Risiko berat badan berlebihan
Bagaimana anda tahu anda mempunyai berlebihan berat badan ?
Indeks
Jisim Tubuh (BMI) ialah salah satu cara untuk mengira jumlah lemak dalam badan
anda secara kasar. Cara pengiraan :
Indeks Jisim Tubuh (BMI)
|
Berat badan (kilogram)
(Tinggi (meter) x Tinggi (meter) |
Bagaimana berlebihan berat badan atau kegemukan/obesiti boleh
berlaku kepada anda?
Berat
badan anda bertambah apabila anda makan banyak, lebih daripada apa yang boleh
dibakar oleh badan anda. Kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak.
Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti akibat daripada pengambilan kalori
yang berlebihan tidak akan berlaku dalam beberapa hari atau minggu. Selalunya
ia akan terkumpul dan tersimpan selama beberapa bulan dan tahun.
· Sejarah keluarga anda.
· Masalah perubatan.
· Faktor psikologikal termasuk tekanan perasaan, kebimbangan dan
kebosanan.
· Pengaruh budaya sosial dan sekeliling (tabiat makan anda).
· Faktor persekitaran yang menyumbang kepada cara hidup yang tidak
aktif.
Bagaimana anda boleh mengesan masalah ini?
· Anda, kawan dan keluarga mungkin telah menyedari isu berat badan
ini.
· Dapat dikesan apabila anda membuat pemeriksaan kesihatan ataupun
saringan kesihatan.
· Apabila anda mendapatkan rawatan di klinik bagi masalah
perubatan yang lain.
· Kebiasaannya anda kelihatan lebih besar dan lebih berat daripada
rakan sebaya.
· Diagnosa anda disahkan melalui kriteria BMI-untuk-umur Sila
rujuk jadual BMI berat badan atau kegemukan bagi umur 9-18 tahun mengikut
jantina.
Punca berlakunya berat badan berlebihan dan kegemukan/obesiti
pada anda :
· Tabiat makan yang tidak sihat seperti makan berlebihan atau
makan makanan yang mengandungi minyak dan karbohidrat yang tinggi
· Aktiviti fizikal yang rendah atau tidak bersenam.
Apakah komplikasi masalah ini?
Berlebihan
berat badan dan kegemukan/obesiti di kalangan remaja dikaitkan dengan :
· Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan
paras kolesterol yang tinggi.
· Penyakit Kencing Manis/Diabetes.
· Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri.
· Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur.
· Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan
tulang pinggul.
· Bertambah gemuk apabila umur meningkat.
Di pasaran terdapat bermacam-macam jenis produk kencing manis yang boleh diperolehi dengan mudah. Namun tahap keserasian produk dengan setiap orang adalah berbeza. Tahap keberkesanannya juga mungkin berbeza. Diantara produk yang mendapat kepercayaan ramai ialah Glucos Cut Tea. Ia terbukti mampu menurunkan kandungan gula dalam darah. Banyak testimoni Glucos Cut telah dikumpulkan daripada pengguna yang telah merasai keberkesanannya.
Nas Health & Wellness
Founder
Power Rich Group
Power Rich Group
010-2364166 atau 017-5710071
sebelum kena pelbagai penyakit baik kita berubah cara hidup
ReplyDeleteOrang kata mencegah lebih baik dari merawat. Cegah sebelum terlambat.
ReplyDelete