Cara mengira BMI (Body Mass Index) | GC Tea Penawar Kencing Manis

HOTLINE 017-5710071

Cara mengira BMI (Body Mass Index)

03 August 2013,6:24 AM

BMI (Body Mass Index) atau dikenali sebagai Indeks Jisim Tubuh dalam Bahasa Melayu merupakan satu piawai pengukuran bagi menentukan berat badan yang unggul. Secara amnya kaedah pengukuran ini dibahagikan kepada 4 tahap yang setiap satunya mewakili 1 peringkat tertentu iaitu:



Kurang dari < 20  =     Kurus
20 hingga 25          =     Berat badan unggul
25 hingga 30          =     Berat badan berlebihan

Lebih dari > 30     =     Obesiti
Cara mengira BMI (Body Mass Index) / Indeks Jisim Tubuh pula adalah seperti berikut:

Berat tubuh badan (KG) dibahagikan dengan Ketinggian (M) kali dengan Ketinggian (M)Berat tubuh badan (KG) dibahagikan dengan Ketinggian kuasa 2 ataupun Berat tubuh (KG) dibahagikan dengan Tinggi (M) dan dibahagikan sekali lagi dengan Tinggi (M).
Contoh:

katakan berat badan anda 55 kg dengan ketinggian 1.56 m

Cara Pengiraan BMI:
Cara mengira BMI 1: 55 / (1.56 x 1.56)

Cara mengira BMI 2: 55 / 1.56²
Cara mengira BMI 3: 55 / 1.56 / 1.56
Untuk pengetahuan anda, julat sihat BMI ialah daripada 20 hingga 25. Perlu diingat bahawa pengiraan BMI hanya boleh diterima pakai jika anda berumur antara 18 hingga 64 tahun sahaja kerana golongan ini mempunyai saiz dan komposisi tubuh yang lebih stabil.

From Zero to Hero
Nazri Rubaee
Diamond Executive
Nz New Image

H/P : 012-5712470
Facebook : Slim Diet Rich
Fan Page : Alpha lipid SD2
Twitter : nasalphalipid

ShareThis

Related Posts with Thumbnails

GC Tea Penawar Kencing Manis Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign