Cara mengurus dan menangani stress | GC Tea Penawar Kencing Manis

HOTLINE 017-5710071

Cara mengurus dan menangani stress

26 June 2011,8:21 PM

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan cara hidup yang semakin mencabar menyebabkan ramai orang mengalami tekanan. Setiap orang pasti pernah mengalami stress. Tidak kira samada stress itu kecil atau besar, apa yang penting ialah bagaimana cara anda mengurus dan menangani stress tersebut. Cara mengurus dan menangani stress yang betul dapat menyelamatkan anda dari terus tertekan. jom kita baca kandungan seterusnya.



Apa itu stress atau tekanan ?

Tindak balas seseorang terhadap sesuatu masalah yang di hadapi dalam kehidupan.

Apakah antara punca-punca Stress atau Tekanan ?

Sifat peribadi


1. Mementingkan kesempurnaan & terlalu cerewet.
2. Bercita-cita tinggi.
3. Bersikap buruk sangka, mengumpat, bergaduh dan mengadu domba.
4. Pemarah dan terlalu tegas.
5. Pendiam dan sering memendam perasaan.
6. Kekecewaan dan kegagalan.
7. kesunyian dan kehilangan.


Keluarga


1. Karenah pasangan,ibubapa dan anak-anak.

2. Campur tangan orang ketiga.
3. Kurang berkomunikasi.
4. Masalah kewangan.

Tempat Kerja

1. Tugas yang berat.
2. Ketua yang cerewet.
3. Masalah orang bawahan.
4. Membuat keputusan.
5. Huraian tugas yang kabur.
6. Masalah rakan sekerja.
7. Persekitaran tempat kerja.

Bahan Kimia

1. Pengambilan ubat-ubatan.
2. Dadah.
3. Alkohol.

Apakah Kesan-Kesan Strees atau Tekanan ?

Masalah kesihatan

Sakit kepala,
Sakit belakang,
Penyakit kulit,
Darah tinggi,
Sembelit.

Konflik Diri
 
Putus asa,pesimis,sedih
Membenci orang lain,kecewa
Merasa diri dibenci, cepat letih,
Buruk sangka, dan
Tidak berdaya membuat keputusan.

Memperbaiki Kelemahan
 
Melahirkan daya kreatif.
Meningkatkan keyakinan diri, dapat muhasabah diri.
Meningkatkan prestasi.
Mematangkan fikiran, dan
lebih bertanggungjawab dan membaiki kelemahan.

Cara mengurus dan menangani stress

1. Kenal pasti masalah yang menyebabkan anda stress.
2. Kenalpasti dan ambil langkah mengatasi stress.
3. Tidak putus asa dengan usaha yg dilakukan.
4. Jangan menyalahkan org lain ini akan meningkatkan stress.
5. Meluahkan perasaan kepada kaunselor atau org yang dipercayai.
6. Memupuk, mendisplinkan diri- bersikap jujur pada diri sendiri dan mengakui kesilapan dan kelemahan diri.
7. Menjauhi dari orang yang boleh mnyebabkan anda stress.
8. Berkawan dengan orang yang berfikiran positif.
9. Berpegang kepada landasan " bukan semua matlamat berhasil dengan sempurna".
10. Bersikap optimis - berfikiran positif dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.
11. Jaga kesihatan mental dan fizikal anda.
12. Rancang cuti anda agar dapat merehatkan diri.
13. Amalkan cara hidup sihat - jaga diet anda.
14. Berpegang teguh pada ajaran agama, ia akan memberi ketenangan dan kedamaian.

Lagi cara mengurus dan menangani stress

1. Rehatkan diri anda mengikut keselesaan anda.
2. Mendengar muzik atau beriadah.
3. Gunakan teknik aromatherapy - wangian.
4. Lakukan senaman dan urutan pada leher serta bahu.
5. Luahkan perasaan kepada seseorang yang memahami anda.
6. Maafkan kesalahan orang yang menyebabkan anda stress.
7. Pastikan anda sentiasa senyum dan ceria.
8. Genggam jari jemari anda dengan kuat dan buka genggaman serentak dengan menghembus nafas.
9. Kunjungi tempat-tempat yang menarik.
10. Perbanyakkan minum air kosong.
11. Makan makanan yang mengandungi vitamain c.
12. Menangis untuk menstabilkan emosi.
13. Perbanyakkan aktiviti keagamaan.


Nazri Rubaee
H/p               : 0125712470    
Email           : nasfa47@gmail.com
Facebook   : Slim Diet
Twitter         : nasalphalipid

6 comments:

  1. kalau stress, slalu je makan2 benda xbkhasiat. cokelatla, jajan la. ;) salah btl.

    ReplyDelete
  2. hehehe. thank coz sudi singgah sini

    ReplyDelete
  3. People generally have this notion that loosing weight through just diet pill will be easy, but that's not so. Diet pill works well if a person consumes low-fat diet and has a habit of working out regularly. Simply popping diet pill and waiting for miracle to happen within weeks or months will only give you pain. Loosing weight is slow process that requires time and commitment, but then you really feel proud about yourself when you see yourself in the mirror and say, "Is this me."

    ReplyDelete
  4. Di zaman yang seba moden dan mencabar ni,rupa-rupanya stress juga telah menyumbang peratusan yang besar kepada seseorang untuk meningkatkan risiko mendapat penyakit kronik.

    Bagi saya satu lagi jalan yang terbaik menangani stress ialah melalui pendekatan agama.Dengan mengamalkan agama dalam hidup akan meningkatkan iman dan dengan iman akan menjadikan seseorang itu sentiasa dapat bersabar dalam menempuh segala ujian dalam hidup.

    ReplyDelete
  5. InfoBuahPinggang: Betul tu bro. saya sokong pendapat anda, itu adalah jalan yang terbaik sekali

    ReplyDelete

ShareThis

Related Posts with Thumbnails

GC Tea Penawar Kencing Manis Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign