GC Tea Penawar Kencing Manis: December 2010


HOTLINE 017-5710071

Azam 2011: Misi melangsaikan hutang

31 December 2010,6:06 PM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sungguh cepat masa berlalu. Tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk kita melangkah ke tahun 2011. Apabila sampai ke akhir tahun masing-masing sibuk untuk memasang azam baru. Sudahkah anda mencapai azam pada tahun 2010? Adakah sebahagian azam 2010 yang belum tercapai anda akan bawa ke tahun 2011?

Apa azam anda untuk tahun 2011? Saya telah senaraikan 10 azam utama saya untuk tahun 2011. Disini saya ingin berkongsi  sebahagian azam saya untuk tahun 2011 iaitu misi untuk menghapuskan hutang. Tidak dinafikan kehidupan zaman sekarang memang tidak dapat lari dari hutang. Kebanyakan dari kita pasti mempunyai hutang. Paling tidak pun anda mesti mempunyai hutang PTPTN, kereta, rumah, pinjaman peribadi dan kad kredit. Saya juga tidak terlepas dari masalah ini. Hutang adalah mengenai kesengsaraan. So, saya akan cuba pastikan sebelum akhir tahun ini saya akan dapat menghabiskan sebahagian atau semua hutang saya.
Apa kata anda menjadikan azam saya ini sebagai sebahagian azam anda juga. Kita sama-sama mencapai kebebasan kewangan. Hidup ini akan lebih bererti jika kita bebas dari hutang. Jika anda berminat untuk mencari jalan penyelesaian untuk melangsaikan hutang anda, apa kata anda hubungi saya.

nazri
012-5712470
Consultant NZ New Image Sdn Bhd

Kempen Kurangkan Pengambilan Gula

23 December 2010,4:32 PM


Fakta Gula
  1. APAKAH GULA?
    • Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh.
    • Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan, dalam bentuk fruktosa, dan susu, dalam bentuk laktosa.
    • Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa pemprosesan yang dikenali sebagai gula tambahan atau free sugar.
  2. APAKAH SARANAN PENGAMBILAN GULA TAMBAHAN?
  3. WHO (2003) menyarankan pengambilan gula tambahan tidak melebihi 10% daripada jumlah tenaga harian. Oleh itu, bagi orang dewasa, purata pengambilan gula tambahan yang disarankan adalah tidak melebihi 10 sudu teh sehari (50g).
  4. APAKAH CORAK PENGAMBILAN GULA DI MALAYSIA?
    • Berdasarkan Kajian Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003, pengambilan gula yang ditambah dalam minuman di kalangan orang dewasa ialah sebanyak 7 sudu teh sehari (51g) iaitu 4 sudu teh (21g) gula pasir dan 3 sudu teh (30g) susu pekat manis.
    • Berdasarkan jumlah penduduk seramai 28.31 juta pada tahun 2009 dan pengedaran gula domestik sebanyak 806,381.88 metrik tan, pengambilan gula per kapita sehari pada tahun 2009 adalah 78 gram atau 16 sudu teh sehari atau 16% daripada keperluan tenaga sehari bagi orang dewasa. Jika dicampurkan gula domestik dan gula industri iaitu 1,281,183.04 metrik tan pada tahun 2009, pengambilan gula per kapita sehari adalah 124 gram atau 25 sudu teh sehari atau 25% daripada keperluan tenaga sehari bagi orang dewasa.
  5. APAKAH KESAN PENGAMBILAN GULA SECARA BERLEBIHAN?
    • Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan.
    • Pengambilan tenaga harian yang berlebihan dalam jangkamasa yang panjang boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya diet harian adalah tinggi lemak dan kurangnya aktiviti fizikal yang dilakukan.
    • Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity Survey, NHMS) III, 2006 mendapati 29.1% orang dewasa di Malaysia berlebihan berat badan 14.0% pula obes. Ini telah menunjukkan peningkatan berbanding NHMS II, 1996 iaitu masing-masing 16.0% (berlebihan berat badan) dan 4.0% (obes).
    • Prevalens pesakit diabetes dalam kalangan penduduk yang berumur lebih daripada 30 tahun juga telah meningkat daripada 6.3% pada tahun 1996 (NHMS II) kepada 14.9% pada tahun 2006 (NHMS III).
    • Gula juga boleh dikaitkan dengan pembentukan karies gigi (dental caries). Data dari Kementerian Kesihatan menunjukkan kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun adalah 76.5% (2005) dan 80.9 % dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun (1997).
  6. TIPS MENGURANGKAN GULA
    1. Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat atau air sirap dan kordial.
    2. Pilih atau sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
    3. Gantikan manisan seperti kuih dan kek dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.
    4. Kurangkan kekerapan mengambil makanan yang bergula.
    5. Elakkan mengambil makanan yang bergula di antara waktu makan utama dan sebelum tidur.
    6. Semak kandungan gula pada senarai ramuan sesuatu produk makanan. Sekiranya gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan, ini menunjukkan gula merupakan komponen utama makanan tersebut.
    7. Hadkan pengambilan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
    8. Minta untuk kurangkan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis semasa memesan minuman.
    9. Periksa kandungan gula dalam label minuman.
    10. Elak mengambil minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur

7 Langkah Bijak Mengurangkan Gula
  1. Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan kordial.
  2. Hadkan penggunaan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
  3. Elak atau hadkan penggunaan gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
  4. Elakkan mengambil snek dan minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.
  5. Gantikan pencuci mulut  seperti kuih, kek dan bubur dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.
  6. Baca label dan elakkan produk makanan dan minuman  di mana   gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan.
  7. Pilih produk makanan dan minuman yang dilabel "rendah gula" dan "bebas gula”.

Pelalian HPV - Lindungi anak gadis anda.

,10:57 AM

 Apakah Kanser Servik ?

Kanser yang terjadi di bahagian pangkal rahim (servik). Kanser ketiga paling kerap dikesan di kalangan wanita selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Di anggarkan 1,500 wanita Negara ini disahkan mendapat kanser servik setiap tahun. Kanser servik menyumbang 6% dari jumlah kematian akibat kanser di kalangan wanita.

Apakah Human Papilloma Virus (HPV)?

HPV adalah penyebab utama kanser servik. Setiap wanita berisiko dijangkiti HPV selepas berkahwin.

Apakah pelalian HPV?

Pelalian yang diberi untuk mencegah kanser servik akibat jangkitan HPV. Pelalian ini diberi secara suntikan di lengan sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual berikut:
            Suntikan pertama     - tarikh pelalian pertama diberi di sekolah/kllinik.
            Suntikan kedua        - satu (1) bulan selepas suntikan pertama.
            Suntikan ketiga        - enam (6) bulan dari suntikan pertama.
Vaksin yang digunakan untuk pelalian ini tidak mengandungi produk yang meragukan.

Kenapa Anak Gadis 13 Tahun Saya Perlu Mendapatkan Pelalian HPV?

Anak gadis anda berisiko untuk dijangkiti HPV. Pelalian ini boleh melindunginya dari mendapat kanser servik di masa akan datang.
Pada masa ini Kementerian Kesihatan Malaysia hanya memberi pelalian secara percuma kepada semua gadis 13 tahun.

Di Mana Anak Gadis Saya Boleh Mendapatkan Pelalian HPV?

Jika anak gadis anda bersekolah, pelalian akan diberi di sekolah. Jika anak gadis anda tidak bersekolah, dapatkannya di klinik kesihatan.

Bagaimana Sekiranya Anak Gadis Saya Yang Tidak Termasuk Di Dalam Kumpulan Sasar Ini Hendak Mendapatkan Pelalian?

Pelalian ini hanya diberi kepada remaja perempuan yang bersekolah di tingkatan 1 dan/atau berumur 13 tahun pada tahun semasa. Bagi golongan yang tidak termasuk dalam kumpulan yang disasarkan, pelalian ini boleh didapati di klinik dan hospital swasta dengan kadar caj tertentu.

Apakah Peranan Saya Sebagai IbuBapa/Penjaga?

Beri persetujuan bertulis untuk melayakkan anak anda menerima pelalian secara percuma.
Pastikan anak anda melengkapkan tiga suntikan pelalian secara percuma.
Tiga (3) suntikan pelalian boleh memberi perlindungan optima untuk gadis anda dari jangkitan HPV.

Siapa Yang Akan Memberi Suntikan?

Suntikan akan diberikan oleh anggota kesihatan yang bertauliah dan terlatih.

Adakah Vaksin Ini Halal?

Vaksin ini tidak mengandungi produk yang meragukan.

Adakah Anak Gadis Saya Akan Mengalami Masalah Selepas Disuntik?

Pelalian ini adalah selamat.
Seperti pelalian lain, anak gadis anda mungkin mengalami sakit atau bengkak di tempat suntikan.
Sekiranya, anak gadis anda mengalami masalah lain akibat suntikan, sila dapatkan rawatan susulan di klinik atau hospital yang berdekatan.

Adakah Pelalian Ini Akan Menyebabkan Anak Saya Mandul?

Tidak. Pelalian ini tidak menyebabkan kemandulan.

Apakah Keadaan Yang Tidak Membolehkan Anak Gadis Saya Diberi Pelalian HPV?

Anak anda tidak akan diberi pelalian atas sebab-sebab berikut:
  • Pernah mengalami kesan sampingan teruk setelah menerima suntikan pertama atau suntikan kedua.
  • Pernah mengalami alahan teruk yang perlu dirawat di hospital.
  • Hamil.

Apakah Tindakan Saya Jika Anak Saya Terlepas Tarikh Temujanji Pelalian?

Jika anak anda tidak sihat atau tidak hadir ke sekolah pada hari pelalian, tarikh temujanji baru akan diberi oleh anggota Kesihatan.

Free Membership Promotion

20 December 2010,10:40 AM
Assalamualaikum dan dalam sejahtera

Berita baik untuk anda. Pihak syarikat Nz New Image Sdn Bhd sedang mengadakan promosi keahlian percuma. Dengan pembelian 4 tin Slim Diet 2 atau 3 tin Alpha Lipid anda akan mendapat keahlian percuma. So pembelian seterusnya untuk semua produk Nz New Image Sdn Bhd anda akan dapat harga ahli. Ambil peluang ini untuk mendapat keahlian percuma. Promosi sah sehingga 31 Disember 2010

Osteoporosis: Wanita Malaysia antara berisiko tinggi

13 December 2010,6:05 PM


Berikut adalah petikan dari Utusan Malaysia
 
10/12/2010 5:55pm

SINGAPURA 10 Dis. – Wanita Malaysia adalah antara tiga dari negara Asia yang paling berisiko menghidap osteoporosis pada awal usia 30-an, kata satu kajian syarikat nutrisi hasil susu dari New Zealand, Fonterra.
Kajian juga menunjukkan 50 peratus rakyat Malaysia berdepan risiko penyakit tersebut pada usia 50-an, kata Pengurus Asas Kesihatan Fonterra Asia dan Asia Barat, Joanne Todd.

Kajian tersebut yang menganalisis 2.1 juta imbasan tulang yang dilakukan di seluruh Asia turut menunjukkan seorang daripada tiga penduduk Asia berusia 35 tahun ke atas menghadapi risiko osteoporosis, katanya.
"Osteoporosis, penyakit yang menyebabkan tulang rapuh dan retak bukan lagi masalah yang dihadapi golongan tua semata-mata,” katanya ketika membentangkan hasil kajian itu pada mesyuarat rantau Asia pertama anjuran International Osteoporosis Foundation (IOF), di sini hari ini.

Todd berkata, kajian juga mendapati sejumlah besar penduduk Asia berusia lingkungan 30-an tidak mempunyai tahap jisim tulang yang sepatutnya pada usia mereka. – Bernama

Jika anda adalah wanita yang berusia 30 tahun dan ke atas?Apakah yang anda pelajari dari berita di atas?Anda perlu mengambil langkah awal dengan mengambil kalsium. Saya ada berita baik untuk anda, produk Alpha Lipid Lifeline mengandungi kalsium yang tinggi, malah mengandungi acidofilus iaitu bakteria baik yang diperlukan badan, mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang tinggi.

Year End Sale

,9:14 AM

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Untuk makluman, nas-alphalipid sedang membuat promosi jualan akhir tahun. Promosi ini dijalankan sehingga 31 Disember sahaja. So, anda perlu ambil peluang ini untuk mendapatkan produk Alpha Lipid atau Slim Diet 2 dengan harga yang anda mampu. Kini harga Slim Diet 2 ialah RM108.00 (harga asal RM144.00) dan anda akan jimat RM36.00 untuk setiap tin. Harga Alpha Lipid ialah RM150.00 (harga asal RM180.00) dan anda akan jimat RM30.00.

Kanser Servik

09 December 2010,3:11 PM

Apakah itu kanser servik?
  • Kanser pangkal rahim.
    • Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina.
  • Penyakit dimana sel-sel di servik membiak secara luarbiasa.
  • Ia boleh terbahagi kepada :
    • Peringkat awal
      • Berlaku di sekitar servik
    • Peringkat lewat
      • Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain / 'malignant'
      • seperti paru-paru melalui sistem aliran darah
  • Merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara.
  • Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini.
  • Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini.
  • 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik.
  • 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.
Apakah penyebab kanser pangkal rahim?
Penyebab sebenar tidak diketahui tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit ini.
Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari faktor berikut, mereka adalah golongan yang berisiko tinggi:
  • Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
  • Mempunyai pasangan seks berbilang
  • Mengandung lebih dari 5
  • Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma Virus/wart virus)
  • Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
  • Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
  • Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.
Para penyelidik masih cuba memahami mekanisma bagaimana faktor-faktor berikut berperanan menyebabkan kanser servik.

Adakah anda mengetahui tanda dan gejala kanser pangkal rahim?
Sila rujuk kepada doktor sekiranya anda mengalami salah satu daripada gejala berikut:
  • Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
  • Perdarahan yang banyak
  • Perdarahan yang berpanjangan
  • Perdarahan di antara haid
  • Sakit
  • Kehadiran darah beku
    • Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
    • Sakit semasa hubungan seksual
    • Perdarahan dari vagina selepas putus haid
    • Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
  • Berbau
  • Bercampur darah
Bolehkah kanser pangkal rahim dikesan?
Ya, boleh.
Kanser servik mengambil masa yang lama untuk terjadi - lebih kurang 10 - 15 tahun.
  • Ia memakan masa berbulan atau bertahun untuk seseorang itu diserang kanser.
    • Serangan kanser biasanya berlaku dikalangan wanita yang berumur diantara 40 - 60 tahun.
  • Sebelum sel kanser servik dikesan, tisu-tisu di servik mula berubah dimana sel-sel luarbiasa mula dikesan (dikenali sebagai 'dysplasia')
  • Sel-sel luarbiasa ini boleh dikesan melalui ujian pap smear
Apakah ujian yang mengesahkannya?
Sekiranya keputusan ujian pap smear anda positif, doktor akan meneruskan dengan kaedah colposcopy.
Sekiranya keputusan ini menunjukkan adanya "invasif" kanser, ujian seterusnya akan dijalankan :
  • Full blood count
  • Liver function test
  • Renal profile
Nota : Buat masa ini tiada ujian darah 'Tumor Markers' untuk mengesan kanser servik.

Apakah rawatan yang disediakan?
Doktor akan memberi kaunseling kepada anda mengenai rawatan pilihan yang bersesuaian.
Biasanya, terdapat 3 jenis rawatan :
  • Pembedahan
  • Radioterapi
  • Kemoterapi
Keputusan rawatan bergantung kepada jenis sel kanser yang dikesan.
Bagaimana untuk mencegah kanser pangkal rahim?
  • Mencegah lebih baik dari merawat.
  • Amalkan cara hidup yang sihat.
  • Setia pada pasangan anda.
  • Lakukan pap smear setiap 3 tahun.
  • Jumpa anggota kesihatan dan lakukan ujian pap smear, jika masih belum dilakukan lagi.
Apakah itu ujian Pap Smear?
  • merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
  • Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
  • Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
  • Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.
  • Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.
  • Tidak perlu ubat atau bius.
  • Mengambil masa beberapa minit sahaja.
Sumber dari: www.infosihat.gov.my

5 cara meningkatkan alexa rank

08 December 2010,4:24 PM


Untuk entri  kali ini saya akan memberikan kepada anda faktor-faktor yang mempengaruhi peningkatan ranking alexa.

Ranking alexa memang diambil berdasarkan trafik atau pengunjung yang datang ke website/blog Anda. Dan data trafik tersebut diambil dari toolbar alexa yang terpasang di jutaan komputer di dunia.

Tapi tidak hanya itu, alexa rank juga dipengaruhi oleh beberapa faktor lain. Berikut faktor-faktor untuk meningkatkan ranking alexa.

Cara cepat meningkatkan Alexa Rank

  1. Cari sebanyak mungkin pengunjung.
  2. Pasang widget alexa di website Anda.
  3. Pasang toolbar alexa di web browser Anda.
  4. Buat tulisan mengenai alexa di website Anda.
  5. Jadikan website Anda sebagai homepage pada web browser Anda.


Lakukanlah kelima tips cara meningkatkan alexa rank tersebut. Jika Anda berhasil melakukannya dengan baik, kemungkinan besar ranking alexa website atau blog Anda akan meningkat dengan cepat.

share from jeritanblog.blogspot.com

Berapakah nilai seorang pelanggan?

,11:45 AM

Cara yang terbaik bagi memastikan kesetiaan pelanggan adalah dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik dan mesra. Nilai seseorang pelanggan terletak pada belian tahunannya dan bukan hanya berdasarkan satu-satu pembelian. Kita perlu sedar bahawa jualan susulan dapat menjana keuntungan. Biasanya tiada untung yang dijana bagi beberapa jualan pertama. Jadi, pertimbangkan potensi pembelian pelanggan dan bukannya pembelian mereka pada hari ini. Apabila kita melayan pelanggan solah-olah mereka adalah permata yang bernilai, maka mereka pasti sentiasa membeli produk kita. Sebaliknya, apabila kita melayan mereka biasa-biasa, maka mereka pasti membeli dari orang lain.

Apabila menilai pelanggan, kita perlu melihat potensi yang ada pada mereka bukan pada diri mereka semata-mata. Andaikan bahawa orang disekelilingnya juga perlukan produk kita seperti ibu bapa, adik beradik, saudara-mara dan jiran-jiran mereka. Selepas membuat jualan pertama anda perlu membuat tindakan susulan untuk memastikan anda dapat membuat jualan berikutnya kepada orang disekeliling pembeli anda dan pastikan anda mendapat 'repeat order'.

nazri
012-5712470
consultant nz new image sdn bhd

Menu Diet

06 December 2010,9:49 AM
SARAPAN
(MENU 1)
2 telur rebus, 1 tomato bersaiz sederhana, 2 telur dadar
(MENU 2)
Sup telur bersama dada ayam dicarik-carik
(MENU 3)
2 telur goreng dan salad sayur

MAKAN TENGAHARI
(MENU 1)
Masak kicap daging lembu, sayur brokoli digoreng bersama udang 
(MENU 2)
Rendang ayam, Sayur brokoli 
(MENU 3)
Stik daging bersama tomato segar
(MENU 4)
Ikan kukus 

MAKAN MALAM
(MENU 1)
Lamb chop 
(MENU 2)
Ayam panggang dan sayur goreng
(MENU 3)
Ikan kukus 
(MENU 4)
Ikan bakar dan sayur goreng

SUPPER
SD 2 
Ini adalah cadangan menu sahaja, yang penting elakkan makanan berkarbohidrat tinggi seperti nasi, mee, roti, buah, makanan manis dan minuman manis.

ShareThis

Related Posts with Thumbnails

GC Tea Penawar Kencing Manis Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign