Wabak E.coli kini di 12 negara | GC Tea Penawar Kencing Manis

HOTLINE 017-5710071

Wabak E.coli kini di 12 negara

04 June 2011,4:01 PM

Bakteria mampu berjangkit antara manusia dianggap paling berbahaya

GENEVA: Wabak E.coli kini dikesan di 12 negara dan semakin berbahaya kerana boleh berjangkit antara manusia. 

Pendedahan itu dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selepas bakteria itu dikesan di Amerika Syarikat, Republik Czech, Perancis, Jerman, Austria, Denmark, Belanda, Sepanyol, Sweden, Norway, Switzerland dan Britain. 
 
Lebih 1,700 kes jangkitan dilaporkan di seluruh dunia sejak kes pertama dilaporkan di Jerman dengan 18 maut setakat ini.



WHO menyatakan, bakteria penyebar wabak itu adalah baru dan lebih mudah berjangkit selain tahan antibiotik dan mempunyai tempoh inkubasi selama lapan hari yang bermakna jangkitan belum sampai kemuncaknya.

sila lihat sini juga: buat duit dengan churp churp

Pakar masih tidak pasti sumber jangkitan meskipun menolak teori awal bahawa ia daripada timun Sepanyol. Kebimbangan meningkat hingga Russia mengharamkan import semua sayur-sayuran Eropah.

sila lihat sini juga: are you the cutest thing? well prove it here

Sementara itu, saintis yang menyiasat jangkitan mendapati bakteria itu membawa toksin biasa yang beracun dan boleh melekat pada usus pesakit. 
 
Mereka mengakui E.coli jenis terbaru ini paling beracun terhadap manusia. Kebanyakan Escherichia coli, atau bakteria E.coli, tidak berbahaya.

Bakteria yang menyebabkan penduduk Eropah jatuh sakit dikenali sebagai 0104:H4, yang menghasilkan toksin Shiga atau STEC.

Antara petanda jangkitan ialah cirit birit dan muntah. Dalam kes memudaratkan, ia menyebabkan sindrom uremik hemolitik (HUS) iaitu serangan terhadap buah pinggang hingga menyebabkan koma, sawan dan angin ahmar.

“Jerman kini melaporkan 470 kes HUS. Ini amat luar biasa,” kata Dr Robert Tauxe, pakar penyakit bawaan makanan di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC).

CDC bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan Jerman dalam kes itu sejak lewat minggu lalu. – Reuters/Agensi.
Sumber: www.bharian.com.my 

Nazri Rubaee
H/p           :  012-5712470 begin_of_the_skype_highlighting            012-5712470      end_of_the_skype_highlighting      
email        : nasfa47@gmail.com
Facebook: Slim Diet
Twitter      : nasalphalipid

3 comments:

  1. Admin, sekarang ni dah terlalu banyak penyakit-penyakit merbahaya yang disebabkan oleh bakteria-bakteria yang berjangkit.

    ReplyDelete
  2. wabak semakin merebak dinegara-negara eropah...

    ReplyDelete
  3. semakin hari semakin banyak penyakit yang timbul. risau juga dibuatnya

    ReplyDelete

ShareThis

Related Posts with Thumbnails

GC Tea Penawar Kencing Manis Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign