Buku The magic of thinking big ini dikarang oleh David J. Schwartz,
Ph.D dan diterjemahkan kedalam Bahasa Malaysia oleh
syarikat penerbitan PTS pada tahun 2010. Buku ini telah terjual lebih 4
juta naskhah di Amerika dan ramai yang telah memanfaatkan ilmu yang ada
di dalam buku ini untuk mengatasi masalah mereka terutamanya rasa
rendah diri.
Apakah yang hebat mengenai buku ini? mengapa kita perlu tahu mengenai berfikir besar dan berjiwa besar? Setiap bab dalam buku ini mengandungi
idea-idea praktikal, teknik dan prinsip yang membolehkan kita memanfaatkan kuasa berfikir besar. Dengan demikian, kita berupaya meraih kejayaan, kebahagiaan dan kepuasan hidup yang kita idam-idamkan. Setiap teknik disertakan dengan contoh berdasarkan kajian kes sebenar. Kita bukan hanya akan dibekalkan maklumat tentang perkara yang perlu dilakukan sahaja, malah cara mengaplikasikan setiap prinsip dalam pelbagai jenis situasi dan masalah.
Saya dah baca buku ini dan ternyata idea-idea yang terdapat di dalam buku ini amat membantu saya dalam kehidupan seharian. Harganya ialah RM30 dan amat berbaloi dengan ilmu yang kita perolehi dari buku ini. Terdapat 13 bab di dalam buku ini iaitu:
1. Kita yakin kita berjaya
2. Pulihkan diri kita daripada penyakit alasan
3. Bina keyakinan, hapuskan rasa takut
4. Cara berfikir dan berjiwa besar
5. Kaedah berfikir dan bercita-cita secara kreatif
6, Kita adalh produk pemikiran kita sendiri
7. Urus persekitaran kita : Dapatkan persekitaran kelas pertama
8. Jadikan sikap sebagai sekutu kita
9. Fikirkan mengenai orang lain dengan cara yang betul
10. Terapkan tabiat bertindak dalam diri
11. Cara mengubah kegagalan menjadi kejayaan
12. Gunakan matlamat bagi membangunkan diri
13. Berfikir seperti pemimpin
Untuk entri yang akan datang saya akan kongsikan idea-idea di dalam buku ini untuk bacaan anda yang berminat.
kalau tak silap saya buku ni di ulang cetak dan di tulis semula dalam banyak versi.. saya ada yang versi english.. tapi topik yang dibincangkan nampak ada sedikit perbezaan
ReplyDeleteoh ye ke. saya beli versi bahasa melayu. beli tahun lepas
ReplyDelete30 ringgt jer rupanya... buku berbentuk motivasi memang aku suka... mengajak kita supaya berfikir seperti biasa.. out of box
ReplyDeletememang berbaloi sangat dengan ilmu yang kita perolehi.
ReplyDelete