Tahukah anda bahawa CoQ10 amat baik untuk kesihatan jantung anda? Berikut saya kongsikan artikel yang dipetik dari Utusan Malaysia.
Soalan: Sejak beberapa tahun lalu, saya perlu mengambil ubat anti-kolesterol 
setiap hari demi mengawal peningkatan kolesterol. Paras gula darah saya 
juga telah meningkat daripada bacaan ideal. Saya membeli suplemen 
koenzim Q10 atas saranan ahli farmasi apabila saya menceritakan tentang 
masalah keletihan yang saya alami di kebanyakan waktu di sepanjang hari.
 Apakah kepentingan CoQ10 kepada masalah saya?
Jawapan: Menjaga kesihatan jantung sangat penting demi kualiti 
kehidupan yang lebih baik kerana peranannya yang sangat penting. Secara 
puratanya jantung orang dewasa berdenyut sekitar 100,000 kali sehari. 
Dengan itu, jantung kita layak mendapat perhatian dan penjagaan yang 
baik. 
Dalam usaha menjaga kesihatan jantung, pendekatan yang lebih 
menyeluruh perlu. Ini termasuklah mengamalkan gaya hidup sihat, makan 
secara seimbang, senaman secara tetap, mengelakkan alkohol dan rokok 
serta menangani stres dengan baik. Selain itu, pengambilan nutrien sihat
 untuk jantung boleh juga membantu mengurangkan risiko penyakit 
berkaitan jantung seperti aterosklerosis, strok dan serangan jantung. 
Membuat pemeriksaan secara berkala dan nasihat daripada doktor penting 
dalam memelihara kesihatan. 
Sememangnya pengambilan koenzim Q10 memberi manfaat kesihatan kepada 
kesihatan jantung, terutamanya apabila kita mula mengalami masalah 
jantung atau masalah berkaitan. Koenzim Q10 (Co Q10) merupakan nutrien 
yang bersifat larut lemak dan hadir dalam kebanyakan sel-sel.  Co Q10 
penting kepada kesihatan kardiovaskular memandangkan jantung mengandungi
 konsentrasi Co Q10 yang paling tinggi. Peranannya dalam aktiviti 
mitokondria adalah penting untuk membolehkan otot-otot jantung berfungsi
 secara normal. 
Kajian ada menunjukkan bahawa pengambilan ubatan seperti statin untuk
 mengawal peningkatan kolesterol akan mengurangkan paras koenzim Q10 
dalam tubuh. Kesan akibat kekurangan Co Q10 akan menyebabkan keletihan 
dan kelesuan otot. Apabila Co Q10 berkurangan, jantung juga boleh 
menjadi lemah dan ia boleh menjurus kepada kegagalan jantung kongestif. 
Kegagalan jantung dikenal pasti dengan kekurangan tenaga yang 
dikaitkan dengan paras koenzim Q10 yang rendah. Para penyelidik 
mendapati masalah kegagalan jantung kongestif mempunyai kaitan yang kuat
 dengan kandungan koenzim Q10 yang rendah. Dengan itu, pengambilan Co 
Q10 boleh membantu mengekalkan parasnya dalam tubuh, khususnya jantung. 
Selain itu, hasil penyelidikan juga mendapati penggunaan CoQ10 
sebagai remedi tambahan bagi kegagalan jantung kongestif mengurangkan 
tahap simptom pesakit secara signifikan. Di Jepun, CoQ10 adalah rawatan 
yang diluluskan untuk kegagalan jantung kongestif. CoQ10 juga memberi 
kesan yang memberangsangkan dengan meningkatkan toleransi senaman  di 
kalangan pesakit dengan angina yang stabil, di mana ia mungkin 
disebabkan oleh penghasilan tenaga dipertingkatkan atau pengurangan 
penghasilan radikal bebas. CoQ10 juga dapat memulihkan tekanan darah 
pada pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi.
Pengambilan koenzim Q10 secara konsisten memberi manfaat kepada 
kesihatan jantung melalui beberapa cara. 
Koenzim Q10 telah dikenali 
ramai kerana tindakan antioksidanya. Kandungan antioksida inilah juga 
yang menyumbang kepada pencegahan pengoksidaan lipid. Koenzim didapati 
berkesan ke arah pencegahan pengoksidaan kolesterol LDL, iaitu langkah 
pencegahan penting sebelum terjadinya aterosklerosis. 
 
nazri rubaee
h/p           : 012-5712470
email       : nasfa47@gmail.com
facebook: slim diet
twitter      : nasalphalipid