Kesan akibat kencing manis | GC Tea Penawar Kencing Manis

HOTLINE 017-5710071

Kesan akibat kencing manis

07 May 2015,5:24 PM


Kesan akibat kencing manis


Kesan jangka masa panjang bagi diabetes mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk berkembang sekiranya paras gula dalam badan tidak terkawal sepanjang tempoh ini. Namun begitu, ada juga pesakit kencing manis (diabetic patient) yang didapati mempunyai kesan jangka masa panjang saat pertama kali dia dikesan mempunyai kencing manis (diabetes). Mengapakah ini berlaku?

Ini berlaku kerana, pesakit tersebut tiada tanda-tanda diabetes dan tidak pernah berjumpa dengan doktor untuk membuat saringan diabetes. Atau mungkin dia sudah lama mempunyai tanda-tanda kencing manis (symptoms of diabetes), namun dia tidak mengendahkannya dan tidak berjumpa dengan mana-mana doktor kerana tanda-tanda tersebut dianggap biasa. Keadaan ini boleh berlanjutan sehingga beberapa bulan dan tahun. 
Pesakit seperti ini biasanya akan berjumpa doktor jika keadaannya begitu tenat, iaitu bila telah mempunyai kesan-kesan jangka masa panjang kencing manis (diabetes). Mereka bukan sahaja mempunyai kencing manis (diabetes), malahan mungkin telah ada penyakit-penyakit yang lain. Penyakit-penyakit ini merupakan kesan-kesan diabetes yang tidak dikawal dengan baik.

Perkara ini adalah biasa didapati di negara kita. Kebanyakan pesakit yang mempunyai tanda-tanda kencing manis (diabetes) takut untuk tampil berjumpa doktor pada permulaan tanda-tanda kencing manis (diabetes) itu dikesan. Sebenarnya, jika penyakit kencing manis (diabetes) itu dapat dikesan awal, langkah pengawalan paras gula dapat dilakukan segera. Ini akan membantu mencegah komplikasi kencing manis.

Paras gula dalam darah yang tidak terkawal untuk jangka masa yang panjang, boleh mengakibatkan kesan-kesan (komplikasi) akibat kencing manis (diabetes). Komplikasi ini terbahagi kepada dua iaitu kesan kepada salur darah yang besar (macrovascular) dan kesan kepada salur darah yang kecil (microvascular).

Kesan kepada salur darah yang besar (macrovascular complication) :
  • Serangan jantung.
  • Halangan kepada laluan pembuluh salur darah (arteri) di kaki.
  • Lumpuh (stroke) – samada sepenuhnya (tidak boleh berjalan, bercakap atau makan) atau lumpuh separuh badan.

Kesan kepada salur darah yang kecil (microvascular complication) :

  • Kegagalan fungsi buah pinggang. Jika kegagalan kedua-dua fungsi buah pinggang adalah sepenuhnya, pesakit tersebut memerlukan dialysis.
  • Mata yang kabur dan buta. Tiada jalan untuk sembuh daripada buta disebabkan oleh kencing manis (diabetes).
  • Saraf yang kurang rangsangan (terutamanya di bahagian hujung tangan dan kaki). Pesakit biasa akan merasa kebas pada hujung kaki dan tangan. Dia juga mungkin kurang deria rasa (sakit/ panas) pada kaki dan tangan. Oleh itu, mereka kadangkala tidak perasan dan tidak sedar jika terpijak benda tajam atau berdiri di atas permukaan yang terlalu panas. Ini akan menyebabkan mereka mendapat luka yang tidak disedari di tapak kaki.
  • Boleh juga mengakibatkan mati pucuk.
  
Kesan-kesan lain:

  • Jangkitan kulat pada kulit. Biasanya terjadi kepada mereka yang mempunyai resistant terhadap insulin dan orang yang obese.
  • Mudah mendapatkan apa jua jenis jangkitan termasuk jangkitan paru-paru.
  • Jangkitan dan ulcer pada kaki. Disebabkan saraf yang kurang rangsangan, mereka mudah mendapat luka di kaki. Jika paras gula sentiasa tinggi di dalam darah, luka sudah pasti sukar untuk sembuh. Luka yang tidak sembuh disertai dengan jangkitan dan paras gula yang tinggi, menyebabkan jangkitan mudah untuk merebak. Apabila jangkitan merebak ke tulang di bahagian kaki, ini akan menyebabkan kaki dipotong untuk mengelakkan jangkitan daripada merebak ke bahagian lain dalam badan.

Jika kita lihat kesan-kesan ini semua adalah sangat teruk. Mata buta, lumpuh, kaki dipotong dan buah pinggang gagal berfungsi sehingga menyebabkan dialysis adalah perkara yang kita sama sekali tidak mahu terjadi kepada diri sendiri mahupun ahli keluarga yang lain. Oleh itu, bermula daripada sekarang, pilihlah untuk mencegah diabetes. Jika anda sudah pun mempunyai diabetes, pilihlah untuk mengawalnya dengan bijak. Buat pilihan yang bijak, pilih untuk sihat tanpa perlu ada komplikasi diabetes.

Di pasaran terdapat bermacam-macam jenis produk kencing manis yang boleh diperolehi dengan mudah. Namun tahap keserasian produk dengan setiap orang adalah berbeza. Tahap keberkesanannya juga mungkin berbeza. Diantara produk yang mendapat kepercayaan ramai ialah Glucos Cut Tea. Ia terbukti mampu menurunkan kandungan gula dalam darah. Banyak testimoni Glucos Cut telah dikumpulkan daripada pengguna yang telah merasai keberkesanannya.



Nas Health & Wellness
Founder
Power Rich Group
010-2364166 atau 017-5710071

ShareThis

Related Posts with Thumbnails

GC Tea Penawar Kencing Manis Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign