Penyakit kencing manis | GC Tea Penawar Kencing Manis

HOTLINE 017-5710071

Penyakit kencing manis

30 April 2015,5:21 PM

Apakah Penyakit Diabetes

Diabetes mellitus merupakan penyakit yang sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita. Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit kencing manis. Diabetes banyak dideritai oleh orang tua namun tidak terkecuali orang muda. Penghidap diabetes makin dikenal pasti di kalangan dewasa berumur bawah 50 tahun dan selalunya di tahap teruk.
Penghidap diabetes mempunyai paras gula yang tinggi dalam darah yang disebut sebagai hiperglisemia. Sekitar 20.1% penduduk berumur lebih 30 tahun di Malaysia (Kajian Morbiditi Kesihatan Malaysia 2011) menghidap diabetes. Sayangnya, ramai yang tidak menyedari mereka adalah penghidap diabetes sehingga menjadi kronik dan mempunyai komplikasi jangka panjang.
Mungkin ramai orang yang bertanya, apakah itu penyakit Diabetes mellitus? Apa punca yang menyebabkan diabetes? Mengapa diabetes terjadi?

Bagaimana Diabetes Terjadi

Pada umumnya, penyakit Diabetes mellitus terjadi disebabkan oleh kegagalan organ pankreas berfungsi secara normal. Pankreas berfungsi merembeskan horman insulin. Hormon insulin bertanggungjawab memudahkan kemasukan gula ke dalam sel untuk sumber tenaga. Jika pankreas gagal berfungsi dengan baik, hormon insulin tidak dihasilkan dengan cukup. Ini menyebabkan terdapat lambakan gula di dalam saluran darah. Gula tidak akan dibekalkan ke dalam sel dengan mencukupi menyebabkan individu berasa kurang tenaga. Maka penghidap diabetes akan berasa keletihan dan kekurangan tenaga.
Selain daripada itu, diabetes juga boleh berlaku apabila sel menjadi kurang sensitif dengan insulin walaupun pankreas menghasilkan jumlah insulin yang mencukupi. Ini terjadi apabila terdapat jumlah lemak yang tinggi di dalam badan sehingga mengganggu sensitiviti dan metabolisma sel terhadap insulin. Masalah ini menyebabkan kurang kemasukan gula ke dalam sel untuk tenaga. Situasi ini berlaku di kalangan individu yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes.

Jenis-jenis Diabetes

Terdapat dua jenis penyakit diabetes yang utama; penyakit DM yang memerlukan insulin sejurus selepas diabetes dikesan – Diabetes jenis 1 (Type 1 Diabetes Mellitus) dan  individu ini bergantung dengan insulin sepenuhnya. Jenis kedua adalah diabetes jenis 2 (Type 2 Diabetes Mellitus) yang memerlukan rawatan ubat-ubatan oral di peringkat awal untuk mengawal paras gula dan hanya memerlukan insulin apabila gula sukar dikawal oleh rawatan oral. Sila rujuk artikel  Diabetes mellitus.
Di samping itu, ada juga penyakit diabetes yang disebabkan oleh kehamilan, pengambilan ubat steroid tanpa kawalan, masalah penyakit genetik dan lain-lain.
Bagi diabetes jenis 2, kawalan paras gula darah boleh dilakukan melalui perubahan gaya hidup dan tabiat pemakanan. Berdasarkan pelbagai kajian, perubahan tersebut terbukti berkesan mengurangkan risiko diabetes dan membantu mengawal paras gula di kalangan penghidap diabetes. Oleh kerana itu, sangat penting bagi anda untuk mengetahui jika anda menghidap diabetes atau tidak.

Di pasaran terdapat bermacam-macam jenis produk kencing manis yang boleh diperolehi dengan mudah. Namun tahap keserasian produk dengan setiap orang adalah berbeza. Tahap keberkesanannya juga mungkin berbeza. Diantara produk yang mendapat kepercayaan ramai ialah Glucos Cut Tea. Ia terbukti mampu menurunkan kandungan gula dalam darah. Banyak testimoni Glucos Cut telah dikumpulkan daripada pengguna yang telah merasai keberkesanannya.



Nas Health & Wellness
Saudagar GC Tea
#PowerRichClub
010-2364166 atau 017-5710071

ShareThis

Related Posts with Thumbnails

GC Tea Penawar Kencing Manis Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign