Adakah makanan yang anda makan membuatkan anda menghadapi 
simptom-simptom penuaan seperti selalu letih, pelupa, dan sengal-sengal 
badan? Berikut dikongsikan beberapa panduan untuk membantu anda kembali 
berasa muda dan kelihatan muda.
Tentu ada di antara kita yang menjangkakan sesetengah perubahan 
mental dan fizikal yang berlaku terhadap diri mereka adalah disebabkan 
umur yang makin meningkat. Ramai juga di antara mereka yang lupa bahawa 
makanan harian yang di makan atau tidak di makan juga boleh 
mempercepatkan proses penuaan tersebut sebelum tiba masanya.
Salah satu faktor yang paling mudah ialah makanan diproses atau 
makanan segera. Makanan seperti ini biasanya mengandungi kalori yang 
sangat tinggi dan sangat kurang zat seperti B12 dan Omega-3s. 
Ketidakseimbangan makanan seperti ini yang menyebabkan berlakunya 
simptom-simptom penuaan yang biasanya dianggap sebagai kesan peningkatan
 umur oleh sesetengah pihak. Sekiranya anda salah seorang yang mengalami
 simptom penuaan seperti keletihan dan pelupa ini, anda bolehlah 
berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat samada mengubah diet 
anda atau menambah supplemen yang boleh membantu anda untuk berasa dan 
kelihatan muda.
1. Anda selalu berasa letih dan kurang bertenaga?
Anda mungkin memerlukan lebih  vitamin B12. Vitamin ini boleh 
didapati di dalam makanan yang berasaskan haiwan. Vitamin ini membantu 
menyelia penghasilan metabolisma dan tenaga serta merupakan salah satu 
kunci untuk mengekalkan kesihatan otak dan sistem saraf yang baik. 
Keletihan merupakan tanda-tanda kekurangan vitamin B12 yang biasanya 
berlaku kepada mereka yang kurang makan makanan yang mengandungi protein
 haiwan. Pengambilan antasid untuk mengurangkan pedih ulu hati dan 
gastrik juga boleh menyebabkan kekurangan vitamin B12 kerana ia 
menganggu penyerapan B12 ke dalam badan.
Bagaimana untuk mengetahui yang anda kekurangan vitamin B12? 
Sekiranya anda kurang makan daging atau produk tenusu atau tidak 
mengambil supplemen B12, anda tidur 7 – 8 jam setiap malam, dan anda 
seorang yang aktif, jadi kekurangan tenaga anda adalah berpunca dari 
kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Oleh itu anda perlu menambah 
pengambilan produk tenusu kurang lemak seperti yogurt dan juga makanan 
lain seperti ikan, ayam dan daging.
2. Anda selalu mengalami sakit-sakit sendi?
Anda mungkin memerlukan lebih zat mangan dan kuprum. Ini adalah kerana kedua-dua zat ini diperlukan untuk mengekalkan kesihatan sendi rawan dan fleksibiliti badan. Pengambilan supplemen zat ini boleh mengurangkan kesakitan sendi yang anda alami.
Apakah makanan yang kaya sumber zat mangan dan kuprum ini? 
Kekacang, daging, dan sayur bayam merupakan sumber yang baik untuk zat 
ini tetapi anda ia tidak akan mencukupi sekiranya anda hanya makan 
makanan tersebut. Oleh itu anda disarankan untuk mengambil supplemen 
bagi memperolehi zat yang cukup untuk mengelakkan dan mengurangkan 
kesakitan sendi yang anda alami.
3. Anda selalu dan mudah terlupa?
Anda mungkin memerlukan lebih omega-3, sejenis asid lemak yang 
diperlukan oleh badan. Asid lemak ini diperlukan dalam membina otak yang
 sihat. Jika anda tidak mendapatkan zat ini dengan secukupnya, otak anda
 akan menjadi lemah dan fungsi otak juga terjejas termasuk memori atau 
ingatan anda. Tetapi bukan sahaja omega-3s yang penting, keseimbangan di
 antara omega-3s dan omega-6s juga adalah sangat penting. Diet harian 
kebanyakan daripada kita terlalu banyak mengandungi omega-6s yang 
terdapat dari makanan yang diproses tinggi atau makanan segera. Oleh 
itu, semakin banyak omega-6s yang terkandung dalam makanan anda, semakin
 tinggi jumlah omega-3s yang anda perlukan untuk mencapai keseimbangan.
Bagaimana untuk mengetahui yang anda kekurangan omega-3s? 
Cuba lihat semula apa yang anda makan setiap hari. Sekiranya anda tidak
 makan ikan, kekacang dan kebanyakan lemak yang anda makan adalah dari 
sumber daging semata-mata, anda sememangnya tidak mendapat zat omega-3s 
ini.
Oleh itu, anda perlulah mengurangkan pengambilan makanan yang 
diproses atau makanan segera seberapa banyak yang boleh dan masak 
makanan anda dengan menggunakan minyak zaitun. Selain itu, ikan salmon 
dan ikan sardin juga antara sumber omega-3s yang baik. Anda juga 
bolehlah menambah pengambilan bijirin dan serat serta kekacang seperti 
kacang almond seterusnya menambah pengambilan zat omega-3s ini di dalam 
badan.
4. Tekanan darah anda semakin meningkat?
Anda mungkin memerlukan lebih zat potassium. 
Kekurangan zat potassium ini di dalam badan akan meningkatkan kesan 
toksin yang terdapat dari makanan yang mengandungi kandungan garam yang 
tinggi. Kebanyakan makanan diproses mengandungi sodium yang tinggi 
tetapi tidak untuk zat potassium. Lebih memburukkan apabila buah 
pinggang anda cuba untuk mengeluarkan kandungan garam ini dari badan 
anda, anda akan kehilangan lebih banyak zat potassium pada masa yang 
sama. Ketidakseimbangan inilah yang merosakkan saluran darah seterusnya 
meningkatkan tekanan darah anda.
Pemakanan yang sihat boleh menyembuhkan penyakit seperti ini. Oleh 
itu, anda hendaklah mengurangkan pengambilan sodium dan makan lebih 
kurang 4 – 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Untuk 
suplemen, anda bolehlah berbincang dengan doktor untuk mengetahui 
supplemen potassium yang tidak memberi kesan sampingan.
Berdasarkan faktor-faktor yang dikongsikan di atas, jelaslah bahawa 
corak pemakanan seharian kita merupakan sesuatu yang sangat penting 
untuk kesihatan seluruh anggota badan. Selain itu, ia juga jelas 
menunjukkan bahawa makanan yang diproses atau makanan segera ini 
merupakan antara faktor utama terjadinya pelbagai penyakit yang 
menyerang tubuh kita. Oleh itu, amalan pemakanan yang sihat adalah 
sangat disarankan untuk mendapatkan kesihatan yang baik. 
Ingat, tubuh badan kita ini bukanlah untuk digunakan dalam jangka masa setahun dua tetapi untuk sepanjang hayat kita.
Sumber: kevinzahri.com 

tajuk tu dah ok,, tapi entri yang ditulis terlalu panjang sangat,,, tak abis nak baca
ReplyDeletehahaha..memang panjang..tapi kalau makan 2 kena ingat,pk gak kandungan kalori 2..
ReplyDeletejom melawat saya di Sini
Terima kasih kerana berkongsi tip diet yang baik.Tapi mungkin boleh ditulis dalam dua siri.Kalau terlalu panjang susah nak fokus.Sekadar pandangan.
ReplyDeletepangjang skit entrinye, tapi ok utk peringatan. banyak perkara yg kita biasa buat tapi kurang elok.
ReplyDeleteterima kasih sume coz sudi komen di ruangan ini. saya amat menghargainya. Thanks to bro denaihati coz sudi singgah sini.
ReplyDelete