Tips diet-Adakah anda mengalami sembelit ketika diet sd2? | GC Tea Penawar Kencing Manis

HOTLINE 017-5710071

Tips diet-Adakah anda mengalami sembelit ketika diet sd2?

25 February 2011,11:30 AM
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Adakah anda mengalami sembelit ketika menjalani program diet SD2 ? Sembelit atau tidak kerap buang air juga mungkin berlaku jika anda sedang menjalani program diet SD2. Tetapi tidak semua mangalamai masalah ini.

 Sebab

Pertukaran jenis makanan secara tiba-tiba boleh menyebabkan masalah ini sebagaimana anda mungkin telah lalui jika melancong ke luar negara. Anda juga mungkin kurang minum air, kurang senaman dan kurang makan makanan berserat disebabkan tidak boleh memakan buah-buahan dan juga anda masih kurang mengambil sayur-sayuran. Apabila anda sembelit, anda mungkin juga kerap mendapat kekejangan otot, merasa kembung, sakit kepala, sakit belakang dan merasa sembab serta tidak selesa.
Bagaimana mengatasi masalah ini?

Anda perlu mengambil makanan tambahan serat atau fiber supplement untuk mengatasi masalah sembelit. Pilihan anda diantaranya termasuk serbuk serat Fiber Max yang boleh di beli bersama-sama Slim Diet 2. Anda juga digalakkan minum air yang cukup, bersenam dan perlahan-lahan tambahkan jumlah serat yang anda ambil dari jumlah 2 sudu besar setiap hari sekali sebelum tidur dicampur segelas air kosong sehingga sembelit anda hilang.

Selamat mencuba.
nazri
Consultant NZ New Image Sdn Bhd
012-5712470

2 comments:

  1. serat salah satu cara untuk mengatasi semelit ini.. kalau dah melarat dapatkan nasihat yang pakar...

    ReplyDelete
  2. ye betul tu. apa2 kene dapatkan nasihat doktor

    ReplyDelete

ShareThis

Related Posts with Thumbnails

GC Tea Penawar Kencing Manis Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign