Teknik Jualan Berpengaruh | GC Tea Penawar Kencing Manis

HOTLINE 017-5710071

Teknik Jualan Berpengaruh

16 June 2011,9:12 AM

Assalamualaikum dan slaam sejahtera.

Maaf kerana sudah beberapa hari tidak update blog ini kerana sibuk dengan urusan peribadi yang tak dapat dielakkan. Untuk entri kali ini syaa ingin kongsikan kepada anda Teknik Jualan Berpengaruh.

Semasa membuat tawaran produk, pastikan ia ringkas dan padat. Nyatakan maksud kita secara terus. David Dnyder menulis bahawa maklumat yang terlalu banyak hanya menyakitkan hati.

Selain itu, wujudkan persekitaran yang sesuai sebelum kita mula menjual produk. Persekitaran, masa dan suasana menjual yang salah dapat menjejaskan selera pembeli.

Di samping itu, bina perasaan empunya pada diri pembeli terhadap produk yang ditawarkan. Lihat bagaimana seluruh rakyat Malaysia yang teruja hendak membeli kereta nasional, setiap kali model baru dikeluarkan. Malah mereka merasai bahawa kereta itu kepunyaan mereka walaupun bayaran pendahuluan belum dikeluarkan.

Sebagai tambahan, semasa membuat tawaran elakkan daripada meminta pembeli mendapatkan produk kita semata-mata. Malah, nyatakan langkah-langkah yang patut diambil selepas produk dibeli. Namun harus diingat bahawa kita bukan sekadar bersembang semata-mata, kita sebenarnya sedang menjual.

Cuba kita perhatikan bagaimana berpengaruhnya gaya jualan penjual ubat di kaki-kaki lima atau pasar malam. Dari mula hingga akhir penjual ubat berkenaan langsung tidak meminta kita membeli produknya. Perkara yang diulang berkali-kali adalah langkah-langkah yang perlu diambil untuk membuat jualan. Anda perasan atau tidak apabila selesai proses penerangan ramai yang akan bertanya tentang produk dan harganya.

Disamping itu, wujud satu teori psikologi yang dipanggil lengkuk kelupaan (The Curve of Forgetting).Teori ini dikeluarkan oleh saintis Jerman bernama Ebbinghaus pada 1885. Beliau menyatakan bahawa secara mudahnya kita hanya mengingati perkara pertama dan perkara terakhir daripada siri perkara yang didengari. Jualan berpengaruh mengaplikasikan teknik ini. Nyatakan satu kelebihan utama produk pada permulaan dan penghujung sesi jualan. Gunakan konsep ciri dan kebihan (F&B) supaya proses jualan mempunyai lebih impak.

Disamping itu juga, teori juga menyebut bahawa 80 peratus daripada apa-apa yang kita pelajari dan fahami diproses secara visual. Untuk membuat jualan berpengaruh, pastikan air liur tidak dibazirkan dengan bercakap semata-mata. Gunakan juga gambar, rajah atau imej sebenar produk. Tunjukkan gambar produk jika kita tidak membawa bersama-sama produk sebenar. Saluran secara visual ini juga memberikan 25 kali ganda lebih pantas kesannya pada otak mereka yang perlu dipengaruhi berbanding saluran pendengaran sahaja. 

Taktik terakhir adalah cetuskan permainan emosi dengan pelanggan. Ajak pelanggan berfikir bagaimana gembiranya perasaan mereka apabila selesai menggunakan produk. Sebagai contoh, produk kecantikan bagi melangsingkan badan sangat berjaya menggugat emosi pelanggan. Semua wanita ingin kelihatan cantik dan berbadan langsing. Emosi mereka yang diragut oleh iklan-iklan sebegini menghantar satu mesej penting ke otak iaitu: "Apa lagi yang perlu difikirkan? Beli sahaja produk Slim diet 2 ini!"

Artikel dipetik dari buku "Ilmu Pengaruh Bukan Jampi Tetapi Seni" tulisan Syahrul Nizam Junaini. Untuk makluman, artikel ini telah diedit mengikut kesesuaian. Buku ini memang sesuai dimiliki oleh individu yang terlibat dengan aktiviti jualan atau individu yang ingin menjadi pemimpin. Saya telah memilikinya dan sangat berpuas hati dengan kandungan buku ini. Harganya juga tidak mahal, cuma RM21.90 sahaja.

Nazri Rubaee
H/p               : 012-5712470      
Email           : nasfa47@gmail.com
Facebook   : Slim Diet
Twitter         : nasalphalipid

4 comments:

  1. Salam bro,

    Boleh tak teknik jualan berpengaruh ni diaplikasikan bersama dengan teknik pemasaran melalui emel.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana memanfaatkan buku Ilmu Pengaruh.

    ReplyDelete
  3. syahrulnizam: salam tuan, terima kasih coz sudi singgah sini.

    ReplyDelete
  4. pakarbuahpinggang: maaf bro. saya belum ada pengalaman lagi menggunakan teknik pemasaran melalui e mail.

    ReplyDelete

ShareThis

Related Posts with Thumbnails

GC Tea Penawar Kencing Manis Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign