Tanda-tanda penyakit kencing manis | GC Tea Penawar Kencing Manis

HOTLINE 017-5710071

Tanda-tanda penyakit kencing manis

30 April 2015,11:04 AM


Gejala Penyakit Kencing Manis

Ada beberapa tanda dan gejala diabetes yang dapat anda kenali sebagai gejala umum yang terjadi pada penghidap diabetes. Walau bagaimanapun, tidak semua tanda dan gejala akan dialami oleh pesakit diabetes.
Tanda dan gejala diabetes adalah :
  1. Jumlah air kencing yang dikeluarkan lebih banyak dan kerap kencing (Polyuria)
  2. Sering atau cepat rasa haus/dahaga (Polydipsia)
  3. Lapar yang berlebihan atau makan banyak (Polyphagia)
  4. Urin mengandungi paras gula yang tinggi  (Glycosuria)
  5. Berat badan turun mendadak
  6. Rasa kebas pada hujung saraf di telapak tangan & kaki
  7. Cepat penat dan lemah sepanjang masa
  8. Mengalami rabun penglihatan
  9. Luka lambat sembuh
  10. Mudah terkena jangkitan kuman terutama pada kulit.
Bagi diabetes Jenis 1, gejala utama penyakit ini adalah sakit perut, kehilangan berat badan yang mendadak dan dahaga yang berterusan.

Apakah Yang Patut Dilakukan?
Seseorang dikatakan menghidap diabetes apabila paras gula dalam darahnya melebihi 7.0 mmol/L (berpuasa) atau 11.1 mmol/L (tidak berpuasa). Namun, kebanyakan gejala diabetes hanya berlaku  apabila gula darah melebihi 15 mmol/L.
Jangan tunggu sehingga anda mendapat gejala diabetes untuk mengetahui kehadiran diabetes. Satu-satunya cara yang  tepat untuk mengetahuinya adalah dengan menjalani ujian darah.
Pemeriksaan ujian saringan ini boleh dibuat di mana-mana klinik kesihatan di Malaysia sekurang-kurangnya sekali setahun.

Kesimpulan
Pencegahan amat penting dan anda disarankan untuk mendapatkan rawatan intensif jika ingin mengelakkan berlakunya komplikasi dalam badan anda.
Bagi mereka yang mempunyai faktor risiko diabetes, anda digalakkan agar menjalani pemeriksaan saringan bagi paras gula dalam darah sekurang-kurangnya sekali setahun. 
Jika perkara ini tidak diberi perhatian dari awal,  gangguan pada saluran darah boleh terjadi seperti gangguan pada saluran darah di otak, mata, jantung, ginjal, serta bahagian kaki. Selain itu penghidap diabetes juga sangat mudah mendapat jangkitan kuman pada paru-paru, gigi, serta gusi dan pada saluran kencing.
Mencegah lebih baik daripada mengubati, dengan mengenali tanda-tanda dan gejala diabetes melitus atau kencing manis individu akan lebih berwaspada dan mengambil tindakan dengan menjalani cara hidup sihat. Langkah ini boleh menghindarkan individu daripada mendapat diabetes dan komplikasi yang boleh membawa maut.

Di pasaran terdapat bermacam-macam jenis produk kencing manis yang boleh diperolehi dengan mudah. Namun tahap keserasian produk dengan setiap orang adalah berbeza. Tahap keberkesanannya juga mungkin berbeza. Diantara produk yang mendapat kepercayaan ramai ialah Glucos Cut Tea. Ia terbukti mampu menurunkan kandungan gula dalam darah. Banyak testimoni Glucos Cut telah dikumpulkan daripada pengguna yang telah merasai keberkesanannya.

Sumber: www.myhealth.gov.my



Nas Health & Wellness
Saudagar GC Tea
#PowerRichClub
010-2364166 atau 017-5710071

ShareThis

Related Posts with Thumbnails

GC Tea Penawar Kencing Manis Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign