GC Tea Penawar Kencing Manis: June 2011


HOTLINE 017-5710071

Pagerank nas-alphalipid.blogspot.com PR2

29 June 2011,3:19 PM

Blog nas-alphalipid.blogspot.com PR2. Macam tak percaya je bunyinya. Tapi apa-apa pun saya kene percaya juga sebab saya dah check kat Google Pagerank Checker tadi dan memang sahih betul. Saya tahu Google dah update Pagerank ni pun bila blogwalking pagi tadi. Alhamdulillah berjaya juga usaha saya selama ini untuk menaikkan Pagerank blog ini. 

Walaupun tak dapat Pagerank jangkaan seperti di entri sebelum ini Google Pagerank Prediction Tool l Pagerank nas-alphalipid.blogspot.com PR3, saya tetap berpuas hati dengan prestasi sekarang kerana bukan mudah nak dapat PR3 ni memandangkan blog ini hanyalah blog kesihatan dan bukannya blog berkaitan isu semasa.

Wordless Wednesday 1

,8:28 AM

Cara mengurus dan menangani stress

26 June 2011,8:21 PM

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan cara hidup yang semakin mencabar menyebabkan ramai orang mengalami tekanan. Setiap orang pasti pernah mengalami stress. Tidak kira samada stress itu kecil atau besar, apa yang penting ialah bagaimana cara anda mengurus dan menangani stress tersebut. Cara mengurus dan menangani stress yang betul dapat menyelamatkan anda dari terus tertekan. jom kita baca kandungan seterusnya.

Google Pagerank Prediction Tool l Pagerank nas-alphalipid.blogspot.com PR3

22 June 2011,4:15 PM
Blog nas-alphalipid.blogspot.com PR3? Ramai blogger yang ambil kisah tentang Pagerank dan ada juga yang tak kisah. Tapi saya ambil kisah tentang Pagerank ni sebab ia juga menunjukkan kredibiliti sesebuah blog. 

Promosi NZ New Image Jun 2011

21 June 2011,11:09 AM

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Untuk Jun ini pihak syarikat NZ New Image mengadakan beberapa promosi. Antaranya ialah:

Teknik Jualan Berpengaruh

16 June 2011,9:12 AM

Assalamualaikum dan slaam sejahtera.

Maaf kerana sudah beberapa hari tidak update blog ini kerana sibuk dengan urusan peribadi yang tak dapat dielakkan. Untuk entri kali ini syaa ingin kongsikan kepada anda Teknik Jualan Berpengaruh.

Semasa membuat tawaran produk, pastikan ia ringkas dan padat. Nyatakan maksud kita secara terus. David Dnyder menulis bahawa maklumat yang terlalu banyak hanya menyakitkan hati.

Terima kasih wahai wanita

09 June 2011,3:51 PM


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini saya nak ulas sedikit tentang keputusan undian di blog ini. Untuk undian kali ini seramai 124 pelawat yang telah memberi respon. Terima kasih diucapkan kepada anda yang sudi mengundi. Berdasarkan undian yang telah dibuat didapati 62 peratus pelawat blog ini adalah terdiri daripada kaum wanita dan 37 peratus adalah daripada kaum lelaki. Ini bermakna blog ini lebih disukai oleh kaum wanita. Terima kasih wahai wanita. Saya tahu apa yang anda cari di blog ini dan InsyaAllah saya akan memberikan info yang terbaik untuk anda dimasa akan datang.

Buffered Earnings Terbaru dari Nuffnang

08 June 2011,1:36 PM

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Happy sangat hari ni sebab dapat 2 lagi Buffered Earnings terbaru dari Nuffnang. Tak tau la kali ke berapa dapat Buffered Earnings sebab saya tak kira. Ini bukan bermaksud blog ni dapat banyak Buffered Earning dari Nuffnang tapi memang saya tak kira. 3 Buffered Earning sebelum ini adalah dari blog ini dan 2 lagi yang terbaru tu adalah dari blog nasfafoto. Saya amat berterima kasih kepada Nuffnang coz bagi Buffered Earnings walaupun blog nasfafoto tu kurang di'update', tapi Nuffnang tetap bagi Buffered Earnings. Tu yang buat makin sayang ngan Nuffnang ditambah pula dapat TGV Birthday Suprise dari Nuffnang sempena Hari Lahir saya pada April yang lepas.

Empat produk Taiwan tidak dicemari DEHP - Tiong Lai

05 June 2011,1:47 PM

KUALA LUMPUR 3 Jun – Empat produk makanan keluaran Taiwan yang dianalisis disahkan tidak dicemari bahan kimia di(-2-ethylhexyl) Phthalate (DEHP).

Empat produk tersebut ialah Cranberry Juice Cocktail dan Cranberry Refreshers jenama Ocean Spray, Mango Flavour Coconut Jelly jenama e.Ben dan Fruitgurt Yogurt Style jenama New Choice.


Wabak E.coli kini di 12 negara

04 June 2011,4:01 PM

Bakteria mampu berjangkit antara manusia dianggap paling berbahaya

GENEVA: Wabak E.coli kini dikesan di 12 negara dan semakin berbahaya kerana boleh berjangkit antara manusia. 

Pendedahan itu dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selepas bakteria itu dikesan di Amerika Syarikat, Republik Czech, Perancis, Jerman, Austria, Denmark, Belanda, Sepanyol, Sweden, Norway, Switzerland dan Britain. 
 
Lebih 1,700 kes jangkitan dilaporkan di seluruh dunia sejak kes pertama dilaporkan di Jerman dengan 18 maut setakat ini.


15 maut keracunan E.coli di Eropah

03 June 2011,4:59 PM

1,200 kes dilaporkan dalam tempoh 10 hari disebabkan kuman dalam timun, tomato

BERLIN: Seramai 15 orang terbunuh, 300 lagi dalam keadaan tenat kerana keracunan disebabkan bakteria berbahaya dalam timun menyebabkan kerajaan Jerman mengadakan rundingan mengenai krisis itu yang terus merebak di beberapa negara Eropah sejak dikesan dua minggu lalu.

Kematian ke-15 berlaku di Sweden.
Kes keracunan makanan kali pertama dilaporkan di utara Jerman dan bilangan mangsa disyaki mencecah 1,200 orang, lapor media. 


Senyum dan ketawa penawar penyakit

02 June 2011,8:45 AM

Senyum dan ketawa adalah penawar penyakit. Cuba anda amati antara wajah orang yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apatah lagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaannya. Wajah mereka yang sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak lebih muda dari usia yang sebenar. Betul tak?

Di bawah ini saya sertakan fakta menarik tentang senyum yang perlu anda ketahui:



ShareThis

Related Posts with Thumbnails

GC Tea Penawar Kencing Manis Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign