FibreMax: Makanan serat semulajadi | GC Tea Penawar Kencing Manis

HOTLINE 017-5710071

FibreMax: Makanan serat semulajadi

08 March 2011,2:12 PM

FibreMax Serbuk Makanan Serat Semulajadi

New Image FibreMax terdiri dari campuran ekstrak akar chicory, psyllium, serat soya, dedak gandum dan pektin. Bahan-bahan tersebut diformulasikan sebagai bahantara untuk membersihkan usus secara selesa dan berkesan. Campuran lima serat semulajadi dalam FiberMax dipilih berdasarkan sifat khususnya yang istimewa.
Sekiranya anda berdiet, pengambilan serat campuran yang disyorkan adalah sebanyak 30 gm ke 40 gm sehari akan membantu anda menurunkan berat badan dengan lebih baik dan berkesan.

Ekstrak Akar Chicory
Serat larut akar chicory diekstrak tanpa menggunakan bahan kimia tetapi dengan hanya menggunakan air yang mendidih sahaja. Ekstrak ini mempunyai rasa manis yang semulajadi tetapi tidak diserap oleh usus kecil menjadikannya selamat untuk kegunaan pesakit kencing manis dan orang yang berdiet rendah karbohidrat.
Penyelidikan yang mendalam telah menunjukkan pengambilan ekstrak akar chicory yang sederhana boleh meningkatkan (5 ke 10 kali lebih banyak) dengan ketara kebaikan bifidobakteria didalam saluran usus. Pada masa yang sama, kehadiran bakteria yang tidak dikehendaki juga dapat dikurangkan dengan banyak. Ini membuktikan bahawa setiap gram esktrak ini telah memberi menafaat yang istimewa kepada bifidobakteria, dengan merangsang metabolism mereka serta meningkatkan aktiviti, yang berpotensi membentuk usus yang lebih sihat.

Psyllium
Kebanyakan jenis serat boleh larut mengalami proses penapaian didalam usus menyebabkan ia kurang berkesan terhadap pemukalan najis. Pysillium (sejenis serat larut), yang merupakan bahan sekam dari Plantago ovato, terkecuali dari proses penapaian ini dan ianya sangat bermenafaat dalam kesan pemukalan najis. Serat tidak larut yang bersumberkan gandum, selalunya tidak memberikan apa-apa kesan kepada bahagian awal sistem usus. Ini menunjukkan bahawa serat tidak larut tidak memberikan apa-apa menafaat dalam menurunkan kolesterol jika dibandingkan dengn serat boleh larut.
Psyllium telah menunjukkan kesan penurunan kolesterol yang ketara didalam darah dan selanjutnya mengurangkan risiko penyakit jantung. Psyllium, hampir boleh dipanggil serat “ajaib”  kerana ia mengandungi kedua-dua fungsi serat larut dan juga serat tak larut.

Serat Soya
Serat soya juga memberikan menafaat yang berkaitan dengan kedua-dua serat larut dan sumber serat tidak larut. Menafaatnya adalah seperti berikut:
  • Membaik pulih fungsi penghadaman didalam usus
  • Mengurangkan kadar serum kolesterol bagi individu yang menghidapi hiperkolesterolemia apabila diambil sebagai sebahagian dari diet lemak yang diubahsuai
  • Membantu untuk melaraskan kadar gula didalam darah secara berterusan untuk individu yang normal
  • Meningkatkan sensitiviti insulin kepada pesakit yang menghidapi masalah toleransi glokosa
  • Meningkatkan toleransi glukosa kepada pesakit obes yang menghidapi diabetis
  • Serat soya juga menyelaraskan fungsi usus – dengan mengawal masalah sembelit dan juga cirit birit.
nak kurus!nak kurus!nak kurus!

Dedak OatDedak oat terdiri dari serat larut yang juga dikenali sebagai glucosan beta-D. Apabila dicampur dengan cecair ia akan menjadi sangat likat. Beberapa penyelidikan telah dibuat tentang kesan penurunan kolesterol terhadap pengambilan dedak oat.  Ia menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi mendapat kesan yang lebih baik dari mereka yang mempunyai kadar kolesterol yang normal. Namun begitu, mereka yang mempunyai kadar kolesterol yang normal juga boleh mendapat banyak menafaat jika meningkatkan pengambilan dedak oat.

Pektin
Pektin juga adalah serat larut yang lengkap dan dihasilkan dari esktrak kulit buah citrus atau apel. Ia juga mempunyai kesan untuk menurunkan kadar kolesterol dan merupakan agen yang penting dalam penjagaan kesihatan usus.



nazri rubaee
Consultant NZ New Image Sdn Bhd
012-5712470

6 comments:

  1. Good post, looks like good product, where can you buy?..

    ReplyDelete
  2. Ekstrak Akar Chicory dan Ekstrak Akar Chicory.... jarang2 nak jumpa.. apepun mendalah nie ada dekat malaysia ker?? huhu

    ReplyDelete
  3. tak tau la aku ada kat malaysia ke idak akar ni. produk ni dibuat di new zealand. aku ada jual. baik untuk penghadaman, nyah toksik dan membersihkan usus

    ReplyDelete
  4. Salam admin,

    Produk ini bagus sebagai menggantikan produk-produk serat sedia ada.Mungkin juga sebagai produk cadangan.

    Apabila saya terbaca bahawa salah satu dari bahannya baik untuk pesakit kencing manis,sangat baguslah untuk diamalkan kerana kita sedia maklum bahawa penyakit kencing manis lambat laun akan merosakkan pula fungsi buah pinggang.

    ReplyDelete
  5. terima kasih kerana sudi menjenguk blog ni. untuk makluman tuan juga produk yang lebih sesuai untuk kencing manis adalah Alpha Lipid, FibreMax lebih kepada membantu pembersihan, penghadaman dan nyah toksik.

    ReplyDelete

ShareThis

Related Posts with Thumbnails

GC Tea Penawar Kencing Manis Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign