Apakah Hepatitis B? | GC Tea Penawar Kencing Manis

HOTLINE 017-5710071

Apakah Hepatitis B?

27 April 2011,2:52 PM

Sejak akhir-akhir ini sering keluar berita tentang Hepatitis B di media elektronik. jadi saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi dengan anda pembaca blog ini serba sedikit maklumat mengenai Hepatitis B.

Apakah Hepatitis B?
Hepatitis B boleh merebak dari cecair tubuh seperti darah dan air mani. Ia adalah penyakit hati terbanyak di Malaysia . 
 
Simptom-simptom hepatitis, biasanya muncul selepas 25 ke 180 hari setelah dijangkiti. Simptom-simptom termasuk juga sengal sendi dan otot-otot. Bagaimanapun, setengah-tengah individu tidak mengalami simptom-simptom seperti ini. 
 
Jangkitan virus Hepatitis B tidak seperti Hepatitis A, ia boleh menyebabkan penyakit hati yang kronik dan sirosis hati. 

Di Malaysia, bilangan penduduk yang menderita penyakit Hepatitis B biasanya dijangkiti sejak dalam kandungan lagi atau semasa kecil, ini menyebabkan risiko tinggi untuk menjadi penyakit hati yang kronik. 
Siapa yang berisiko untuk mendapat jangkitan Hepatitis B?

  • Ahli keluarga dan pasangan seks kepada pembawa kuman HBV . 
  • Tinggal bersama dengan individu dijangkiti.
  • Bayi yang dilahir dari ibu dijangkiti .
  • Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan (seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan institusi orang-orang cacat mental).
  • Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks .
  • Penagih dadah yang menggunakan suntikan .
  • Penerima hasil atau produk darah sebelum tahun 1972.
Hepatitis B tidak merebak melalui makanan atau minuman, berkongsi hidangan atau perkakas dapur, pinggan mangkuk, batuk, bersin dan hubungan biasa. 
 
Apakah saya patut buat sekiranya saya dijangkiti oleh virus Hepatitis B ?

Jikalau anda syak, anda dijangkiti Hepatitis B sila berjumpa dengan doktor dengan segera.
Doktor akan membuatkan ujian darah termasuk ujian spesifik untuk Hepatitis B dan ujian ultrasound organ hati. 

Setengah-tengah kes memerlukan ujian biopsy organ hati, prosedur ini memerlukan sedikit organ hati untuk ujian yang diperlukan. 

Lindungilah keluarga dan orang yang tersayang.
  • Anda perlu memberitahu ahli keluarga dan kawan-kawan untuk menjalani ujian Hepatitis B. Jikalau mereka positif, mereka mestilah berunding dengan doktor, jikalau mereka negatif, boleh mendapat vaksin untuk langkah pencegahan.
  • Amalkan hubungan seks yang selamat .
  • Jangan berkongsi barangan persendirian yang mungkin ada darah (seperti jarum suntikan, berus gigi, pisau cukur, pengetip kuku, gunting . 

Nazri Rubaee
H/p             : 012-5712470
Facebook : Slim Diet
Email         : nasfa47@gmail.com
Twitter       : nasalphalipid

1 comment:

  1. Salam admin,

    Penyakit Hepatitis B ni boleh memberikan kesan buruk pada buah pinggang tak? Kalau dilihatkan pada penyebab-penyebabnya boleh dikatakn hampir menyamai penyakit AIDS.

    ReplyDelete

ShareThis

Related Posts with Thumbnails

GC Tea Penawar Kencing Manis Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign