Adakah onani punca gemuk? Ingin tahu info mengenai ini? Apa kata anda baca maklumat lanjut tentang artikel yang saya petik dari Utusan Malaysia ini.
Soalan:
SAYA suri rumah berumur 31 tahun dan mempunyai seorang
anak. Baru-baru ini saya terbaca dalam sebuah akhbar, berkaitan gejala
onani di kalangan wanita, benarkah wanita yang beronani akan cepat obes?
Jawapan:
Terima kasih. Soalan yang diutarakan oleh Puan amat menarik sekali.
Sangkaan Puan berkaitan onani menyebabkan cepat obes adalah tidak tepat.
Onani atau juga dikenali sebagai masturbasi (melancap), adalah
rangsangan seksual yang sengaja dilakukan pada organ kelamin untuk
memperoleh kenikmatan dan kepuasan seksual. Rangsangan ini dapat
dilakukan tanpa alat bantu ataupun menggunakan sesuatu objek atau alat,
atau kombinasinya. Cara-caranya adalah dengan menyentuh, menggosok dan
meraba bahagian tubuh sendiri yang peka sehingga menimbulkan rasa
menyenangkan untuk mendapat kepuasan seksual (orgasma) baik tanpa
menggunakan alat mahupun menggunakan alat.
Onani di kalangan wanita amat jarang diperbincangkan. Adalah menjadi
satu ‘tabu’ untuk membincangkan aktiviti ini yang juga wujud di kalangan
wanita. Begitu juga, wanita yang tidak mampu menahan desakan batin maka
‘tidak mengapa’ mereka beronani dengan mengunakan tangan atau apa
alatan yang tidak merbahaya asalkan dibuat setelah terdesak bukan dengan
sengaja atau berniat mencari keseronokan. Agama Islam juga mengharamkan
seseorang wanita berkhayal kotor dan menonton filem porno.
Sesungguhnya
kelonggaran dibolehkan onani ini hanya apabila ia terdesak dan demi
mencegah zina. Secara kesimpulan, dibolehkan barang siapa yang terdesak
dan perlu menurunkan tekanan syahwatnya untuk beronani dan ini dibuat
dengan turut berusaha mempertingkatkan usahanya untuk membolehkannya
bernikah demi mencapai perintah Allah. Onani tidak akan menyebabkan tumbesaran terjejas dari segi ketinggian
atau fizikal. Ini adalah salah anggap atau mitos-mitos yang tidak tepat
yang sering dikaitkan dengan onani.