Kebaikan CoQ10 kepada jantung | GC Tea Penawar Kencing Manis

HOTLINE 017-5710071

Kebaikan CoQ10 kepada jantung

21 July 2011,12:38 PM

Tahukah anda bahawa CoQ10 amat baik untuk kesihatan jantung anda? Berikut saya kongsikan artikel yang dipetik dari Utusan Malaysia.

Soalan: Sejak beberapa tahun lalu, saya perlu mengambil ubat anti-kolesterol setiap hari demi mengawal peningkatan kolesterol. Paras gula darah saya juga telah meningkat daripada bacaan ideal. Saya membeli suplemen koenzim Q10 atas saranan ahli farmasi apabila saya menceritakan tentang masalah keletihan yang saya alami di kebanyakan waktu di sepanjang hari. Apakah kepentingan CoQ10 kepada masalah saya?


Jawapan: Menjaga kesihatan jantung sangat penting demi kualiti kehidupan yang lebih baik kerana peranannya yang sangat penting. Secara puratanya jantung orang dewasa berdenyut sekitar 100,000 kali sehari. Dengan itu, jantung kita layak mendapat perhatian dan penjagaan yang baik. 


Dalam usaha menjaga kesihatan jantung, pendekatan yang lebih menyeluruh perlu. Ini termasuklah mengamalkan gaya hidup sihat, makan secara seimbang, senaman secara tetap, mengelakkan alkohol dan rokok serta menangani stres dengan baik. Selain itu, pengambilan nutrien sihat untuk jantung boleh juga membantu mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung seperti aterosklerosis, strok dan serangan jantung. Membuat pemeriksaan secara berkala dan nasihat daripada doktor penting dalam memelihara kesihatan. 


Sememangnya pengambilan koenzim Q10 memberi manfaat kesihatan kepada kesihatan jantung, terutamanya apabila kita mula mengalami masalah jantung atau masalah berkaitan. Koenzim Q10 (Co Q10) merupakan nutrien yang bersifat larut lemak dan hadir dalam kebanyakan sel-sel. Co Q10 penting kepada kesihatan kardiovaskular memandangkan jantung mengandungi konsentrasi Co Q10 yang paling tinggi. Peranannya dalam aktiviti mitokondria adalah penting untuk membolehkan otot-otot jantung berfungsi secara normal. 


Kajian ada menunjukkan bahawa pengambilan ubatan seperti statin untuk mengawal peningkatan kolesterol akan mengurangkan paras koenzim Q10 dalam tubuh. Kesan akibat kekurangan Co Q10 akan menyebabkan keletihan dan kelesuan otot. Apabila Co Q10 berkurangan, jantung juga boleh menjadi lemah dan ia boleh menjurus kepada kegagalan jantung kongestif. 


Kegagalan jantung dikenal pasti dengan kekurangan tenaga yang dikaitkan dengan paras koenzim Q10 yang rendah. Para penyelidik mendapati masalah kegagalan jantung kongestif mempunyai kaitan yang kuat dengan kandungan koenzim Q10 yang rendah. Dengan itu, pengambilan Co Q10 boleh membantu mengekalkan parasnya dalam tubuh, khususnya jantung. 


Selain itu, hasil penyelidikan juga mendapati penggunaan CoQ10 sebagai remedi tambahan bagi kegagalan jantung kongestif mengurangkan tahap simptom pesakit secara signifikan. Di Jepun, CoQ10 adalah rawatan yang diluluskan untuk kegagalan jantung kongestif. CoQ10 juga memberi kesan yang memberangsangkan dengan meningkatkan toleransi senaman di kalangan pesakit dengan angina yang stabil, di mana ia mungkin disebabkan oleh penghasilan tenaga dipertingkatkan atau pengurangan penghasilan radikal bebas. CoQ10 juga dapat memulihkan tekanan darah pada pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi.


Pengambilan koenzim Q10 secara konsisten memberi manfaat kepada kesihatan jantung melalui beberapa cara. Koenzim Q10 telah dikenali ramai kerana tindakan antioksidanya. Kandungan antioksida inilah juga yang menyumbang kepada pencegahan pengoksidaan lipid. Koenzim didapati berkesan ke arah pencegahan pengoksidaan kolesterol LDL, iaitu langkah pencegahan penting sebelum terjadinya aterosklerosis. 

Sumber: Utusan Online

nazri rubaee
h/p           : 012-5712470
email       : nasfa47@gmail.com
facebook: slim diet
twitter      : nasalphalipid

2 comments:

ShareThis

Related Posts with Thumbnails

GC Tea Penawar Kencing Manis Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign