Penyakit Sifilis | GC Tea Penawar Kencing Manis

HOTLINE 017-5710071

Penyakit Sifilis

12 July 2011,2:10 PM

Sifilis adalah salah satu jenis penyakit kelamin yang amat berbahaya. Jika ia tidak dirawat pada kadar yang segera setelah mendapat simptom-simptom awal, ia boleh melarat dan boleh membawa kepada komplikasi-komplikasi yang boleh merosakkan organ tubuh anda yang lain.

Sebelum kita pergi lebih jauh dalam perbincangan mengenai penyakit sifilis ini, mari saya kongsikan serba-sedikit pengenalan dan info-info asas mengenai penyakit sifilis ini.


Sifilis ialah Penyakit Kelamin Berjangkit (STD – Sexual Transmitted Disease) yang berpunca daripada bakteria yang bernama spirochete. Cara ia disebarkan ialah tidak lain dan tidak bukan melalui hubungan seks rambang, walaupun ada sesetengah kes ianya boleh juga disebarkan melalui pemindahan ibu yang sedang hamil kepada bayi dalam kandungannya.

Penyakit sifilis boleh dirawat dengan antibiotik dan pencilin. Jika penyakit ini dibiarkan tanpa apa-apa nasihat doktor atau rawatan, ia boleh menyebabkan kerosakkan serius pada jantung, aorta, otak, tulang, malah ia boleh menyebabkan buta. Sesetengahnya kes, ia boleh menyebabkan maut jika lebih serius.
Peringkat-peringkat Jangkitan Sifilis
  
  • PERINGKAT 1: Ulser akan mula kelihatan dan warna kulit kemerah-merahan pada bahagian samada vagina, dubur, zakar dan mulut anda. Walaubagaimanapun, ulcer ini akan hilang selepas beberapa minggu. Seseorang yang mengidap sifilis ini tidak akan sedar dia dijangkiti kerana ulcer ini akan muncul dan hilang kemudian ia akan muncul kembali selepas beberapa hari atau minggu.
  • PERINGKAT 2: Jika selepas simptom di atas muncul dan masih lagi pengidap tidak melakukan sebarang rawatan atau berjumpa dengan doktor, ruam akan mula timbul pada bahagian badan, tapak tangan dan tapak kaki. Ulcer akan mula timbul semula pada bibir, mulut, kerongkong, vagina dan dubur. Pengidap juga akan mula dilanda selsema, demam dan sakit badan. Peringkat kedua ini akan berlangsung selama 1-2 minggu dan akan hilang semula walaupun rawatan tidak dilakukan.
  • PERINGKAT 3: Walaupun simptom-simptom di atas akan mula hilang, pengidap masih lagi ‘memendam’ penyakit sifilis ini secara tidak disedari. Jika anda rasa ragu-ragu, anda boleh lakukan ujian darah bagi mengesan kehadiran penyakit sifilis ini di hospital.
  • PERINGKAT 4: Ini merupakan tahap kritikal. Bakteria spirochete tadi akan mula merebak ke seluruh bahagian badan yang melibatkan otak, jantung, saraf tujang dan tulang. Gejala-gejala seperti kesukaran berjalan, kebas, buta akan mula timbul. Jika lebih parah, kematian boleh juga boleh berlaku!
 
Di peringkat awal, penyakit sifilis ini mudah dirawat. Hanya perlukan rawatan antibiotik daripada doktor, sudah boleh sembuh. Tapi jika sudah melarat ke tahap kritikal, ia sukar dirawat.
Cara terbaik mencegah penyakit sifilis ini adalah:

Jangan sesekali melakukan seks rambang dan perhubungan seks bebas bertukar-tukar pasangan! Perkahwinan merupakan cara terbaik sebagai langkah pencegahan penyakit ini.

Sumber: InfoSihat

ShareThis

Related Posts with Thumbnails

GC Tea Penawar Kencing Manis Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign