WANG BUKAN SEGALANYA, TAPI HIDUP MEMERLUKAN WANG | GC Tea Penawar Kencing Manis

HOTLINE 017-5710071

WANG BUKAN SEGALANYA, TAPI HIDUP MEMERLUKAN WANG

11 January 2010,2:09 PM

Kali ini saya ingin berkongsi pendapat saya mengenai WANG. Ramai yang mengatakan "Wang Bukan Segala-galanya" dan ramai menggunakan alasan ini untuk tidak mengaut lebih banyak wang dalam kehidupan.

Memang tidak dinafikan Wang bukanlah segala-galanya, tetapi dalam hidup ini segala-galanya perlukan wang. Sejak kita lahir lagi, wang diperlukan untuk mengurus kelahiran kita, makan minum, persekolahan dan selagi kita hidup kita memang perlukan wang. Ini adalah fakta.Anda setuju dengan saya?

Memang saya akui wang yang banyak bukan jaminan kebahagiaan dalam hidup, tetapi kita semua kena fahami konsep dan kegunaan wang. Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa ini sanggupkah kita mempertaruhkan keluarga kita?Kos sara hidup juga semakin meningkat setiap tahun. Pernahkah anda terfikir anda akan dibuang kerja pada suatu hari nanti? Memandangkan zaman sekarang susah untuk mencari kerja, ke manakah ingin anda mengadu? Adakah anda mempunyai Tabung Kecemasan yang cukup untuk menampung keluarga anda sementara anda mendapat kerja baru?

Jangan biarkan keluarga anda, anak-anak anda berada dalam kesempitan hidup akibat tidak cukup wang. Jangan biarkan anak-anak anda "buta" atau "jahil" tentang cara buat Wang dan cara urus wang. Menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk mencari nafkah yang banyak untuk kebahagiaan anak-anak kita.

Dengan wang yang banyak kita dapat menghindari keluarga kita dari ancaman kemiskinan. Dengan wang yang banyak kita dapat membantu lebih ramai orang yang kurang bernasib baik seperti fakir miskin,anak yatim, ibu tunggal dan lain-lain.

Apabila anda mempunyai banyak wang , pasti anda dapat membuat amalan baik dengan lebih banyak tidak terhitung nilai dan balasannya, TETAPI jika anda hanya hidup makan gaji dan duit anda hanya cukup untuk sara diri dan keluarga, bagaimana anda boleh memberi sumbangan kepada orang lain?

Memang WANG tidak dapat memberi jaminan kebahagiaan tetapi jika anda ada WANG dan pandai menguruskan WANG, maka WANG akan menjadi alat yang sangat berguna untuk hidup di dunia dan akhirat samada untuk keluarga atau membantu orang lain

nazri rubaee
012-5712470

ShareThis

Related Posts with Thumbnails

GC Tea Penawar Kencing Manis Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign