Peraturan penting semasa diet SD2 | GC Tea Penawar Kencing Manis

HOTLINE 017-5710071

Peraturan penting semasa diet SD2

27 August 2013,12:46 AM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. 

Untuk entri kali ini saya ingin menyenaraikan peraturan penting semasa diet SD2 untuk panduan pengguna dan bakal pengguna SD2. Kepada bakal pengguna SD2 anda dinasihatkan supaya mendapatkan SD2 dari pengedar-pengedar yang sah. Jika anda membeli di kedai-kedai jamu atau farmasi dikhuatiri anda terbeli yang tiruan atau tidak mendapat khidmat nasihat yang betul tentang penggunaan SD2.

Bagi yang sudah mendapatkan SD2 saya ucapkan tahniah kerana anda telah memilih produk yang betul untuk menurunkan berat badan anda. Bagi yang belum, anda boleh dapatkan SD2 dengan harga promosi dari kami.

Berikut adalah peraturan-peraturan penting semasa diet SD2:
1. JANGAN MENINGGALKAN WAKTU MAKAN. (DO NOT SKIP MEALS)
Makan 3 kali sehari dengan saiz sederhana atau 4 atau 5 kali dengan size yang kecil.

2. JANGAN TIDAK MAKAN MELEBIHI 6 JAM PADA WAKTU KITA JAGA. (DO NOT GO MORE THAN SIX WAKING HOURS WITHOUT EATING)
3. MAKAN PROTIEN YANG CUKUP. (EAT ENOUGH PROTIEN)

Makan protien dalam bentuk lauk-lauk seperti ikan, daging, telur, ayam, itik, makanan laut dan seumpamanya dan makanlah sehingga anda kenyang dengan selesa dan bukan terlalu kenyang. Ambil SD2 sebanyak 2 skup setiap kali sebanyak 4 kali sehari iaitu pagi, tengah hari, malam dan sebelum tidur.

4. JANGAN MAKAN MELEBIHI 35 GRAMS KARBOHIDRAT SETIAP HARI. (EAT NO MORE THAN 35 GRAMS A DAY OF NET CARBS)

Pada fasa induksi atau 2 minggu pertama, anda boleh bermula dengan 20 gram net karbohidrat setiap hari. Kemudian pada fasa selanjutnya anda boleh mengambil sehingga 35 gram net karbohidrat setiap hari. Setiap orang mempunyai Kadar Karbohidrat Yang Kritikal untuk membakar lemak dan pastikan kadar yang sesuai untuk tubuh anda jika pembakaran lemak masih belum lancar. Sebenarnya 35 grams net karbohidrat itu sudah terkandung didalam kabohidrat yang ada didalam sayuran hijau yang kita makan. Kita juga boleh makan produk yang rendah kuantiti karbohidrat atau karbohidrat tersembunyi asalkan tidak melebihi had 35 gram karbohidrat setiap hari.

5. JANGAN MAKAN APA-APA JENIS BUAH-BUAHAN, ROTI, PASTA, BIJIRIN, SAYURAN BERKANJI, KEKACANG ATAU APA-APA MAKANAN YANG DIPERBUAT DARI TEPUNG DAN GULA KETIKA BERDIET.
(EAT ABSOLUTELY NO FRUIT, BREAD, PASTA, GRAINS, STARCHY VEGETABLES, LEGUMES OR ANYTHING MADE WITH FLOUR OR SUGAR DURING THE WEIGHT LOSS PROGRAM)

6. MINUM AIR SEKURANG-KURANGNYA 2 LITER SETIAP HARI  (Drink at least 2 litre of water everyday)


7. Hindari minuman berkafein seperti kopi, teh dan minuman ringan dan bergas.
(Avoid caffeine in the form of coffee, tea and soft drinks)


8. Kira setiap paket pemanis tiruan sebagai 1 gram karbohidrat
(Count each packet of artificial sweetener as 1 gram of net carbs)

9. Apabila anda makan di luar, berhati-hatilah dengan karbohidrat yang tersembunyi.
(When you eat, watch for hidden carbs)

10. Jangan sangka semua makanan mempunyai karbohidrat yang rendah.
(Dont assume any food low in carbohydrate)

Pastikan anda membaca label pemakanan tersebut dan berapa jumlah karbohidrat makanan tersebut. Sila rujuk kuantiti karbohidrat pada setiap pack makanan. 

From Zero to Hero
Nazri Rubaee
Diamond Executive
Nz New Image

H/P : 012-5712470
Facebook : Slim Diet Rich
Fan Page : AlphaLipidSD2Rich
Twitter : nasalphalipid

ShareThis

Related Posts with Thumbnails

GC Tea Penawar Kencing Manis Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign