10 (Co Q10) merupakan nutrien yang bersifat larut lemak dan hadir dalam kebanyakan sel-sel. Co Q10 penting kepada kesihatan kardiovaskular memandangkan jantung mengandungi konsentrasi Co Q10 yang paling tinggi. Peranannya dalam aktiviti mitokondria adalah penting untuk membolehkan otot-otot jantung berfungsi secara normal. 


Kajian ada menunjukkan bahawa pengambilan ubatan seperti statin untuk mengawal peningkatan kolesterol akan mengurangkan paras koenzim Q10 dalam tubuh. Kesan akibat kekurangan Co Q10 akan menyebabkan keletihan dan kelesuan otot. Apabila Co Q10 berkurangan, jantung juga boleh menjadi lemah dan ia boleh menjurus kepada kegagalan jantung kongestif. 


Kegagalan jantung dikenal pasti dengan kekurangan tenaga yang dikaitkan dengan paras koenzim Q10 yang rendah. Para penyelidik mendapati masalah kegagalan jantung kongestif mempunyai kaitan yang kuat dengan kandungan koenzim Q10 yang rendah. Dengan itu, pengambilan Co Q10 boleh membantu mengekalkan parasnya dalam tubuh, khususnya jantung. 


Selain itu, hasil penyelidikan juga mendapati penggunaan CoQ10 sebagai remedi tambahan bagi kegagalan jantung kongestif mengurangkan tahap simptom pesakit secara signifikan. Di Jepun, CoQ10 adalah rawatan yang diluluskan untuk kegagalan jantung kongestif. CoQ10 juga memberi kesan yang memberangsangkan dengan meningkatkan toleransi senaman di kalangan pesakit dengan angina yang stabil, di mana ia mungkin disebabkan oleh penghasilan tenaga dipertingkatkan atau pengurangan penghasilan radikal bebas. CoQ10 juga dapat memulihkan tekanan darah pada pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi.


Pengambilan koenzim Q10 secara konsisten memberi manfaat kepada kesihatan jantung melalui beberapa cara. Koenzim Q10 telah dikenali ramai kerana tindakan antioksidanya. Kandungan antioksida inilah juga yang menyumbang kepada pencegahan pengoksidaan lipid. Koenzim didapati berkesan ke arah pencegahan pengoksidaan kolesterol LDL, iaitu langkah pencegahan penting sebelum terjadinya aterosklerosis. 

Sumber: Utusan Online

nazri rubaee
h/p           : 012-5712470
email       : nasfa47@gmail.com
facebook: slim diet
twitter      : nasalphalipid

Wordless Wednesday 3

20 July 2011,3:34 PM

Promosi SD2 Julai 2011

18 July 2011,10:10 AM
PERCUMA keto stick dengan pembelian 4 tin


Assalamualaikum dan salam sejahtera


PERCUMA shaker dengan pembelian 1tin


Untuk Julai ini saya menyediakan hadiah yang lebih menarik untuk anda bakal pengguna produk NZ New Image Sdn Bhd. Sebenarnya untuk promosi bulan ini saya nak beri anda PERCUMA 1 shaker dengan setiap pembelian produk NZ New Image Sdn Bhd samada  SD2, Alpha lipid, FibreMax, K29, CoQ10 dan Bio Rejuv. Jika anda beli 2 tin/unit dan ke atas saya akan hadiahkan anda 1 shaker dan 1 tabung. Jika anda beli 4 tin/ unit anda akan dapat 1 shaker dan 1 keto stick. Nak tau apa itu keto stick sila baca artikel uji kehadiran karbo dengan keto stick.

The magic of thinking big

14 July 2011,11:26 AM

Buku The magic of thinking big ini dikarang oleh David J. Schwartz, Ph.D dan diterjemahkan kedalam Bahasa Malaysia oleh syarikat penerbitan PTS pada tahun 2010. Buku ini telah terjual lebih 4 juta naskhah di Amerika dan ramai yang telah memanfaatkan ilmu yang ada di dalam buku ini untuk mengatasi masalah mereka terutamanya rasa rendah diri.


Apakah yang hebat mengenai buku ini? mengapa kita perlu tahu mengenai berfikir besar dan berjiwa besar? Setiap bab dalam buku ini mengandungi idea-idea praktikal, teknik dan prinsip yang membolehkan kita memanfaatkan kuasa berfikir besar. Dengan demikian, kita berupaya meraih kejayaan, kebahagiaan dan kepuasan hidup yang kita idam-idamkan. Setiap teknik disertakan dengan contoh berdasarkan kajian kes sebenar. Kita bukan hanya akan dibekalkan maklumat tentang perkara yang perlu dilakukan sahaja, malah cara mengaplikasikan setiap prinsip  dalam pelbagai jenis situasi dan masalah.

Bolehkah minum SD2 semasa puasa?

13 July 2011,9:41 AM

Cepat betul masa berlalu. Tidak lama lagi kita akan berpuasa iaitu lebih kurang 2 minggu lagi dari sekarang. Inilah peluang untuk kita semua menurunkan berat badan sebelum raya. Nanti bolehlah pakai baju kebaya yang anda teringin nak pakai tu. Kalau tidak asyik pakai baju kurung atau pun jubah yang besar je semata-mata nak tutup perut buncit dan spare tyre anda. Bila dah kurus barulah bersemangat nak melaram. Saya dapat banyak soalan daripada rakan-rakan yang cuba nak kuruskan berat badan semasa berpuasa dan ramai di kalangan kaum perempuan mula sibuk nak ganti puasa tahun lepas. Ramai yang bertanya soalan macam ni pada saya "bolehkah minum SD2 semasa berpuasa?"

Penyakit Sifilis

12 July 2011,2:10 PM

Sifilis adalah salah satu jenis penyakit kelamin yang amat berbahaya. Jika ia tidak dirawat pada kadar yang segera setelah mendapat simptom-simptom awal, ia boleh melarat dan boleh membawa kepada komplikasi-komplikasi yang boleh merosakkan organ tubuh anda yang lain.

Sebelum kita pergi lebih jauh dalam perbincangan mengenai penyakit sifilis ini, mari saya kongsikan serba-sedikit pengenalan dan info-info asas mengenai penyakit sifilis ini.

Onani punca gemuk?

08 July 2011,9:31 AM

Adakah onani punca gemuk? Ingin tahu info mengenai ini? Apa kata anda baca maklumat lanjut tentang artikel yang saya petik dari Utusan Malaysia ini.

Soalan:

SAYA suri rumah berumur 31 tahun dan mempunyai seorang anak. Baru-baru ini saya terbaca dalam sebuah akhbar, berkaitan gejala onani di kalangan wanita, benarkah wanita yang beronani akan cepat obes?

6 Buffered earnings sedang running

06 July 2011,4:30 PM

6 Buffered earnings sedang running pada minggu pertama bulan Julai 2011. 3 di nas-alphalipid dan 3 di nasfafoto. Walaupun blog nasfafoto dah lama tak update tapi nuffnang masih bagi buffered earnings, tu yang suka dengan nuffnang. Alhamdulillah Nuffnang semakin berbesar hati untuk beri Buffered Earning di blog-blog saya. Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada Nuffnang. Ini yang membuatkan saya semakin bersemangat nak update blog walaupun masa adalah terhad dengan kerja dan famili.

Wordless Wednesday 2

,1:47 PM

Alexa rank terkini nas-alphalipid.blogspot.com

02 July 2011,10:28 PM

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini saya hanya ingin mengabadikan prestasi  Alexa Rank blog ini dalam 1 entri sebagai kenangan sebelum berpindah ke platform baru. Jika diikutkan tiada yang istimewa tentang blog ini tapi saya rasa berpuas hati dengan prestasi blog ini memandangkan ia hanya blog niche kesihatan dan menggunakan platform blogspot.

Pagerank nas-alphalipid.blogspot.com PR2

29 June 2011,3:19 PM

Blog nas-alphalipid.blogspot.com PR2. Macam tak percaya je bunyinya. Tapi apa-apa pun saya kene percaya juga sebab saya dah check kat Google Pagerank Checker tadi dan memang sahih betul. Saya tahu Google dah update Pagerank ni pun bila blogwalking pagi tadi. Alhamdulillah berjaya juga usaha saya selama ini untuk menaikkan Pagerank blog ini. 

Walaupun tak dapat Pagerank jangkaan seperti di entri sebelum ini Google Pagerank Prediction Tool l Pagerank nas-alphalipid.blogspot.com PR3, saya tetap berpuas hati dengan prestasi sekarang kerana bukan mudah nak dapat PR3 ni memandangkan blog ini hanyalah blog kesihatan dan bukannya blog berkaitan isu semasa.

Wordless Wednesday 1

,8:28 AM

Cara mengurus dan menangani stress

26 June 2011,8:21 PM

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan cara hidup yang semakin mencabar menyebabkan ramai orang mengalami tekanan. Setiap orang pasti pernah mengalami stress. Tidak kira samada stress itu kecil atau besar, apa yang penting ialah bagaimana cara anda mengurus dan menangani stress tersebut. Cara mengurus dan menangani stress yang betul dapat menyelamatkan anda dari terus tertekan. jom kita baca kandungan seterusnya.

Google Pagerank Prediction Tool l Pagerank nas-alphalipid.blogspot.com PR3

22 June 2011,4:15 PM
Blog nas-alphalipid.blogspot.com PR3? Ramai blogger yang ambil kisah tentang Pagerank dan ada juga yang tak kisah. Tapi saya ambil kisah tentang Pagerank ni sebab ia juga menunjukkan kredibiliti sesebuah blog. 

Promosi NZ New Image Jun 2011

21 June 2011,11:09 AM

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Untuk Jun ini pihak syarikat NZ New Image mengadakan beberapa promosi. Antaranya ialah:

Teknik Jualan Berpengaruh

16 June 2011,9:12 AM

Assalamualaikum dan slaam sejahtera.

Maaf kerana sudah beberapa hari tidak update blog ini kerana sibuk dengan urusan peribadi yang tak dapat dielakkan. Untuk entri kali ini syaa ingin kongsikan kepada anda Teknik Jualan Berpengaruh.

Semasa membuat tawaran produk, pastikan ia ringkas dan padat. Nyatakan maksud kita secara terus. David Dnyder menulis bahawa maklumat yang terlalu banyak hanya menyakitkan hati.

Terima kasih wahai wanita

09 June 2011,3:51 PM


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini saya nak ulas sedikit tentang keputusan undian di blog ini. Untuk undian kali ini seramai 124 pelawat yang telah memberi respon. Terima kasih diucapkan kepada anda yang sudi mengundi. Berdasarkan undian yang telah dibuat didapati 62 peratus pelawat blog ini adalah terdiri daripada kaum wanita dan 37 peratus adalah daripada kaum lelaki. Ini bermakna blog ini lebih disukai oleh kaum wanita. Terima kasih wahai wanita. Saya tahu apa yang anda cari di blog ini dan InsyaAllah saya akan memberikan info yang terbaik untuk anda dimasa akan datang.

Buffered Earnings Terbaru dari Nuffnang

08 June 2011,1:36 PM

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Happy sangat hari ni sebab dapat 2 lagi Buffered Earnings terbaru dari Nuffnang. Tak tau la kali ke berapa dapat Buffered Earnings sebab saya tak kira. Ini bukan bermaksud blog ni dapat banyak Buffered Earning dari Nuffnang tapi memang saya tak kira. 3 Buffered Earning sebelum ini adalah dari blog ini dan 2 lagi yang terbaru tu adalah dari blog nasfafoto. Saya amat berterima kasih kepada Nuffnang coz bagi Buffered Earnings walaupun blog nasfafoto tu kurang di'update', tapi Nuffnang tetap bagi Buffered Earnings. Tu yang buat makin sayang ngan Nuffnang ditambah pula dapat TGV Birthday Suprise dari Nuffnang sempena Hari Lahir saya pada April yang lepas.

Empat produk Taiwan tidak dicemari DEHP - Tiong Lai

05 June 2011,1:47 PM

KUALA LUMPUR 3 Jun – Empat produk makanan keluaran Taiwan yang dianalisis disahkan tidak dicemari bahan kimia di(-2-ethylhexyl) Phthalate (DEHP).

Empat produk tersebut ialah Cranberry Juice Cocktail dan Cranberry Refreshers jenama Ocean Spray, Mango Flavour Coconut Jelly jenama e.Ben dan Fruitgurt Yogurt Style jenama New Choice.


Wabak E.coli kini di 12 negara

04 June 2011,4:01 PM

Bakteria mampu berjangkit antara manusia dianggap paling berbahaya

GENEVA: Wabak E.coli kini dikesan di 12 negara dan semakin berbahaya kerana boleh berjangkit antara manusia. 

Pendedahan itu dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selepas bakteria itu dikesan di Amerika Syarikat, Republik Czech, Perancis, Jerman, Austria, Denmark, Belanda, Sepanyol, Sweden, Norway, Switzerland dan Britain. 
 
Lebih 1,700 kes jangkitan dilaporkan di seluruh dunia sejak kes pertama dilaporkan di Jerman dengan 18 maut setakat ini.


15 maut keracunan E.coli di Eropah

03 June 2011,4:59 PM

1,200 kes dilaporkan dalam tempoh 10 hari disebabkan kuman dalam timun, tomato

BERLIN: Seramai 15 orang terbunuh, 300 lagi dalam keadaan tenat kerana keracunan disebabkan bakteria berbahaya dalam timun menyebabkan kerajaan Jerman mengadakan rundingan mengenai krisis itu yang terus merebak di beberapa negara Eropah sejak dikesan dua minggu lalu.

Kematian ke-15 berlaku di Sweden.
Kes keracunan makanan kali pertama dilaporkan di utara Jerman dan bilangan mangsa disyaki mencecah 1,200 orang, lapor media. 


Senyum dan ketawa penawar penyakit

02 June 2011,8:45 AM

Senyum dan ketawa adalah penawar penyakit. Cuba anda amati antara wajah orang yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apatah lagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaannya. Wajah mereka yang sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak lebih muda dari usia yang sebenar. Betul tak?

Di bawah ini saya sertakan fakta menarik tentang senyum yang perlu anda ketahui:



Risiko Kegemukan

30 May 2011,1:00 AM

Pada masa kini ramai dikalangan rakyat Malaysia yang mengalami berat  badan berlebihan. Mungkin kerana tabiat pemakanan rakyat Malaysia yang tidak sihat dan juga kurang melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bersenam dan bersukan.Tahukah anda jika anda mempunyai berat badan berlebihan anda berada dalam keadaan yang bahaya. Kegemukan boleh mengundang pelbagai jenis penyakit, antaranya ialah:


Segmen Khas ar-rifke I Jom Review Blog Bersama Aried!

27 May 2011,10:11 AM
Jom review blog bersama aried dengan hanya copy paste sahaja ayat ini! Sama-sama kita lihat siapa yang bertuah dan mereka yang dipilih akan direview habis-habisan! Cepat sebelum terlambat! Copy ayat pendek ini dan paste segera di blog anda! Pastikan anda tidak termasuk dalam 20 top blogger melayu ini agar peluang berharga ini dapat dirasai oleh blogger-blogger lain juga.

Pelawat ke 15555

25 May 2011,10:18 AM
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semasa menjenguk blog pagi tadi ternampak la saya akan nombor yang menarik ni, terus saya Print Screen untuk dibuat artikel. Bukannya apa, cuma saja je nak mengabadikan nombor yang menarik ni di dalam artikel sebagai kenangan perkembangan blog yang tak seberapa ni.

Kalau diikutkan sejarah perkembangan blog ni, ia telah diwujudkan pada Ogos 2009. Tujuan asal blog ini diwujudkan adalah untuk mempromosikan produk kesihatan Alpha Lipid. Oleh kerana terjebak dengan dunia blogging ni, saya tertarik untuk mengembangkan fungsi blog ini kepada maklumat kesihatan. Dalam masa yang sama juga saya dapat berkongsi maklumat kesihatan kepada orang yang memerlukan.


Revolusi penanaman rambut

24 May 2011,2:45 PM

FAKTA yang akan diterangkan di bawah mungkin bukan apa-apa pun bagi mereka yang tidak mempunyai masalah rambut gugur, tapi bagi yang sedang mengalaminya mungkin membantu memberikan sedikit kelegaan.Menurut kajian, 40 peratus lelaki mengalami masalah keguguran rambut bermula seawal usia 35 tahun.Manakala masalah yang sama turut menyerang wanita sekitar usia mereka 60 tahun.Memang anda tidak keseorangan kerana ramai rakyat Malaysia yang berkongsi masalah tersebut.
Tapi sedarkah bahawa masalah rambut gugur kini menyerang lelaki dan wanita pada usia yang jauh lebih muda. Puncanya, ialah perubahan iklim sekeliling, pemakanan, gaya hidup dan pelbagai lagi faktor yang melibatkan tekanan dan sebagainya. Keguguran rambut yang sekali gus menjadikan seseorang itu berstatus 'botak' merupakan satu masalah yang amat berkait rapat dengan psikologi.


Cara minum Alpha Lipid Sleep Time

23 May 2011,2:57 PM

  • Dicadangkan untuk mengambil 30 minit sebelum waktu tidur
     
  • Campurkan 1 sachet Alpha Lipid Sleep Time dengan 150ml air sejuk ke dalam cawan
     
  • Kacau dengan perlahan 
     
  • Pilihan: anda boleh memanaskan campuran Alpha Lipid Sleep Time selama 40 saat di dalam microwave .

Untuk makluman anda Alpha lipid Sleep Time didatangkan dengan perisa vanilla dan madu

Nazri Rubaee
H/p           :  012-5712470      
email        : nasfa47@gmail.com
Facebook: Slim Diet
Twitter      : nasalphalipid

Sample percuma Alpha Lipid Sleep Time

22 May 2011,5:18 PM

Adakah anda ingin merasakan tidur yang paling nyenyak di dalam hidup anda ?
Dengan Hanya Percubaan Kali Pertama,
Anda akan rasai keajaibannya… umpama tidur di awangan…
 
Sleep Time™
ialah minuman lazat yang diperbuat dari susu New Zealand. Sleep Time™ mengandungi Unique Protien Profile™,dihasilkan oleh hanya lembu yang tertentu, yang dipilih melalui ujian DNA. Susu khas ini dipertingkatkan melalui teknologi yang dipatenkan dan kemudian dicampurkan dengan bahan-bahan premium. Dengan formula ini ia menyokong ketenangan semulajadi dan tidur yang sihat yang merupakan sebahagian daripada rutin malam anda.


Tanda-tanda rosak pendengaran

21 May 2011,3:20 PM
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pendengaran adalah satu anugerah Allah yang tak ternilai untuk kita. Tanpa pendengaran banyak aktiviti dan perkara yang kita tak dapat lakukan. Tahukah anda apakah tanda-tanda rosak pendengaran? Dibawah ini saya kongsikan maklumat tersebut dengan anda.

Alpha Lipid Sleep Time telah dilancarkan di Konvensyen Royalti NZ New Image ke 57

19 May 2011,2:50 PM

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Untuk makluman anda semua produk Alpha Lipid Sleep Time telah dilancarkan pada 15 Mei 2011 di Konvensyen Royalti NZ New Image ke 57 bertempat di Sunway Convention Centre. Pelancaran dibuat oleh Mr NH Chua iaitu vice president Asia Pacific dan Chairman & Founder NZ New Image International iaitu Mr Graeme Clegg.  


Sekitar Konvensyen Royalti ke 57 NZ New Image di Sunway Convention Centre

17 May 2011,5:07 PM

King untuk Royalti ke 57
Nik Hafiz
Sebahagian penerima Blue Sash
Sebahagian penerima Red Sash
Sebahagian penerima Gold Sash dan Briefcases
Pada 15 Mei 2011 iaitu Ahad yang lepas telah diadakan Program Royalti NZ New Image yang ke 57 di Sunway Convention Centre. Program Royalti ini diadakan  2 kali setahun iaitu pada Mei dan November. Program Royalti diadakan untuk memberi penghargaan dan bonus kepada ahli yang mencapai jualan yang memberangsangkan dan mencapai target yang ditentukan oleh pihak syarikat. Bonus ini adalah untuk jualan terkumpul kumpulan bagi tempoh enam bulan dan untuk makluman juga bonus ini tidak termasuk bonus bulanan yang diterima oleh ahli. 


10 Pengomen paling tegar April 2011

05 May 2011,10:27 AM

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sungguh cepat masa berlalu sedar tak sedar kita dah 5 hari berada di bulan Mei. Ini adalah kali pertama saya menyenaraikan pengomen paling tegar di blog ini. Tujuannya tak lain dan tak bukan adalah untuk menghargai pengunjung dan pengomen blog ini. Berikut adalah senarai nama 10 pengomen paling tegar bagi bulan April 2011.


ShareThis

Related Posts with Thumbnails

GC Tea Penawar Kencing Manis Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign