Panduan menjaga alat sulit wanita | GC Tea Penawar Kencing Manis

HOTLINE 017-5710071

Panduan menjaga alat sulit wanita

31 March 2011,12:37 PM

Dalam kehidupan seseorang wanita, penjagaan alat sulit atau alat kelamin amat penting kerana ia berkait rapat dengan pengeluaran darah haid, hubungan seks dan kehamilan.

Bahagian ini sensitif pada perubahan persekitaran terutamanya keasidan dan kealkalian (pH) kemaluan wanita. Perubahan ini samada disebabkan jangkitan kuman, penggunaan sabun atau faktor fizikal, persekitaran ataupun kebersihan diri. Seseorang wanita mungkin tidak selesa, gatal, mengeluarkan keputihan yang tidak normal atau berbau, bengkak alat kelamin dan kesakitan.
Ada beberapa langkah yang boleh dijadikan panduan untuk menjaga alat kelamin atau reproduktif wanita.

Langkah-langkah penjagaan alat kelamin yang disyorkan:

  • Membersihkan bahagian luar kemaluan selepas buang air kecil atau air besar, seelok-eloknya menggunakan air.
  • Ketika haid, wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah keluar. Ini kerana darah adalah media yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang menggunakan tampon mereka perlu ingat untuk menukarnya.
  • Elak daripada sering mengamalkan douching iatitu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bakteria lactobacilli dari faraj disamping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.
  • Elakkan menyabun atau menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit atau gatal. Sesetengah wanita sensitif dan alah pada pewangi dalam buih sabun.
  • Pasangan suami isteri digalakkan membersih alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan seks untuk kebersihan yang optima.
  • Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing. Amalan ini berkesan untuk wanita yang sering mengalami jangkitan kuman pundi kencing (urinary tract infection).
  • Elakkan memakai pakaian dalam sentetik yang terlalu ketat kerana ia menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak.
  • Pakaian dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari mengalami keputihan, elok memakai panty liner supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.

8 comments:

  1. harap dapat manfaat kepada pembaca. ada juga yang masih tak tahu.

    ReplyDelete
  2. uiiks... payah juga kan.. hahhhaa

    psstt: mula2 masuk kat blog ini, ingatkan blog porn.. hahahah.. dan mata pun sikit2 nak tengok ka, sikit2 nak tengok kat atas... aderkk.. parah ni...

    hahhahaha

    ReplyDelete
  3. hehehe. saja je nak cergaskan pembaca

    ReplyDelete
  4. good info... me, i suggest the guy wash their kelamin and use tissue / towel (keringkan). if not, your underwear become so smelly.

    ReplyDelete
  5. Salam admin,

    Info yang menarik khususnya bagi kaum wanita dalam menjaga kesihatan alat sulit mereka.

    ReplyDelete
  6. myhotelvoucher: lebih selesa jika dikeringkan. ada juga yang ambil ringan benda ni.

    pakarbuahpinggang: terima kasih tuan

    ReplyDelete
  7. It is perfect time to makе sοme plаns
    for the futuге and it is time to be happy.
    I've read this post and if I could I desire to suggest you few interesting things or suggestions. Maybe you can write next articles referring to this article. I desire to read even more things about it!
    Look at my weblog instant cash

    ReplyDelete

ShareThis

Related Posts with Thumbnails

GC Tea Penawar Kencing Manis Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign