Cara meningkatkan komen di blog anda | GC Tea Penawar Kencing Manis

HOTLINE 017-5710071

Cara meningkatkan komen di blog anda

26 January 2011,2:19 PM


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tujuan saya menulis entri ini ialah untuk melatih diri untuk bermain dengan keyword dan untuk mendapatkan komen yang banyak secara tidak langsung dapat meningkatkan bilangan pelawat ke blog ini. Ada juga  beberapa keyword yang telah saya uji dapat page utama di google. Alhamdulillah, tak sia-sia usaha saya untuk belajar dengan menerjah blog otai-otai. Terima kasih kepada otai-otai kerana saya dapat banyak info dari mereka terutama blogger denaihati

Berikut beberapa tips yang boleh meningkat komen di blog anda :
1. Rajin tinggalkan komen di blog newbie sebabnya diaorang pun nak banyakkan komen maka  selalunya mereka akan melawat balas blog kita dan tinggalkan komen.
2. Rajin tinggalkan komen yang berkualiti di blog yang top dan pastikan jadi top 5 commentor setiap bulan, insyallah sebahagian peminat blog tersebut akan singgah blog kita. Contohnya sekiranya anda rajin tinggalkan komen di denaihati pasti akan ada beberapa peminat blog denaihati yang banyak itu akan singgah ke blog anda.

3. Set kan sistem komen di blog anda dengan commentLuv  jadi kawan-kawan suka nak tinggalkan komen sambil mempromosi entri terbaru mereka.

4. Tinggalkan komen anda di blog yang mempunyai setting commentLuv dengan secara tak lansung anda mempromosi entri terbaru.

5. Paling penting balas setiap komen yang ditinggalkan kerana pengomen akan rasa komen mereka dihargai.

6. Guna sistem autorespond dimana setiap kali kita membalas komen pengomen akan diberitau melalui email jadi sudah pasti mereka akan bertandang kembali untuk melihat apakah jawapan balas kita dan biasa mereka akan menambah komen mereka.

7. Kalau ada modal buat contest top commentor setiap bulan. Hadiah bukan semestinya mahal mungkin boleh sekadar pre paid top atau produk yang simple tapi menarik.


Sekian sahaja dari saya untuk kali ini.

nazri
Consultant NZ New Image Sdn Bhd
012-5712470

3 comments:

  1. macam mana nak setkan commentluv tu bleh tolong ajarkan tak..

    ReplyDelete
  2. info berguna.
    camne nak buat comment luv tu ajarkan.


    hit me back yeah.

    (:

    http://claraemilycancer.blogspot.com
    http://claraemilycancer.tumblr.com

    ReplyDelete
  3. zaidah n clara emily cancer: boleh tengok tutorial di blog ariffshah.com

    ReplyDelete

ShareThis

Related Posts with Thumbnails

GC Tea Penawar Kencing Manis Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign