Tips diet-mengapa saya selalu lapar dan selera bertambah selepas minum SD2? | GC Tea Penawar Kencing Manis

HOTLINE 017-5710071

Tips diet-mengapa saya selalu lapar dan selera bertambah selepas minum SD2?

02 March 2011,10:52 AM


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk entri kali ini saya akan kongsikan  1 masalah yang pernah dialami oleh pengguna SD2. Persoalannya berbunyi begini "Mengapa saya selalu lapar dan selera bertambah selepas minum SD2 dan apakah yang perlu saya lalukan?" Ini adalah salah satu persoalan yang pengguna SD2 pernah tanya. Sebenarnya ini berlaku disebabkan beberapa perkara yang berbeza.

Pertama sekali jika anda selalu merasa LAPAR (bukan selera bertambah - ini adalah dua perkara yang berbeza) ketika berdiet SD2, maka anda patut merasa gembira kerana enjin pembakaran lemak anda sudah mula memberi kesan dan badan kita mula membakar kalori yang lebih banyak dari biasa.

Apabila kita masih kurang makan untuk mengalas perut kita, maka badan akan memberikan alamat untuk kita makan dengan lebih kerap. Oleh itu, pergilah makan lagi dan ambillah hanya makanan yang boleh kita makan iaitu protein kerana ketika berdiet SD2 tidak ada pantang untuk kurang makan.

Kalau kita kenyang maka metabolisma kita akan lebih meningkat dan kita boleh membakar lemak dengan lebih banyak lagi asalkan kita menjaga tahap kandungan karbohidrat didalam makanan yang kita ambil tidak melebihi 35 gm sehari.

Namun begitu, SELERA makan anda akan meningkat jika anda bukan didalam keadaan pembakaran lemak dibadan atau apa yang dikatakan lipolysis. Ini berlaku disebabkan anda telah memakan makanan yang menyebabkan kandungan gula didalam darah anda tidak stabil (atau berlebihan) yang menyebabkan selera makan anda bertambah serta peningkatan rasa ketagihan atau craving.

Periksalah apa yang anda makan sebelum itu dan pastikan makanan manakah yang mengandungi gula atau bijiran yang telah diproses yang telah anda makan. Untuk menghadapi masalah ini, pastikan anda tetap mengambil protien serta asid lemak yang cukup, dan jika anda masih merasa lapar maka pergilah makan lagi kerana ketika berdiet SD2 tidak ada pantang untuk kurang makan. Apabila anda sudah memasuki semula tahap pembakaran lemak atau lipolysis tersebut, maka rasa ketagihan atau pertambahan selera makan tersebut akan hilang.



Jika anda masih tidak berjaya, maka cubalah berhenti pengambilan jenis makanan yang telah anda makan sebelum merasa lapar atau bertambah selera makanan tersebut kepada jenis-jenis makanan yang lain sehinggalah anda dapat mengawal selera makanan anda.

Sehingga bertemu lagi di entri akan datang dengan tips-tips diet yang baru. Selamat berdiet. Anda yakin maka anda pun boleh.

nazri rubaee
Consultant NZ New Image Sdn Bhd
012-5712470

4 comments:

  1. Bro.. Jai ada masalah dengan berat badan.. Org lain masing2 nak diet.. Jai nak naikkan berat badan.. Weight Gain dah cuba tapi x membuahkan hasil, sama je.. Ada produk lain x?

    ReplyDelete
  2. dulu badan saya cam papan je. lepas minum weight gain alhamdulillah ok. tapi mengikut pengalaman saya, jai kene makan banyak karbohidrat dan kurangkan senaman. badan tak naik coz badan kita tak menyerap zat yang kita makan dan kadar metabolisme badan kita terlalu tinggi.

    ReplyDelete
  3. kalau selera makan sudah bertambah. itu sudah bagus... cum masalahnya kalau tidak terkawal selera makan itu..

    ReplyDelete

ShareThis

Related Posts with Thumbnails

GC Tea Penawar Kencing Manis Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign