PENYAKIT jantung adalah satu daripada pembunuh senyap yang paling utama di kalangan lelaki dan wanita, demikian menurut Pertubuhan Jantung Amerika.
Meskipun banyak faktor menyumbang kepada penyakit jantung seperti gaya hidup, pemakanan, alam persekitaran, tabiat dan lain-lain, usaha mengekalkan kesihatan jantung bukan sahaja tertakluk kepada pengamalan gaya hidup yang aktif.
Pemakanan yang sihat dan bijak dapat memainkan peranan penting dalam usaha mengamalkan gaya hidup yang menjamin kesihatan jantung.Tahukah anda bahawa untuk menjaga kesihatan jantung, anda hanya perlu memakan sekurang-kurangnya 70g. oat setiap hari?
Oat sudah bertahun lamanya terkenal kerana khasiat kebaikannya kepada kesihatan kita secara keseluruhan, terutama sekali kepada kesihatan jantung.
Ia bermula pada tahun 1854 apabila ‘Raja Oatmeal’ Ferdinand Schumacher memperkenalkan oat di Amerika dan menganggap oat sebagai tambahan yang sihat kepada pemakanan. Dakwaannya kini sudah dibuktikan secara saintifik.
Kini, pakar-pakar pemakanan dan diet memberi penekanan terhadap keberkesanan oat sebagai rumusan paling semulajadi untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit jantung.
Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit jantung.
Pengambilan oat membantu menurunkan tahap kolestrol dan akhirnya menjadikan jantung lebih sihat!
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat secara tetap benar-benar berkesan untuk menurun dan memperbaiki tahap kolesterol.
Untuk membuktikan hakikat ini, Quaker Oats, syarikat bijirin tertua di dunia telah melancarkan program Cabaran Jantung Sihat Quaker dengan syarikat penyiaran satelit terkenal ASTRO (2004) dan institusi kewangan Citibank (2005).
Kakitangan ASTRO dan Citibank telah dijemput menyertai cabaran ini dan mereka diberi sarapan 70g oat Quaker sehari selama satu bulan. Sarapan mereka disediakan dalam pelbagai cara dan gaya hidangan menggunakan emping oat Quaker sepanjang bulan. Pada akhir bulan, ujian-ujian yang dijalankan menunjukkan bahawa mereka berjaya menurunkan kolesterol mereka antara 0.1mmol/L dan 3.5mmol/L.
Menjaga kesihatan jantung anda adalah semudah mengambil oat setiap hari. Sebagai contoh, Quaker Quick Cooking Oatmeal dan Quaker Instant Oatmeal bukan sahaja boleh dijadikan sajian makanan yang berkhasiat dan mengenyangkan, malah ia juga memberikan banyak manfaat kesihatan. Kedua-dua produk ini boleh didapati di mana-mana pasar raya berhampiran.
Emping oat bukan sahaja berkesan menurunkan tahap kolesterol darah tetapi juga menjamin kesihatan usus dengan menyediakan sumber nutrien secara perlahan-lahan dan konsisten seperti mana yang diperlukan untuk membaharui sel-sel usus.
Serat merangsangkan pengeluaran air liur, yang memudahkan anda mengunyah dan menelan. Apabila berada dalam perut, ia membantu mencairkan kandungannya, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam.
Serat dalam usus kecil membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan. Serat juga membantu mencegah banyak masalah ketidakselesaan yang dialami oleh orang tua, seperti sembelit dan buasir.
Oat mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum (copper), mangan (manganese), tiamin dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain seperti gandum dan rai.
Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, oat mengandungi fitokimia yang merupakan bahan kimia semula jadi dalam tumbuh-tumbuhan yang membantu menentang penyakit. Oat secara khusus mengandungi banyak flavonoid yang merupakan antioksidan yang amat berkesan untuk membantu mencegah penyakit jantung.
Oat adalah juga makanan yang ideal untuk semua peringkat umur. Mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga orang tua, oat kerap digunakan dalam program membantu mangsa kebuluran kerana keupayaannya membekalkan khasiat pemakanan berkualiti secara tidak mahal.
Oat kini menjadi kegemaran di kalangan chef pastri untuk mencipta roti, biskut, mufin dan kek yang paling lazat dan sihat! Quaker mempunyai beberapa resipi masakan tempatan terkenal yang menggunakan oat seperti Rendang Ayam Quaker dan Pegedil Quaker. Ada yang menambah emping oat ke dalam sajian kari kerana ia menjadikan kuah kari lebih pekat dan lebih lazat!
Anda juga boleh menggunakan oat sebagai salutan ikan dan ayam goreng. Dengan cara ini, anda boleh memuaskan cita rasa dan mendapat manfaat kesihatan daripada oat! Usaha menjaga kesihatan jantung patut dimulakan dari kecil. Ibu bapa patut menyemaikan tabiat makan oat di kalangan anak-anak mereka dengan menggalakkan sarapan emping oat dan menambah oat ke dalam masakan.
Kuasa oat tidak boleh diperkecil kerana ia memberi khasiat kebaikan dan kesihatan yang menakjubkan untuk anda dan keluarga anda. Sempena Hari Jantung Sedunia yang diperingati di seluruh dunia pada 24 September. Mulakan tabiat mengambil oat hari ini untuk menjamin jantung yang lebih sihat!
Sumber: utusan.com.my
nazri rubaee
Consultant NZ New Image Sdn Bhd
012-5712470
Sumber: utusan.com.my
nazri rubaee
Consultant NZ New Image Sdn Bhd
012-5712470
lama tak makan oat nie.. yang aku tahu memang bagus untuk jantung...
ReplyDeletefeberet aku nih, makan ngan susu
ReplyDeleteSalam admin,
ReplyDeleteSelain daripada perlunya kita menjaga kesihatan jantung,ianya juga akan memberikan kesan terhadap kesihatan buah pinggang.
Ini kerana kedua-dua organ ini sangat berkait rapat.Satu lagi macam mana ye nak sedapkan makanan oat kita?
buat lempeng. adunan mcm lempeng biasa, cuma perlu tambahkan oat dan susu tepung (jika suka).
Deleteselain tu masak oat mcm biasa dgn air panas (masukkan secubit garam). makan dgn sup sayur, atau ayam panggang atau lauk pauk yg low calorie.
betul tu...ia saling berkaitan.bagi saya, makan dengan susu dah cukup sedap
ReplyDeleteOat makan dengan ikan goreng pun sedap...cubalah....
ReplyDeleteBleh try nih. hehehe
DeleteOat makan sama belacan pun sedap
DeleteDi samping makan quaker oat tu, OAT BG22 juga sangat mengenyangkan...
ReplyDeleteapa bza oat biasa ngan oat BG22
ReplyDeleteapa bza oat biasa ngan oat BG22
ReplyDeleteumur i 31thn..saya cek darah bln 6, ade koles 6.0, terkejut gile.. doc suruh ambik ubat, i xnak sbb bahaya makan ubat koles kan.. so i decide makan oat. pagi n malam sblm tido, omega pun i minum lepas makan tghari dan mkn malam. pastu.. bln 7 i cek lagi darah.. koles i dah turun paras normal 4.6.. syukur alhamdulillahhh..makan pun i jaga makan sayur dgn ayam goreng kecik2 bhagian dada i potong2. i makan oat yg botol merah..5 sudu oat,campur susu pekat 1 sudu.. air satu gelas..
ReplyDeletesaya tengah diet..oat mmg jd makanan utama..bdn rs ringan berbanding dgn mkn nasi
ReplyDeletesaya tengah diet..oat mmg jd makanan utama..bdn rs ringan berbanding dgn mkn nasi
ReplyDeletesalam...saya pun tengah berdiet,saya jadikan oat sebagai makanan utama saya.....moga2 uasaha saya berjaya n berkat
ReplyDeletesaya pun ingin tahu apa beza oat biasa dgn oat BG22
ReplyDelete