GC Tea Penawar Kencing Manis: February 2011


HOTLINE 017-5710071

Tips diet-Adakah anda mengalami sembelit ketika diet sd2?

25 February 2011,11:30 AM
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Adakah anda mengalami sembelit ketika menjalani program diet SD2 ? Sembelit atau tidak kerap buang air juga mungkin berlaku jika anda sedang menjalani program diet SD2. Tetapi tidak semua mangalamai masalah ini.

 Sebab

Pertukaran jenis makanan secara tiba-tiba boleh menyebabkan masalah ini sebagaimana anda mungkin telah lalui jika melancong ke luar negara. Anda juga mungkin kurang minum air, kurang senaman dan kurang makan makanan berserat disebabkan tidak boleh memakan buah-buahan dan juga anda masih kurang mengambil sayur-sayuran. Apabila anda sembelit, anda mungkin juga kerap mendapat kekejangan otot, merasa kembung, sakit kepala, sakit belakang dan merasa sembab serta tidak selesa.
Bagaimana mengatasi masalah ini?

Anda perlu mengambil makanan tambahan serat atau fiber supplement untuk mengatasi masalah sembelit. Pilihan anda diantaranya termasuk serbuk serat Fiber Max yang boleh di beli bersama-sama Slim Diet 2. Anda juga digalakkan minum air yang cukup, bersenam dan perlahan-lahan tambahkan jumlah serat yang anda ambil dari jumlah 2 sudu besar setiap hari sekali sebelum tidur dicampur segelas air kosong sehingga sembelit anda hilang.

Selamat mencuba.
nazri
Consultant NZ New Image Sdn Bhd
012-5712470

Tips diet-cari kawan berdiet apabila memulakan diet sd2

24 February 2011,11:19 AM

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Adakah anda ingin memulakan diet sd2? Saya ada tips diet sd2 yang ingin saya kongsikan bersama anda. tips ini saya telah praktikan bersama isteri saya ketika saya diet sd2 suatu ketika dulu.

Cara ini amat berkesan terutamanya jika anda ingin memulakan program senaman atau program diet. Ini juga adalah rahsia terbesar  individu  yang telah berjaya melakukan diet mereka selama ini.

Anda sangat-sangat memerlukan sokongan pasangan/rakan diet seperti ini kerana selalunya apabila anda mula berdiet, orang-orang disekeliling anda  akan cuba melemahkan semangat atau memperlekehkan azam anda untuk berdiet. Anda boleh saling memotivasikan diri sesama anda.

Kawan berdiet adalah seperti seorang pendengar yang boleh anda kongsi pendapat bersama. Dengan berkongsi matlamat anda seperti apakah target anda, apakah yang akan anda makan, yang anda akan lakukan atau sempurnakan untuk hari ini, minggu ini atau selanjutnya. Anda juga boleh bersaing untuk mendapatkan penurunan berat badan dengan rakan diet anda sebagai motivasi diri.

Tambahan pula dengan adanya teknologi internet seperti facebook, twitter dan bermaca-macam forum yang boleh dijadikan medium untuk bertukar pendapat dan pengalaman, tidak ada sebab anda tidak mengambil kesempatan ini untuk mencapai kejayaan dalam diet. Anda dengan mudah boleh mendapat kawan berdiet dimana-mana sahaja dan kongsilah apa sahaja tentang hal-hal diet bersama mereka.
Jadikan SD2 sebagai program diet anda yang terakhir kerana setakat ini SD2 adalah program diet  yang paling mudah dan berkesan yang ada di pasaran. Anda boleh kaji sendiri  produk ini dengan produk lain di pasaran dan anda tentukan pilihan anda. Yang paling penting, pastikan anda tidak berlapar untuk menurunkan berat badan.

Tips diet-ubat-ubat yang melambatkan turun berat badan ketika diet sd2

,12:39 AM

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Untuk entri kali ini saya akan berkongsi sedikit tips kepada anda yang ingin menggunakan sd2 atau yang sedang menggunakan sd2.

Masih banyak yang tidak berjaya menurunkan berat badan kerana tidak faham dan mengambil ubat-ubat yang mengganggu penurunan berat badan ketika berdiet.

Diantara ubat-ubatan yang diketahui selalunya melambatkan atau menghalang penurunan berat badan adalah seperti berikut:-
  • Estrogens dan kebanyakan HRTs (synthetic hormone replacement therapies) termasuk ubat merancang kehamilan
  • Ubat anti-depressants
  • Insulin dan ubat penggalak insulin (insulin-stimulants)
  • Ubat anti-arthritis (termasuk steroids)
  • Diuretics dan beta-blockers

Sekian sahaja untuk kali ini. sehingga berjumpa lagi di entri akan datang. selamat berdiet dan jaga kesihatan. Mencegah lebih baik dari merawat.

nazri
concultant nz new image sdn bhd
012-5712470

Penyakit gout

21 February 2011,3:44 AM

Pengenalan

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.
  • Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
  • Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
  • Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
  • Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
  • Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
  • Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
  • Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
Tanda Gout
  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Komplikasi
  • Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
  • Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
  • Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
    • Kegemukan
    • Darah tinggi
    • Hiperlipidemia
    • Diabetes
Rawatan
Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.



Rawatan serangan akut
  • Rehatkan sendi semasa serangan gout.
  • Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
  • Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
  • Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
    • Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
    • Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.
  • Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.
Rawatan Jangka Panjang

Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
    • Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
    • Mengelakkan minuman keras
    • Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
    • Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.
Pencegahan
  • Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
  • Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
  • Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
  • Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.
  • Minum banyak air.
Adakah Gout Boleh Diwarisi?
  • Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan
  • Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.
  • Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat. 
nazri
consultant NZ New Image sdn bhd
012-5712470

Senarai terkini orang terkaya di Malaysia 2011

17 February 2011,11:21 AM

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lepas tengok berita TV3 malam tadi tergerak pulak nak buat entri orang terkaya malaysia coz mesti ramai yang nak cari maklumat ni. so boleh la saya kongsikan bersama.

1. Robert Kuok – RM50.04 bilion
2. T. Ananda Krishnan – RM45.78 bilion.
3. Tan Sri Teh Hong Piow – RM12.77 bilion
4. Tan Sri Lee Shin Cheng – RM12.74 bilion
5. Tan Sri Lim Kok Thay – RM10.89 bilion.
6. Tan Sri Quek Leng Chan – RM10.75 bilion
7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary – RM8.84 bilion.
8. Puan Sri Lee Kim Hua – RM7.43 bilion
9. Tan Sri Tiong Hiew King – RM4.77 bilion.
10. Ong Bee Seng – RM3.98 bilion
11. Tan Sri Azman Hashim – RM3.93 bilion.
12. Tan Sri Vincent Tan – RM2.43 bilion.
13. Datuk Lee Yeow Chor -
14. Lee Yeow Seng
15. Datuk Seri Lee Oi Hian
16. Datuk Lee Hau Hian
17. Tan Sri Yeoh Tiong Lay
18. Tan Sri Lau Cho Kun
19. Datuk Mokhzani Mahathir – RM1.6 bilion
20. Tan Sri Jeffrey Cheah

Nampaknya dalam 20 senarai individu yang terkaya diatas, tersenarai hanya 3 anak melayu kita iaitu di tangga yang ke 7,  Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary – RM8.84 bilion dari Yayasan Albukhary Foundation yang menerajui Kumpulan DRB-Hicom, tangga ke 11 iaitu Tan Sri Azman Hashim – RM3.93 bilion dari Kumpulan Arab-Malaysian dan seterusnya di tangga ke 19 iaitu anak kepada mantan perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir 1.6 bilion dari Kenchana Petroleum.


Dalam ramai-ramai ni Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary adalah idola saya. Teringin juga nak jumpa dengan beliau. Boleh la saya minta tip-tip untuk berjaya seperti beliau. InsyaAllah saya akan berusaha untuk bertemu beliau suatu hari nanti kerana itu impian saya.

nazri
consultant nz new image sdn bhd
012-5712470

Tips senaman berjalan kaki

,10:41 AM
Pengenalan
Berjalan kaki adalah senaman yang mudah, murah dan selamat untuk dilakukan. Ia merupakan satu kaedah senaman yang sesuai bagi semua lapisan peringkat umur. Senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja sama ada di rumah, di pejabat, di kompleks membeli-belah dan lain-lain lagi.
 
Faedah berjalan kaki
Mengamalkan senaman berjalan kaki memberi manfaat kepada kesihatan kita seperti:
  1. Menyihatkan jantung, mengurangkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan paras kolesterol.
  2. Mengawal tekanan darah dan mencegah risiko penyakit darah tinggi dan strok.
  3. Mengurangkan risiko penyakit diabetes. Berjalan meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan membantu melancarkan aliran darah.
  4. Mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan menjadi menarik.
  5. Mengurangkan stres. Berjalan membantu merangsang penghasilan hormon endorfin yang membuatkan kita lebih ceria dan sihat.
  6. Mengekalkan kekuatan otot.
  7. Mengurangkan risiko osteoporosis
  8. Mengekalkan kestabilan dan mengurangkan risiko jatuh terutama kepada golongan warga emas.
  9. Mampu meningkatkan keyakinan diri.
 
Bagaimana untuk bermula?
  1. Tetapkan matlamat. Sekiranya kita tidak pernah melakukan apa-apa jenis senaman dalam jangka masa yang lama, mulakan dengan perlahan-lahan dan jarak yang pendek.
  2. Cari tempat yang sesuai untuk berjalan. Seeloknya-eloknya permukaan haruslah rata dan tidak membahayakan.
  3. Tetapkan tempoh masa. Pastikan tempoh masa yang ditetapkan mengikut keupayaan tubuh badan kita.
  4. Tambah kelajuan dan tahap kesukaran. Sekiranya kita telah berjaya mencapai matlamat di atas, kita mungkin boleh memikirkan untuk menambah kelajuan berjalan dan cuba untuk berjalan di kawasan-kawasan seperti di taman rekreasi.
  5. Berjalan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Sekiranya kita berasa tidak yakin dan kurang keseronokan berjalan seorang diri, kita boleh mengajak ahli keluarga atau rakan-rakan untuk bersama-sama menjalankan senaman ini. Berjalan bersama teman yang mengiringi anda akan menjadikan aktiviti yang dilakukan lebih menyeronokkan dan tidak mudah berasa bosan.

Teknik-teknik berjalan dengan betul
Dengan menggunakan teknik berjalan dengan betul, kita akan dapat meningkatkan tahap kesihatan kita dengan lebih optimum lagi.
  1. Pastikan bahagian tumit mencecah tanah sebelum bahagian tapak kaki yang lain.  Peringkat permulaan, langkah yang pendek sudah memadai.
  2. Hayunkan tangan. Dengan menghayunkan tangan akan memberi lebih banyak impak seperti membantu membakar lebih banyak kalori dan menguatkan otot-otot di bahagian atas badan kita. Ini menunjukkan bahawa senaman berjalan bukan saja memberi faedah yang lebih kepada otot-otot bahagian bawah namun turut melibatkan otot-otot di bahagian atas badan kita.
  3. Luruskan bahagian belakang badan kita. Untuk memastikan kita berada dalam postur yang baik. Luruskan bahagian belakang badan kita dan pandang ke hadapan.
  4. Kawal pernafasan. Semasa berjalan pastikan pernafasan kita sentiasa teratur. Sekiranya kita berasa nafas kita semakin tercungap-cungap, kita perlu mengurangkan kelajuan dan sekiranya tidak mampu kita haruslah berhenti.
  5. Untuk menambahkan lagi variasi sewaktu berjalan kita boleh menetapkan sasaran pada tempoh-tempoh tertentu untuk meningkatkan kelajuan dan menurunkan kelajuan.
  6. Sekiranya mampu, kita boleh menggunakan pedometer, iaitu alat untuk mengukur langkah kaki kita. Alat ini diletakkan di bahagian pinggang kita dan ia akan mengira berapa langkah kaki yang telah kita lakukan pada setiap hari.
  7. Cuba untuk melakukan senaman berjalan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali dalam seminggu.
 
Cara Mudah Untuk Berjalan
Terdapat banyak cara untuk kita melakukan senaman berjalan ini. Apa yang penting ialah kita harus pandai mencari peluang dan menjadikan senaman itu sesuatu yang menyeronokkan.
  1. Sekiranya kita tinggal di kondominium atau pangsapuri, cuba minimakan penggunaan lif. Sebaliknya lebihkan dengan menggunakan tangga. Sekiranya tidak mampu kita boleh menaiki lif separuh jalan sahaja dan seterusnya menggunakan tangga untuk sampai ke tempat yang ingin dituju.
  2. Letakkan kereta di tempat yang agak jauh dari tempat yang ingin ditujui. Sebagai contoh, jika kita ke kompleks membeli belah atau ke pejabat, kita boleh meletakkan kereta sedikit jauh dari pintu masuk. Ini bergantung kepada keadaan sekiranya tidak sesak dan tidak mendatangkan kesulitan yang ketara kepada kita.
  3. Jangan hanya duduk sepanjang masa di pejabat. Kita boleh berjalan di sekeliling bangunan tempat kerja.
  4. Bagi yang berkeluarga, bawalah mereka untuk bersiar-siar di taman rekreasi. Ketika berada di umah pula, bermainlah sepuas-puasnya dengan anak anda. Ini juga merupakan salah satu cara untuk membakar kalori dan merangsang otot untuk bergerak.
  5. Maksimumkan berjalan kaki sekiranya kita ingin ke satu-satu tempat. Sebagai contoh kita boleh berjalan untuk ke masjid, ke kedai runcit, ke rumah jiran dan sebagainya.

Cabutan bertuah

09 February 2011,5:15 PM
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sepatutnya saya update entri ni semalam lagi tak dapat update kerana blog saya ni tak boleh sign in. Tak tau lah sebab apa. Alhamdulillah, semalam saya menjadi antara pengedar yang bertuah kerana  dapat produk Bio Rejuv iaitu Deep Penetrating Mask dalam cabutan bertuah yang diadakan oleh pihak syarikat. Arini pulak Kak Ujie,bisnes partner saya dapat Fibre Max. Kepada pengedar NZ New Image Sdn Bhd kalau nak rasa cabutan bertuah ni cuba la pi beli stok esok mana tau ada lagi cabutan bertuah

Terima kasih kepada pihak syarikat kerana mengadakan cabutan bertuah ini sempena Tahun Baru Cina. Selamat Tahun Baru Cina kepada kakitangan NZ New Image dan pengedar yang menyambutnya.
nazri
Consultant NZ New Image Sdn Bhd
012-5712470

Promosi SD2

06 February 2011,10:30 PM
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Promosi keahlian percuma dilanjutkan sehingga 28 Februari 2011. Jika tahun ni anda berazam nak turunkan berat badan ambillah kesempatan ini untuk membeli dengan harga ahli dan mendapat keahlian percuma dengan pembelian 4 tin SD2 (RM108 x 4)atau 3 tin Alpha Lipid (Rm150 x 3). Untuk pengetahuan anda harga bukan ahli SD2 ialah RM144 dan Alpha Lipid RM180).Untuk pembelian seterusnya anda juga layak untuk mendapat harga ahli. Untuk bulan Mac dan seterusnya untuk menjadi ahli anda perlu membayar yuran keahlian RM50.00.

ShareThis

Related Posts with Thumbnails

GC Tea Penawar Kencing Manis Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign