Kulit gelap dan kusam adalah disebabkan oleh kekurangan nutrisi yang seimbang, pancaran matahari atau kerana kurangnya hidrasi serta kelembaban kulit. Walaubagaimanapun, ada diantara kita mungkin telah dianugerahkan dengan kulit yang putih semulajadi, kulit halus sementara segolongan lain harus berusaha keras untuk mencapai hasil kulit sedemikian. Terdapat banyak produk kecantikan untuk memutihkan wajah dijual dengan bermacam-macam jenama. Walaubagaimanapun, kita sebagai pengguna harus bijak memilih jenis produk yaang sesuai dengan jenis kulit kita dan yang paling penting ialah ianya selamat.
Hampir setiap wanita obses untuk memutihkan wajah dan keseluruhan badan malah mereka sanggup menghabiskan sebahagian pendapatan mereka untuk membeli produk kecantikan, sehinggakan kadangkala mereka mengabaikan kandungan bahan-bahan yang terdapat dalam produk kecantikan tersebut. Untuk memelihara kulit yang cerah sekata, sekaligus sebagai perlindungan terhadap matahari, pastikan selalu menggunakan sun block secara teratur.
6 Faktor yang menyebabkan kulit menjadi gelap & kusam adalah :
- Keturunan / gen
- Terdedah kepada cahaya matahari tanpa mengenakan sebarang sunblok
- Pencemaran
- Kulit yang sensitif & perlukan penjagaan rapi
- Kurang hidrasi dan kelembaban pada kulit
- Stress
Hampir setiap wanita obses untuk memutihkan wajah dan keseluruhan badan malah mereka sanggup menghabiskan sebahagian pendapatan mereka untuk membeli produk kecantikan, sehinggakan kadangkala mereka mengabaikan kandungan bahan-bahan yang terdapat dalam produk kecantikan tersebut. Untuk memelihara kulit yang cerah sekata, sekaligus sebagai perlindungan terhadap matahari, pastikan selalu menggunakan sun block secara teratur.
6 Faktor yang menyebabkan kulit menjadi gelap & kusam adalah :
Petua mencerahkan kulit wajahKulit yang cerah dan sempurna tentunya sangat diinginkan oleh semua orang, dan ini dapat juga dicapai dengan menggunakan beberapa cara yang kesannya dapat dilihat jika ianya dilakukan secara konsisten. Berikut adalah beberapa petua mencerahkan kulit wajah.
Memutihkan kulit dengan jus menitmun
Untuk memutihkan kulit anda secara mendalam, ambil 1 sudu makan jus mentimun dan campuran 1 sudu makan susu. Bahan-bahan ini boleh dipakai untuk semua jenis kulit. Sapukan pada wajah dan biarkan ianya kering sebelum dicuci dengan air suam. Ianya akan memperbaiki tekstur dan kualiti kulit secara konsisten.

Memutihkan kulit dengan tomato jerukCara lain yang efektif untuk memutih dan mencerahkan kulit adalah dengan menggunakan 1 sudu makan jus lemon yang dicampur dengan 1 sudu makan jus tomato. Amalkan dua kali seminggu. Jus lemon juga dipercayai boleh mengatasi hiperpigmentasi kulit. Bahan-bahan ini baik untuk jenis kulit normal dan berminyak.
Memutihkan kulit dengan yoghurt dan jerukAmbil jus jeruk atau tomato, dan tambahkan dua sudu yogurt segar. Oleskan ini pada wajah anda dan biarkan hingga kering dan cuci hingga bersih. petua ini akan membantu untuk mengimbangi kulit kering dan kulit anda akan menjadi lebih segar. Ianya juga dapat dipakai untuk jenis berkulit berminyak. Amalkan petua ini dua kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang diinginkan.
Memutihkan kulit dengan mentimun
Mentimun bukan hanya dapat lingkaran gelap pada bawah mata. Namun ianya sangat popular sebagai medium untuk mencerahkan wajah. Gosokkan parutan mentimun pada wajah, leher, mata selama 15 -20 minit untuk mendapatkan hasil yang diinginkan. Ianya juga akan mencegah blakhead & whitehead serta jerawat. Petua ini sesuai untuk mereka yang mempunyai jenis kulit berminyak dan kulit normal.
Memutihkan kulit dengan lobak putih
Parutan lobak putih, atau membuatnya menjadi jus dan gosokkan dengan lembut di wajah selama 10-15 minit dapat membuatkan kulit menjadi halus & lembut. Sesuai untuk semua jenis kulit.
Memutihkan kulit dengan yoghurt dan maduAmbil 1 sudu makan yogurt segar, dan mencampurnya dengan 1/2 sudu makan madu. Kemudian oleskan pada wajah selama 10-15 minit. Kesannya, ianya akan dapat mencerahkan kulit dan kulit akan sekata jika diamalkan secara konsisten. Sesuai dipakai untuk semua jenis kulit.
Ambil 1 seudu makan bubuk cendana merah dan 1 sudu makan susu mentah. Sapukan pada wajah seperti masker, dan biarkan pada wajah selama 30 minit akan meningkatkan warna kulit anda, serta menyingkirkan bintik gelap di wajah. Masker ini elok diamalkan setiap hari sehingga mendapat hasil yang dikehendaki. Ianya juga sesuai untuk semua jenis kulit.
Petua-petua diatas dapat membantu anda yang ingin mencerahkan dan membuat warna kulit lebih cerah putih secara semulajadi. Namun, ianya memerlukan masa dan kesabaran anda untuk melihat hasilnya. Semulajadi itu lebih baik selagi ianya tidak merosakkan lapisan kulit kita.