Cara mengawal kencing manis | GC Tea Penawar Kencing Manis

HOTLINE 017-5710071

Cara mengawal kencing manis

31 May 2015,5:40 PM


Cara mengawal kencing manis


Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis dan mengawal tahap gula dalam darah. Pesakit kencing manis dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan dan mengawal kencing manis dengan melakukan beberapa perkara seperti di bawah.
  • Pemakanan
Pemakanan berkarbohidrat dan gula seharusnya dikurangkan supaya pengambilan kadar kalori pada sesehari itu terkawal. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan untuk cara diet yang terkawal.

  • Senaman
Senaman penting untuk membantu mengurangkan berat badan dan juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (kardiorespiratori). Senaman perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor.

  • Penjagaan berat badan
Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan akan mendapati tahap gula dalam badan sukar dikawal. Terdapat pesakit yang boleh menghentikan ubat kencing manis apabila berat badan dapat dikawal.

  • Pemeriksaan diri sendiri
Pesakit kencing manis dinasihatkan membuat pemeriksaan sendiri terutamanya pada jari dan kaki yang kebas untuk tanda luka atau jangkitan kerana deria rasa sakit berkurangan. Ini membolehkan rawatan awal agar jangkitan tidak merebak.

Pemeriksaan Doktor dan Ubat

Pemeriksaan oleh doktor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti dilakukan secara berterusan. Ini membolehkan penghidap kencing manis memastikan bahawa tahap gula dalam darah adalah terkawal. 

Dianggarkan bagi setiap 1 peratus pengurangan kadar ujian darah A1 C, mampu menurunkan masalah berkaitan kencing manis sebanyak 40 peratus. Penjagaan anggota kaki dan tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan oleh komplikasi jangkitan sebanyak 45 hingga 85 peratus.


Di pasaran terdapat bermacam-macam jenis produk kencing manis yang boleh diperolehi dengan mudah. Namun tahap keserasian produk dengan setiap orang adalah berbeza. Tahap keberkesanannya juga mungkin berbeza. Diantara produk yang mendapat kepercayaan ramai ialah Glucos Cut Tea. Ia terbukti mampu menurunkan kandungan gula dalam darah. Banyak testimoni Glucos Cut telah dikumpulkan daripada pengguna yang telah merasai keberkesanannya.


Nas Health & Wellness
Founder
Power Rich Group
010-2364166 atau 017-5710071

2 comments:

  1. pemakanan hari ini sangat membimbangkan apatah lagi dengan fast food yang banyak

    ReplyDelete
  2. Setuju tu puan. Malaysia mewah dengan makanan termasuk fast food.

    ReplyDelete

ShareThis

Related Posts with Thumbnails

GC Tea Penawar Kencing Manis Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign