Insomnia-Masalah tidur | GC Tea Penawar Kencing Manis

HOTLINE 017-5710071

Insomnia-Masalah tidur

14 April 2011,9:29 AM

Masalah gangguan tidur terjadi apabila seseorang mengalami sukar untuk tidur nyenyak pada malam hari, walaupun sudah tidur selama 8 jam atau lebih, tetapi masih mengantuk dan tidak berstamina setelah bangun dari tidur. Hal ini terjadi karana tidur yang tidak berkualiti.

Tidur adalah suatu proses dimana terjadi pembentukan sel-sel tubuh yang baru, pembaikan sel-sel tubuh yang rosak, membolehkan tubuh untuk berehat, juga untuk menjaga keseimbangan metabolisme dan reaksi biokimia tubuh. Jika kita mengalami gangguan tidur, maka akan mempengaruhi kesihatan kita.



Berapa lama tidur diperlukan?
Tempoh masa tidur setiap individu berbeza antara satu sama lain. Purata jumlah masa tidur yang diperlukan sehari ialah 7 hingga 8 jam. Kajian menunjukkan individu yang tidur kurang daripada 4.5 jam sehari, mempunyai risiko tinggi terhadap penyakit jantung koronari. Kualiti tidur tidak hanya bergantung kepada jumlah masa tidur sahaja tetapi juga kepada keupayaan seseorang itu berfungsi dari segi fizikal dan mental pada keesokan harinya.

nak kurus!nak kurus!nak kurus!

Jenis-jenis Insomnia

Insomnia Sementara
Mengalami masalah tidur kurang daripada 1 minggu. Antara sebab-sebab insomnia ini termasuk bekerja mengikut syif dan tekanan perasaan.

Insomnia Jangka Pendek
Mengalami masalah tidur selama sebuan. Antara sebab-sebabnya termasuk perubahan persekitaran seperti dirawat di hospital, pertukaran kerja atau masalah kerja, masalah keluarga dan masalah kesihatan.

Insomnia Kronik
Merupakan gangguan serius yang dialami lebih dari sebulan. Mengikut kajian, lebih kurang 1/3 hingga 2/3 pesakit mengalami insomnia kronik mengalami masalah mental.

Punca Insomnia
  • Umur meningkat tua
  • Berpenyakit seperti sesak nafas, kerap buang air kecil dan menanggung kesakitan.
  • Cemas dan murung.
  • Suasana bising dan tidak selesa.
  • Tekanan perasaan/stress di rumah atau di tempat kerja.

5 comments:

  1. camner kalau terlebih tido plak? kdg2 dh tido byk, tapi still mengantuk, apa puncanya?

    skg ni mmg rasa tak cukup tido sbb de baby kecil yg nyusu.. de tips tak?

    ReplyDelete
  2. Syukur Alhamdulillah tidak ada sindrom Insomnia pada diri saya. Cuma bila menulis blog ralit tidak sedar waktu berlalu dengan pantas :-)

    ReplyDelete
  3. aduii.. aku masalah insomnia kronik kot.. tido kul 3-4 pagi.. pastu kul 6 dah nak kena bangun.. jangan sampai kena sakit mental sudah..

    ReplyDelete
  4. tu saja-saja tak nak tido. ni mesti mengadap laptop sampai ke pagi. hehehe

    ReplyDelete
  5. fiezaradzi: takda tips kak. hehehe. masa anak saya kecik dulu pun hampir 6-7 kali bangun malam untuk buat susu, memang ngantuk sangat la pagi tu.

    akubiomed: saya pun sama, kalau dah mengadap blog memang tak sedar masa berlalu. hehe

    ReplyDelete

ShareThis

Related Posts with Thumbnails

GC Tea Penawar Kencing Manis Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign