Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sungguh cepat masa berlalu. Tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk kita melangkah ke tahun 2011. Apabila sampai ke akhir tahun masing-masing sibuk untuk memasang azam baru. Sudahkah anda mencapai azam pada tahun 2010? Adakah sebahagian azam 2010 yang belum tercapai anda akan bawa ke tahun 2011?
Apa azam anda untuk tahun 2011? Saya telah senaraikan 10 azam utama saya untuk tahun 2011. Disini saya ingin berkongsi sebahagian azam saya untuk tahun 2011 iaitu misi untuk menghapuskan hutang. Tidak dinafikan kehidupan zaman sekarang memang tidak dapat lari dari hutang. Kebanyakan dari kita pasti mempunyai hutang. Paling tidak pun anda mesti mempunyai hutang PTPTN, kereta, rumah, pinjaman peribadi dan kad kredit. Saya juga tidak terlepas dari masalah ini. Hutang adalah mengenai kesengsaraan. So, saya akan cuba pastikan sebelum akhir tahun ini saya akan dapat menghabiskan sebahagian atau semua hutang saya.
Apa kata anda menjadikan azam saya ini sebagai sebahagian azam anda juga. Kita sama-sama mencapai kebebasan kewangan. Hidup ini akan lebih bererti jika kita bebas dari hutang. Jika anda berminat untuk mencari jalan penyelesaian untuk melangsaikan hutang anda, apa kata anda hubungi saya.
nazri
012-5712470
Consultant NZ New Image Sdn Bhd
azam tahun baru lebih agresif dalam dunia perniagaan
ReplyDeleteada hutang rumah - kalau boleh memang nak diselesaikan cepat2
ReplyDeletegood luck ray ban. saya pulak baru nak buat hutang rumah.hehehe
ReplyDelete