KUALA LUMPUR 3 Jun – Empat produk makanan keluaran Taiwan yang dianalisis disahkan tidak dicemari bahan kimia di(-2-ethylhexyl) Phthalate (DEHP).
Empat produk tersebut ialah Cranberry Juice Cocktail dan Cranberry Refreshers jenama Ocean Spray, Mango Flavour Coconut Jelly jenama e.Ben dan Fruitgurt Yogurt Style jenama New Choice.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan hari ini berkata, orang ramai tidak perlu khuatir akan keselamatan makanan yang diimport dari Taiwan memandangkan kawalan telah dikenakan ke atas makanan dari negara tersebut.
"Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa menjalankan pemantauan ke atas produk makanan keluaran Taiwan yang diimport ke Malaysia,” katanya.
Tiong Lai dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata, produk makanan dan minuman dari Taiwan yang dicemari DEHP dan di-isononyl phthalate (DINP) dilarang masuk ke negara ini. – Bernama
Nazri Rubaee
H/p : 012-5712470 begin_of_the_skype_highlighting 012-5712470 end_of_the_skype_highlighting
email : nasfa47@gmail.com
Facebook: Slim Diet
Twitter : nasalphalipid
Nazri Rubaee
H/p : 012-5712470 begin_of_the_skype_highlighting 012-5712470 end_of_the_skype_highlighting
email : nasfa47@gmail.com
Facebook: Slim Diet
Twitter : nasalphalipid
Salam admin,
ReplyDeleteKita sangat-sangat berharap agar kerajaan melalui kementerian kesihatan benar-benar mengambil berat akan kesihatan rakyatnya
Janganlah hanya mengeluarkan berita yang hanya untuk menyedapkan hati dan perasaan rakyat.
pemeriksaan terperinci perlu untuk mengelakkan ada produk yang terlepas pandang
ReplyDelete