Tips senaman mudah | GC Tea Penawar Kencing Manis

HOTLINE 017-5710071

Tips senaman mudah

11 August 2011,4:15 PM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semua orang mahukan tahap kesihatan yang baik. tapi tidak ramai yang mempunyai masa atau semangat untuk bersenam.Tahukah anda jika kita mahu, dimana-mana pun boleh bersenam. Di bawah ini saya senaraikan tips senaman mudah untuk anda lakukan.
  1. Apabila anda bangun tidur, luruskan kaki dan duduk perlahan-lahan tanpa menggunakan tangan. Lunjurkan badan ke depan sehingga bahagian belakang dan betis terasa tegang. Kemudian baring semula perlahan-lahan. Ulang sehingga 3-4 kali.
  2. Semasa anda memberus gigi, cuba berdiri dengan sebelah kaki. Tukar kaki kiri dan kanan.

 
  1. Jika anda memandu, semasa kereta berhenti, genggam stereng kereta dengan kuat selama 10 saat. Ulang 10-15 kali.
  2. Di meja pejabat, buat duduk cangkung. Caranya ialah duduk tapi berhenti separuh, kemudian bangun semula perlahan-lahan tanpa menggunakan tangan. Ulang 15-20 kali.
  3. Semasa membeli-belah, bawa sedikit beban dalam beg tangan anda contohnya 2 beg gula.
  4. Semasa mengisi petrol kereta, berjingkit ke atas dan kebawah dengan tumit kaki. Buat sehingga selesai mengisi petrol.
  5. Sambil anda beratur semasa menunggu teksi atau bas, genggam tangan anda di belakang, rapatkan bahu sambil membuka dada dan mengambil nafas. Tahan nafas 10-20 saat dan hembus perlahan-lahan.
  6. Selepas makan malam dan duduk di kerusi, luruskan kaki ke hadapan dan bengkokkan ke atas dan ke bawah. Semasa kaki di atas, tahan selama 5 saat.
Anda dah baca semua tips di atas? Apa tunggu lagi jom mulakan senaman sekarang.

--> Glucos Cut - teh sekat gula alternatif untuk menurunkan berat badan

11 comments:

  1. bangun tidur mamai. tak sempat nak pikir ape yang patut dibuat. hihi.

    kalau driving, memang sentiasa menggenggam dengan kuat sebab cuak. tak payah tunggu berhenti.

    kalau handbag tu takyah citer. macam bawak bata dah. bukan 2 beg gula lagi. :P

    ReplyDelete
  2. yang first tu, kalau bangun tido lepas tu baring semula maknanya sambung tido lagi lama la nt hehe

    ReplyDelete
  3. hehe.. ringkas tapi bila nak buat memang susah.. sebab sikap malas.. kan2...(saya la).. :)

    ReplyDelete
  4. p shopping bawak beban? nanti tak larat nak angkut le. di penghujung sesi shopping sure beg beranak. hoho!

    ReplyDelete
  5. Yana Farinha: terima kasih sudi berkunjung ke sini

    ReplyDelete
  6. .izzati liyana. : apa yang di bawa dalam hand bag tu agaknya ye. hehehe

    ReplyDelete
  7. Wan Gerrard : kene pulak time hujan lebat. hehehe

    ReplyDelete
  8. Dunia CMRatu : sebab orang malas nak exercise tu yang kuar macam-mcam produk pelangsingan untuk membantu orang yang memerlukan. hehehe

    ReplyDelete
  9. tips: kalau tak larat, shopping sikit-sikit je ikut kemampuan nak bawak barang tu. hehehe

    ReplyDelete

ShareThis

Related Posts with Thumbnails

GC Tea Penawar Kencing Manis Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign